Friday, November 2, 2012

Lama Tertinggal

Assalam , 



Lama rasanya tak jenguk blog, apatah lagi nak update entry . almost 4month blog ni terbiar . kalau ada daun2 hidup,dah lama berhutan banat blog ni. Apakan daya, mood menaip hilang kemana tah,huhu. Sorry ye kwn2 semua.... InshaAllah ada masa, keluar la entry2 yang baru. 


gudnite !
wslm


Saturday, July 7, 2012

Universal Studios Singapore



hola ! 

tetibe rasa nak hupdet belog plak petang ni . hujan2 lebat cenggini memang asyik kalau layan belog bukan ? ok stop . benti membebel sebelum mukadimah berlarutan hingga ke malam .

okay , baru2 ni me & housemate memanjangkan langkah pg merayap sampai ke singapore . even kesihatan tak bape nak okay , tapi curi2 sihat jugak . boleh kan boleh kan ? pg pon 1 destinasi je . bukan pusing-pusing 1 singapore tu ponggg . pg universal studios jer . ehh jerr ??! 

seriously kalau korang ada masalah otak mereng pasal stress ngan keje ke , ngn kapel korang ke , ngn masalah negara ke , ha aku sarankan korang pg la uss ni . tapi tapi...kalau masalah duit aku nasihatkan korang bawak2 la keje rerajin buat nambahkan income korang sblm berjalan2 . lain la kalau korang nak pg indon memeyy la jutawan nokk . ni nak pg singapore yg pakai dollar tu xpayah gegatal nak pg kalau duit x cukup . nanti balik malaysia cabut rambut buat bayar itu ini , nak  ? nak ? "taknakkkk..........." 
ok bagus baby2 semua .

utk korang yang tak pernah pg uss lagi , just nak cite uss ni ala2 disneyland cmtu . masuk2 je dalam ni memang xde benda lain selain game . kalau nak cari perpustakaan nak bace2 buku ke , bawak2 la keluar dpda pintu masuk . sesungguhnya anda telah menyalahgunakan tempat . dalam uss ni memang khas utk korang mainnnnnn jer . nak main terbang2 , main2 air , main tangkap2 gambar , main masak ( ok aku tipu ) semua ada dalam ni . BEST SANGATTTT ! tak jelas lagi capital tu ? BEST SANGATTT okay ! haha 


utk korang yang ada rancang2 nak pg uss , aku suggest once masuk je dpda entrance tu...serbu la tempat game Transformer . meeeeeeeeemang syiokk ! korang akan naik 1 benda mcm ala2 roller coaster pendek , pakai 3d glasses and then ready la masuk dlm dunia transformer . time tu la korang akan jerit2 bila kena campak la , kena tumbuk la , kena kejar ke n mcm2 lagi la . lasak gila . 
*penulis sedang tersenyum sorg2*



curlastt kau cahhh ! bapak besar glasses kau . haaa nanti korang kena pakai bnd ni la kalau naik game tranformer tu . auww auww 1 kali . 



 ewah2 . selamat datang la kekununnn . nyirap pulak dengan aney belakang tu . kasi chance la aku nak bergambo . yennadeyyy !


 yang tengah2 tu my roomate cik kak Mun . time ni x paham pesal dy cmtu . nak kate hujan x hujan . kompius sesame .

pose ala2 manjewww gituee . manje kerrr... 
tampar karang -..-


me & the gang . dalam jamban pon boleyhhhhh ~

sebelum masuk uss , kitorang buat sentosa resort card dulu . xde apa pon , just kalau len kali nak pg lagi , banyak la benefit yang dorg kasi . mcm diskaun masuk hotel , point card n mcm2 lagi la . masa nak buat tu mmg ramai gila org . lastly dorg bukak lagi 1 kaunter kat dalam . staff dorg panggil soh kitorang masuk sbb nak elak Q yang bapak panjang giler tu kan . sekali.....masuk CASINO daaaa . terasa mcm diri ni hamba yang engkar perintah Allah pulak . 
*sebak tetibe*
tapi bukan masuk nak berjudi pongg . terpaksa sbb nak elak q yang panjang . merasa gak la masuk casino kan . mcm2 gelagat org cina kat dalam tu . ada yang nongkat dagu pasal da nak kalah kot , ada yang menjerit2 seronok.. ada yang muka berdebar2 n mcm2 la . senang cite dalam tu mmg besar n mewah . sejibik mcm kalau korang tengok cite hongkong or china yg ada casino tu kan , haaa cmtu la . 


hey u ! say NO to casino ~


okay la . penat nak cite dah . layan jela gambar2 bawah ni okay ? xtau sila tanya . kboiiiii ~


donkey live ! donkey ni sembang2 dgn kite . syiokk !

ada mana2 makcik pakcik yang nak buat saya jd menantu ? ehh ?!

oh sini sgt seronok uolls !

snapping dimana2 . tgh Q pon boleyhhhh 
 








 @ waterworld

~ gaya tiada motippp ~

 waterworld !

the mummy revenge ! omg ~



@ waterworld . ramai giler org & best sgt2 


 1 of d most ohsem part . serious mmg syok gila show dalam ni !


~ ayamma ayamma yinggek purenggekkk ~

apabila penulis bergambar . maapkan beta 
*gaya pisss 1 kali*

okay la , senarnye ada banyak lagi gambar . beratus2 pic kat uss ni jer . tapi cukup la sampai setakat ni dulu yer . inshaAllah akan menyusul pic2 yang seterusnya dalam entry yang lain . 
tq luangkan masa baca belog ni ! 

tata ;)



happy vacation,
-CikEcha-










Wednesday, June 13, 2012

wordless wednesday



have a nice wednesday guys





happy wednesday,
-CikEcha-


Bila Kita Rindu



assalam...

tak boleh tido le pulak memalam camni . so me decide utk berblogging barang seminit dua . rasa nak berjiwang pulak malam ni . boleh kot ye ? sekali sekala...huhu :)


CINTA....



  • ada bahagia , ada derita , ada yang biasa2 saje .
  • cinta tak semestinya memiliki . kadang2 kita terpaksa hidup bersama orang yang kita tak cinta atas sebab2 tertentu & tersendiri . kadang2 kita terpaksa meninggalkan seseorang yang kita cinta , bukan atas kehendak kita sendiri .
  • cinta itu berkait rapat dengan jodoh , namun jodoh itu tak semestinya terjadi atas dasar cinta . 
  • cinta tu nampak mudah tapi sebenarnya sukar utk ditafsirkan . manusia ada macam2 jenis . tak semestinya bercinta lama2 tapi akan diakhiri dengan perkahwinan . semuanya bergantung pada jodoh . orang ramai boleh mempertikaikan apa yang berlaku pada kita tapi perlu diingat , setiap apa yang terjadi adalah ketentuan Allah s.w.t . jadi , perihal jodoh janganlah kita pertikaikan . mungkin hari ini kita bahagia dengan orang yang kita sayang , esok lusa mungkin kita pula yang perlu berdepan dengan dugaan cinta . berhati-hatilah :)
  •  pertemuan & perpisahan adalah titik tolak pencarian manusia dalam mencari cinta . boleh jadi manusia itu dikurniakan Allah dengan pasangannya secara terus . tak perlu menunggu lama , terus dijodohkan . boleh jadi juga manusia itu dikurniakan Allah dengan jodoh yang agak lambat . serta boleh jadi juga manusia itu dikurniakan Allah dengan beberapa pasangan sebelum mereka bertemu dengan insan yang sebenar2nya jodoh mereka.. wallahua'lam .
  • cinta itu ibarat sungai yang tiada penghujung dan pemutusnya . kerana itu manusia seringkali gagal mengawal perasaan hanya kerana cinta . hanya iman dan kesabaran yg menjadi dinding untuk kita menguatkan hati setiap kali berdepan dengan masalah cinta .
  • cinta itu umpama titik . sekali kita mencintainya sepenuh jiwa , tiada apa yang dapat memudarkan cinta itu walaupun terjadinya perpisahan . perpisahan bukan bererti penamat dalam sebuah cinta , tapi ianya cuma suatu hentian dalam perjalanan manusia bertemu jodoh yang telah ditakdirkan .  



selamat malam cinta,
-CikEcha-


    Monday, June 11, 2012

    Buat Pasport


    hye semua ! 

    semalam hari ahad 10 Jun 2012 , me & housemate bangun seawal pagi gegiler semata2 nak kejar masa buat pasport . Actually memula plan nak buat kat Putrajaya tapi last minute cancel sbb ada tempat yang lebih dekat untuk buat . Dah ada yang dekat buat apa nak pergi jejauh kan..

    Memang awal gila we all bangun.. da mandi & solat , we all cepat2 keluar dpda rumah n gerak pg wangsa maju.. macam biasa la.. my housemate si MUN tu drive macam roller coaster . shiuuuuuuuuuu~ 
    maklumlah...nak kejar masa.. paham2 jela kalau pg JPN time weekend.. umat manusia berpusu2 mengalahkan pasu nak berebut pg sana.. 

    dan seperti yang dijangka... MEMANG ! 
    sampai2 je , tengok dah ramai orang beratur depan pintu masuk.. padahal baru pukul 7.15am.. bukaknya pukul 8 ! apa lagi.. dengan langkah yang tak teratur , we all jalan laju nak Q sekali... 



     masa mula2 sampai..orang da ramai beratur kat depan pintu... 






    2 minutes later.........

     nampak tak sampai jauh kebelakang orang datang nak Q sekali... *sigh*


     no 36 , tapi menunggu mcm 36jam.. huhu








    finally......

    I got it ! Alhamdulillah :'D



    * lepas ni bolehlah melancong puas2..yeehuuu..hihihi


    jom melancong,
    -CikEcha-



    Reaksi Toqq Cici bila EURO 2012 bermula..



    hello ! 
    ...setelah lama tidak mengupdate belog...


    Sabtu lepas ada match antara my favorite team HOLLAND menentang team putih si Denmark . Punya la semangat duduk depan tv , terpekik terlolong menjerit sakan tengok bola , but lastly boleh plak my team kalah... hello , Belanda kalah okay . Itu sangat tak boleh diterima akal . Peluang sikit punya banyak tapi hampehh . Nasib baik RVP hensem.. *tetibe*


    Disebalik kekecewaan me malam tu , tak sangka ada rupanya makhluk yang tumpang tengok bola ! And I think dia lebih excited... how come !
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    see ??


    time ni masa denmark score 1 goal ! see how excited si putih ni berdiri megah . 



    " HT denmark 1- 0 Holland ... bolehlah aku makan2 dulu..lek r...denmark da score sebijik"

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    apabila masa tinggal lagi 5 minit sebelum tamat masa perlawanan...



    " sure Holland kalah ni.. masuk tido dulu la yerr.. malas layan tuan aku meroyan team dy kalah.. bubbye~"



    * haruslah si putih sokong team putih kan ._______.


    pengalah,
    -CikEcha-


    Tuesday, March 13, 2012

    Jangan Bersedih


    • jangan bersedih dengan perkara yang lepas kerana ia SUDAH BERLALU...
    • jangan kecewa dengan apa yang sedang berlaku kerana ianya adalah TAKDIR...
    • jangan gusar kepada perkara yang akan datang kerana ianya BELUM BERLAKU....



     hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan serta dibazirkan dengan mengingati perkara-perkara yang sedih.... bukankah kita masih ada Allah yang maha kuasa ? segalanya terletak kepadaNya...
    hidup ibarat putaran roda.. bila masa hari ini kita diuji dengan kesedihan atau kekecewaan , esok belum pasti kita masih akan sentiasa dilewati dengan kesedihan...
    kerana itu , apabila kita sedang memperoleh nikmat kegembiraan , usahlah terlalu gembira hingga kita lupa siapa yang memberi kita kenikmatan tersebut . juga , takkala kita ditimpa musibah , berlindunglah serta mohonlah doa keatasNya... hanya Dia sebaik2 tempat untuk mengadu dan bermohon...




    life is short , so make it sweet :)