Assalamualaikum,
rakan-rakan blog sekalian =)
Di malam yang hening dan indah ni ,aku nak kongsikan satu cerita yang aku rasa ada diantara kalian telah pun mengetahuinya , namun masih ada di antara kita yang perlu didedahkan lagi dengan perkara dan cerita seumpama ini sementelah kita semakin dekat dengan destinasi yang kekal iaitu AKHIRAT .
Aku sendiri gemar mendengar / mengetahui cerita cerita agama dan sejarah islam masa lampau kerana dengan sejarah dan ilmu pengetahuan , kita akan semakin yakin berdiri menempuh perjalanan yang singkat ini sebelum tiba ke destinasi yang takkan dapat kita elakkan walau sedetik . Sungguh cerita yang ingin aku sampaikan ini terlalu sukar untuk aku gambarkan betapa bagaimana perasaan sayu , hiba , sedih , bersyukur , gembira , kagum dan sebagainya . Aku sendiri hampir menitiskan air mata takkala membaca cerita ini . Mujur aku sedar bahawa aku masih berada di tempat kerja sewaktu kisah ini kubaca dengan penuh rasa minat dan teruja . Bagi kalian yang benar-benar mencintai dan merindui junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W ,pasti kalian akan bergenang air mata mahupun hiba berganti syukur keatasNYA =)
Semoga kalian sahabat-sahabatku membaca kisah ini sehingga penghujungnya . Moga kita semua diberi peluang untuk kembali ke jalan yang benar benar diredhaiNya . insyaAllah =)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. .. Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.
Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.
Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan,
"Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.
Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan,
"Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. "
Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan
"Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..
Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata:
QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ;
"Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi;
"Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.."
Nabi s.a.w. kemudian melafazkan;
"Ummati.. ummati..ummati. .."
Dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.
Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan;
"Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah. .Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan;
"Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.."
Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."
Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.
Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
Sebak dalam diri membacanya.. .ALLAHUAKBAR. .semua dengan izinMU..tiada yang mustahil didunia ini melainkan dengan izinMU...SUBHANALLA H WA ALHAMDULILLAH WA ALLAHUAKBAR. .ku mencintaimu YA RASULULLAH..
ALLAHUMMASOLLI A'LASAYYIDINA MUHAMAD WA A'LA AAALISAYYIDINA MUHAMMAD
(Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas junjungan kami, Muhammad dan atas keluarga junjungan kami, Muhammad)
Tiada apa yang mampu aku ungkapkan melainkan syukur atas kurniaan Allah kerana menjadikan aku seorang ISLAM dan masih diberi kesempatan untuk hidup sambil mengutip seberapa banyak amalan di dunia sebagai bekalan menuju ke alam akhirat yang tiada keraguannya .
Entry aku kali ini lebih sopan berbanding entry sebelumnya , sejajar dengan tajuk yang aku letakkan di atas sana . Moga kalian dan aku memperoleh hidayah Allah yang seperti kita sedia maklum , hanya hambaNya yang terpilih mampu memperoleh :)
Aku dan kalian mencintai Rasulullah,
-CikEcha-
Monday, July 18, 2011
Peluang Berjumpa Rasulullah
Friday, July 15, 2011
Assalamualaikum,
hye semua =)
Pernah rasa teruja & teruja itu diakhiri dengan perasaan puas yang membuak-buak?
Ya ! Begitulah aku kala ini . ewahh :)
Ok , semalam adalah hari yang aku tunggu-tunggu untuk menonton filem kesayangan aku untuk siri yang terakhir . HARRY POTTER . Aku tulis tajuk filem ni pon aku dah sebak . Ha baru tulis tajuk, belum lagi aku nak bercerita. Kang tak pasal pasal menangis pulak aku kat tempat keje ni .
*kantoi update status kat tempat keje*
Yela bukan apa , semuanya pasal aku teruja sangat plus sedikit emosi sebab ni siri yang terakhir . Lepas ni dah takde dah nak keluar Harry Potter siri apa-apa lagi dah. So, jangan la korang nak menambah nambah ada siri baru Harry Potter & Power Rangers la , Harry Potter terakhir part 2 ke , Harry Potter kembali ke zaman kanak kanak semula ke , ha tak payah ye . Tamat setakat di situ .
Seperti yang sedia maklum , HARRY POTTER & THE DEATHLY HALLOWS PART 2 adalah siri terakhir filem harry potter yang selama ni dah bermula sejak kita sekolah menengah lagi ok . Ayat aku ni available pada mereka yang sebaya atau lebih kurang usia mcm aku nilah . Karang ada pulak pertikai cakap atuk / opah dorang baca entry aku tak puas hati sebab time dorang muda muda dulu takde pon filem harry potter. Ku cepuq nanti kang . huehuehue .
Seriously memang filem ni best sangat sangat. Aku pon dah tak ingat berapa kali aku dok ulang-ulang tengok siri yang lepas-lepas . Bayangkan, watak watak utama dalam tu aku kenal dorang time kecikkecik anak je lagi . Baru 8 / 9 tahun camtu . Muka pon rasa nak cekik - cekik je dorang sebab comel sangat . Sampai la sekarang dah jadi macho , gagah , jelita dan sewaktu dengannya la . Kita membesar bersama sama watak dalam cerita tu , so memang pada mereka yang berjiwa sensitif macam aku ni , seharusnya rasa teruja dan beremosi la sejurus berakhirnya tayangan di panggung . *Aku sebak lagi*
Cerita ni kalau aku nak ulas daripada dorang kecik sampai besar , memang sampai malam pon tak habis . Nak pulak aku ni kalau bercerita , tak penah nak short cut . Selagi ada yang buat muka tak paham , selagi tu aku paksa dengar . haha . So aku cerita pasal siri yang terakhir ni jela eh ? Selebihnya apa kata korang google la sendiri tak pon beli CD/DVD citer ni . Jangan risau , cerita famous bapak camni confirm ada je kat kedai kedai CD . kedai CD jela , jangan ko cari kat kedai runcit . Ngamuk apek & ane tu aku tak bertanggungjawab .
Apa yang boleh aku simpulkan , cerita dia sama sebijik la macam dalam novel . Kalau ada antara korang yang dah khatam 6 novel JK ROWLING tu , syabas la . cerita dy memang sama sebijik . Cuma apa yang kita tengok kat filem tu lagi gempak la sebab real real depan mata :)
Macam biasalah , yang jahat pasti akan pulang ke rahmatullah dengan amat dasyatnya kan , dan yang para soleh solihin pasti akan memperoleh ganjaran selayaknya ( ahh sudahh )
So, ending dy memang gempak . Syok gile aku tengok . Kakak aku kat sebelah dah menitik nitik air mata . Pening aku tengok dy , aku pon sedih jugak , tapi takdelah sampai nangis . Dy menangis sampai sembab mata . Nampaknya ada insan lain yang lebih sensitif daripada aku . *hi along ! hehe*
Kat sini korang dah dpt hint la yang cerita ni memang ada part sedih gile gile , part gaduh gila gila , part cinta gila gila , part terkejut gila gila . part orang gila je takde dalam citer ni . Kenapa ? ko tanya la JK sendiri ye .
Cerita banyak banyak pon tak best jugak , nanti tak surprise la korang nak tengok kan ? hehe . Layan jela gambar yang aku google ni eh . Ni la dia kalau dah takde keje kat tempat keje . Keje lain yang aku buat . Ha layannn :)
by,

Diadaptasi daripada novel Harry Potter by JK Rowling
aku tengok July 14 :)
Tom Riddle a.k.a Voldemort
aku tak suka dia !
time ni agak berdebar jugak ya
cuba teka dia ni baik ke jahat ? =)
jadi hero tau dia nih ! huhu
hensem :)
ni aku . haha
hensem tak mamat ni ? hehe
anak harry potter . boleh ?
ok , tu je . bye =)
by,
-CikEcha-
Wednesday, July 13, 2011
BerkObar ! kObar ! dan kObar lagi !
Assalamualaikum,
Hi ! tengah keje eh ? hehe
Ekceli aku pon tengah keje . Tapi sekarang break time , so aku amik masa sikit mengUpdate blog aku barang seminit dua.*seminit dua la sangatt*
Hokeyyy , entry aku harini adalah bertajuk seperti diatas. [pape tah skema camtu ayatt -.- ]
Ha, ape yang buat aku berkobar kobar dan kobar lagi tu kan ? hehe . Aku berkobar kobar atau dengan erti kata lain , BERSEMANGAT gile nak tengok bola malam ni . Aku kan kaki bola . Emm tak boleh jugak guna gelaran tu pasal aku tak pandai main bola . Em aku MATA BOLA ! ya ! aku mata bola ! sebab aku sukaaaaa sangat tengok bola , boleh ? bedal jela . heee :D
Bagi sesiapa yang masih kabur-kabur atau tak tau , malam ni ada perlawanan persahabatan ya , di antara team peberet aku iaitu ARSENAL dengan team kebanggaan aku MALAYSIA , *merah arsenal , biru malaysia ya* Team kebanggaan korang gak kan MALAYSIA tu ? tatau la kalau korang minat team dpda indon atau vietnam . huh VIETNAM ! nyirap darah aku teringat referee vietnam tu . nyirap weh ! kena minum sirap nak legakan balik -.-
Ha aku tipu kan ? tadi aku cakap nak update blog ni barang seminit dua , tapi sekarang dah 20minit sebab aku update sambil melayan fb & twitter. ko ada? hehe
Hokeyy bersambung pada tajuk kita harini , so jadi citer , aku memang EXCITED sangat lewwww nak nengok bola malam ni . Aku dah rungsing dah daripada malam tadi sebab aku dapat tau kat RTM & arena sport tak kuar siaran langsung malam ni . gile aku tak frust ! aku siap berhasrat nak langgan ESPN tau semata mata untuk bola malam ni. . Tapi takkan la pulak . Nanti aku sorang je kena bayar bulan ni punya bil astro sbb aku je yang excited sgt nak tengok kan ? hehe . *hi housemate ku syg*
Sedih tak sedih aku tetap gak usaha sms member member aku pasal siaran bola malam ni . Haruslah aku sms kat member lelaki aku sebab dorang je yang expert bab bab bola ni . member perempuan bila aku tanya, selamba je jawab :
* eh yeke ? sape lawan bola malam ni ? -.-
kawan yang seterusnya :
* la , aku tak tau pon ada bola . kat mana lawannya ?
usaha lagi pada rakan yang seterusnya:
* entahlah , aku tak layan bola . yang aku tau malam ni aku nak tengok ANISSA =..=
Berangin je rasanya . Tapi takleh salahkan dorang . Standard la perempuan . Mana nak layan sangat bola . Aku ni je yang beria ria . Nasib baik ramai yang memahami . Ape kena ngan aku ni ntah . kena sampuk ngan hantu bola gamaknya *____*
So balik keje ni aku taknak balik rumah terus , aku nak melencong sikit pergi cari jersi MALAYSIA , aku ulang lagi sekali jersi MALAYSIA ok . kang ada jugak yang cakap aku ni tak patriotik la, sokong player arsenal yang hensem hensem jela *hi kawan fb sekalian!*.
Aku sokong Malaysia ok , tapi aku rasa aku cam nak beli skarf ARSENAL la , ala setakat skarf apa la sangat kan ? tipu la kalau aku tak sokong arsenal langsung . Aku sokong jgk sikit sikit tapi aku nak malaysia menang malam ni . Baru la boleh kerek sikit dengan SINGAPORE nanti kan ? singapore eksyen , kita eksyen la sikit . Sikit je pon . hehe .
Ok la , tak tau nak merepek ape lagi dah . Aku pon tak tau nak tengok kat mana malam ni . Samada aku tengok kat rumah ( kalau kat arena ada ) atau aku pergi bukit bintang ke , dataran ke , antara tu jela kot . Stadium ? memang taklah . hehe .
Ok la , pergi sambung balik keje korang . Aku pon nak sambung keje aku (layan fb & twitter ) hihihiiihi . Sehingga ketemu lagi pak , ibukk . Jangan lupa sokong MALAYSIA kita tau ! tata :D
Aku suka Arsenal , hehe Malaysia la !
-Cik Echa-

-masih rungsing memikirkan tempat nak tengok bola malam ni-
Aku suka Arsenal , hehe Malaysia la !
-Cik Echa-
Thursday, July 7, 2011
TercEkiK TuLaNg !
Assalamualaikum ,
tengah makan ke tu ? err
Baca tajuk entry aku kali ni pon dah boleh tau pasal ape yang aku nak citerkan hari ni .
*hamik mood jap*
Ok , ape yang aku nak citerkan rini adalah pasal tercekik tulang . Sape yang tercekik ? mestilah aku kan , takkan aku nak citer pasal aney kedai runcit bawah umah aku ni pulak ye tak -.-
Alkisahnya gini (ewah) , aku ni kat tempat keje memang tak makan . boleh kata everyday mcm pose la . tapi tak jugak kurus keringnya , pasal hape ? sbb aku rajin makan tgh malam , HOYEEEE ! so , sama la jugak jadinya kan ( actually berat aku dah turun 5kg setelah bekerja ya ) haha . NAK JUGAK KURUSSS ^_____^ .
Pastu dijadikan citer , everyday pas balik keje (*pas=selepas , bukan parti pembangkang ya*) mestilah dalam kepala aku asyik teringat nak MENTEKEDARAH je balik umah nanti kan . Boleh kata sepanjang jalan pas kuar je dpda tempat keje ( kadang kadang time keje pon aku berangan ) , otak aku dah ligat nak mikir menu hape aku untuk mencekik balik keje ni . Teruk kan aku , muka je cun . UHUK UHUK UHUK ! batuk pulak ! .
So , ish panjang pulak mukadimah aku ni , tak pandai aku nak short cut . Aku memang suka benda details . CLEAR kata orang kan , *tgk la ni , membebel lagi* . Okekekeke , so ceritanya bila aku dah ngadap makan , mmg amat menyelerakanlah segala apa makanan yang ada kat depan aku . Benda tak sedap pon kalau orang tgk aku makan , terliur orang tgk weh ! haha . Aku makan bukanya gelojoh ( blah ah kau echa ! ) tapi hari ni mcm excited lak aku dok makan nasi grg kg dgn IKAN BAWAL .*ya kita sudah kenalpasti haiwan jenis apakah yang menyebabkan tragedi ini*
Memang bahagia la aku time makan tadi , sambil tgk TV pulak tu , ala citer endon KAHWIN MASAL tu , syok kan citer tu , gile tak bahagia ! Memang makanan masuk mulut , mata tgk TV . Tau dek ibu aku , kena sekolah tadika la aku 2 minggu .*menipu mmg gigih*

Lebih kurang gini la muka kebahagiaan aku time makan tadi . comel kan aku !
Dah habes nasi aku makan , aku habiskan pulak sisa sisa ikan bawal masak kicap yang tinggal dalam polistrin aku . Memang nasib aku la , last punya suapan tu , tup tup erkkk ! aku tercekik tulang hikann beb ! Aku ni memang jenis gigih , puas aku menjolok jolok tekak aku ni . Haram dapat kuar . Dah berair air dah mata aku kesan dpda jolokkan jari comel aku ni kat tekak . Penat aku usaha , tapi menemui jalan buntu . Aku ase nak nanges sbb aku pikir kalau tak dapat kuar jugak sampai malam ni ,
1.Cane aku nak tidur ?
2.Tak tercekik ke aku bile tidur malam kang ?
3.Bakal ke klinik ke aku akhirnya ?
4.Apakah akan terjadi ulser yang menyakitkan tekak aku kesan dpda tercekik tulang ni ?
5.Adakah aku akan PENGSAN !!!!!!!
Begitulah antara persoalan persoalan yang membelenggu sanubari aku petang tadi . SEMPUTTTT ~
Walau bagaimanapun , aku masih terus gigih berusaha mengeluarkan BENDASING tersebut -.-
Ya , beginilah rupa aku tadi . amat hodoh sekali . macam kena cekik KATE KO !
Tapi inilah yang dinamakan kasih sayang , kakak yang juga satu-satunya adik beradik aku kat dunia ni yang bantu aku mengeluarkan bendasing tersebut dengan izin Allah S.W.T :')
Balik je keje , pas letak sume beg dy , dy dok sebelah aku dan memulakan kerjaya sampingannya sebagai bidan terjun penyelamat :D
Haa , lebih kurang cengini lah muka kakak aku tadi . penyelamat kan beliau ? huehuehue ^_^
Inilah bendasing yang dikatakan penyebab aku tercekik . ERR , eh ! ni baby woi ! ntah sape punya .
MAAP ! MAAP !
Alhamdulillah , akhirnya keluar la bendasing tu dpda tekak aku setelah percubaan kali kedua kakak aku menjolok tekak dengan penuh kasih sayang membuahkan hasil . YEAYYY ! aku kembali ceria ! ^_______^ . Time kacehh along utukk ! *nada manja ngade ngade*
Ni muka aku time tercekik tadi . tension jerr .
Ha , ni muka aku sekarang . ceria kan ! RASA MACAM NAK TAMPAR JE KAN ! haha
Hehe , so nasihat aku , nak makan tu makan la elok elok . Nak tgk TV tu , tgk la TV elok elok . Jgn jadi cam aku . Nasib tulang ikan bawal , kalau tulang ikan PAUS ke , ikan YU ke , hospital mane yang nak terima korang weh . SERAMM ! haha . Selamat beramal kawan kawan ^_______^
~ Aku berjanji akan makan lagi esok , inshaAllah ~
Si Tercekik Tulang ,
-Cik Echa-
Subscribe to:
Posts (Atom)