Tuesday, March 13, 2012

Jangan Bersedih


  • jangan bersedih dengan perkara yang lepas kerana ia SUDAH BERLALU...
  • jangan kecewa dengan apa yang sedang berlaku kerana ianya adalah TAKDIR...
  • jangan gusar kepada perkara yang akan datang kerana ianya BELUM BERLAKU....



 hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan serta dibazirkan dengan mengingati perkara-perkara yang sedih.... bukankah kita masih ada Allah yang maha kuasa ? segalanya terletak kepadaNya...
hidup ibarat putaran roda.. bila masa hari ini kita diuji dengan kesedihan atau kekecewaan , esok belum pasti kita masih akan sentiasa dilewati dengan kesedihan...
kerana itu , apabila kita sedang memperoleh nikmat kegembiraan , usahlah terlalu gembira hingga kita lupa siapa yang memberi kita kenikmatan tersebut . juga , takkala kita ditimpa musibah , berlindunglah serta mohonlah doa keatasNya... hanya Dia sebaik2 tempat untuk mengadu dan bermohon...




life is short , so make it sweet :)






Monday, March 5, 2012

The Devil Inside


dah tengok cerita ni ?

cite ni tengah main kat wayang sekarang . aku dah tengok dah cerita ni dan resultnya adalah OKAY .
cite ni genre seram . so pada korang yang suka cari pasal tengok cite seram pastu takut sendiri , eloklah tengok cite ni . 

kisah dy pasal sorang wanita nama dy Maria Rossi . dy call sendiri 911 then cakap dy dah bunuh 3 orang . dy sendiri call polis utk dtg tangkap dy . bunyi mcm bodoh kan ? tapi tula , masa starting cite ni , suara dy masa call polis tu quite seram la jugak . slow2 gitu . hihihi .

so kes dy dinaikkan kat mahkamah tp dy dibebaskan atas sbb masalah mental . but sebenarnya dy bukan ada masalah mental . dy diganggu oleh beberapa ekor 'demon' dalam badan dy . demon tahu kan ? bukan doremon . demon ni kira macam setan la . setan kafir gamaknye . LOL

so misi cite ni adalah bila anak perempuan dy nak tahu apa sebenarnya yg jadi kat mak dy ni . berpuluh2 tahun x jumpa mak dy sbb mak dy dimasukkan ke hospital mental di rome , so dy travel kesana utk jumpa mak dy tu .

byk la kisahnya , jumpa paderi , then tengok sendiri mcm mana paderi buat upacara menghalau setan2 dalam badan , then paderi tu sendiri plak mati kena rasuk n mcm2 la . cuma 1 je yang kureng cite ni . kamera dy buat aku pening . biasalah kan , bajet nak buat cite ala2 paranormal . real2 gitu kan , so kamera pon messy jugak la . tu je . yang lain okay la . seram cukup semua . then 1 lagi byk sgt la kuar lambang salib tu . sbb kisahnya mengenai setan yg x suka pd agama dorg kan . so camtu la . 

kalau aku , aku bagi 7 / 10 . tolak satu sebab kamera dy merapu2 , tolak lagi 1 sebab banyak sangat lambang2 salib , tolak lagi sebab paderi dy yg sorg tu hensem . kena tolak point sebab dy buat aku asyik nak tengok muka dy je . tak konsisten . hahahahaha ! 
kbye .

ni la dy Maria Rossi


 ni salah sorg yang kena rasuk . time ni seram :/


 aku tatau apa motif makcik ni diwujudkan , bagi seram kot tengok mata dy .



 ok ni dy paderi hensem saya...eh ! :)



 maria rossi dengan anak dy . time ni pon seram jugak .



ni bff paderi hensem td . dy pon paderi tp penakut sikit

 

 last2 amik kaw , dy plak kena rasuk 



bengong -.-


comel,
-CikEcha-