Wednesday, June 13, 2012

Bila Kita Rindu



assalam...

tak boleh tido le pulak memalam camni . so me decide utk berblogging barang seminit dua . rasa nak berjiwang pulak malam ni . boleh kot ye ? sekali sekala...huhu :)


CINTA....



  • ada bahagia , ada derita , ada yang biasa2 saje .
  • cinta tak semestinya memiliki . kadang2 kita terpaksa hidup bersama orang yang kita tak cinta atas sebab2 tertentu & tersendiri . kadang2 kita terpaksa meninggalkan seseorang yang kita cinta , bukan atas kehendak kita sendiri .
  • cinta itu berkait rapat dengan jodoh , namun jodoh itu tak semestinya terjadi atas dasar cinta . 
  • cinta tu nampak mudah tapi sebenarnya sukar utk ditafsirkan . manusia ada macam2 jenis . tak semestinya bercinta lama2 tapi akan diakhiri dengan perkahwinan . semuanya bergantung pada jodoh . orang ramai boleh mempertikaikan apa yang berlaku pada kita tapi perlu diingat , setiap apa yang terjadi adalah ketentuan Allah s.w.t . jadi , perihal jodoh janganlah kita pertikaikan . mungkin hari ini kita bahagia dengan orang yang kita sayang , esok lusa mungkin kita pula yang perlu berdepan dengan dugaan cinta . berhati-hatilah :)
  •  pertemuan & perpisahan adalah titik tolak pencarian manusia dalam mencari cinta . boleh jadi manusia itu dikurniakan Allah dengan pasangannya secara terus . tak perlu menunggu lama , terus dijodohkan . boleh jadi juga manusia itu dikurniakan Allah dengan jodoh yang agak lambat . serta boleh jadi juga manusia itu dikurniakan Allah dengan beberapa pasangan sebelum mereka bertemu dengan insan yang sebenar2nya jodoh mereka.. wallahua'lam .
  • cinta itu ibarat sungai yang tiada penghujung dan pemutusnya . kerana itu manusia seringkali gagal mengawal perasaan hanya kerana cinta . hanya iman dan kesabaran yg menjadi dinding untuk kita menguatkan hati setiap kali berdepan dengan masalah cinta .
  • cinta itu umpama titik . sekali kita mencintainya sepenuh jiwa , tiada apa yang dapat memudarkan cinta itu walaupun terjadinya perpisahan . perpisahan bukan bererti penamat dalam sebuah cinta , tapi ianya cuma suatu hentian dalam perjalanan manusia bertemu jodoh yang telah ditakdirkan .  



selamat malam cinta,
-CikEcha-


    No comments: