Wednesday, July 13, 2011

BerkObar ! kObar ! dan kObar lagi !

Assalamualaikum,

Hi ! tengah keje eh ? hehe

Ekceli aku pon tengah keje . Tapi sekarang break time , so aku amik masa sikit mengUpdate blog aku barang seminit dua.*seminit dua la sangatt*
Hokeyyy , entry aku harini adalah bertajuk seperti diatas. [pape tah skema camtu ayatt -.- ]
Ha, ape yang buat aku berkobar kobar dan kobar lagi tu kan ? hehe . Aku berkobar kobar atau dengan erti kata lain , BERSEMANGAT gile nak tengok bola malam ni . Aku kan kaki bola . Emm tak boleh jugak guna gelaran tu pasal aku tak pandai main bola . Em aku MATA BOLA ! ya ! aku mata bola ! sebab aku sukaaaaa sangat tengok bola , boleh ? bedal jela . heee :D

Bagi sesiapa yang masih kabur-kabur atau tak tau , malam ni ada perlawanan persahabatan ya , di antara team peberet aku iaitu ARSENAL dengan team kebanggaan aku MALAYSIA , *merah arsenal , biru malaysia ya*  Team kebanggaan korang gak kan MALAYSIA tu ? tatau la kalau korang minat team dpda indon atau vietnam . huh VIETNAM ! nyirap darah aku teringat referee vietnam tu . nyirap weh ! kena minum sirap nak legakan balik -.-

Ha aku tipu kan ? tadi aku cakap nak update blog ni barang seminit dua , tapi sekarang dah 20minit sebab aku update sambil melayan fb & twitter. ko ada? hehe

Hokeyy bersambung pada tajuk kita harini , so jadi citer , aku memang EXCITED sangat lewwww nak nengok bola malam ni . Aku dah rungsing dah daripada malam tadi sebab aku dapat tau kat RTM & arena sport tak kuar siaran langsung malam ni . gile aku tak frust ! aku siap berhasrat nak langgan ESPN tau semata mata untuk bola malam ni. . Tapi takkan la pulak . Nanti aku sorang je kena bayar bulan ni punya bil astro sbb aku je yang excited sgt nak tengok kan ? hehe . *hi housemate ku syg*

Sedih tak sedih aku tetap gak usaha sms member member aku pasal siaran bola malam ni . Haruslah aku sms kat member lelaki aku sebab dorang je yang expert bab bab bola ni . member perempuan bila aku tanya, selamba je jawab :

 * eh yeke ? sape lawan bola malam ni ? -.-
kawan yang seterusnya :
* la , aku tak tau pon ada bola . kat mana lawannya ? 
usaha lagi pada rakan yang seterusnya:
* entahlah , aku tak layan bola . yang aku tau malam ni aku nak tengok ANISSA  =..=

Berangin je rasanya . Tapi takleh salahkan dorang . Standard la perempuan . Mana nak layan sangat bola . Aku ni je yang beria ria . Nasib baik ramai yang memahami . Ape kena ngan aku ni ntah . kena sampuk ngan hantu bola gamaknya *____*

So balik keje ni aku taknak balik rumah terus , aku nak melencong sikit pergi cari jersi MALAYSIA , aku ulang lagi sekali jersi MALAYSIA ok . kang ada jugak yang cakap aku ni tak patriotik la, sokong player arsenal yang hensem hensem jela *hi kawan fb sekalian!*.
Aku sokong Malaysia ok , tapi aku rasa aku cam nak beli skarf ARSENAL la , ala setakat skarf apa la sangat kan ? tipu la kalau aku tak sokong arsenal langsung . Aku sokong jgk sikit sikit tapi aku nak malaysia menang malam ni . Baru la boleh kerek sikit dengan SINGAPORE nanti kan ? singapore eksyen , kita eksyen la sikit . Sikit je pon . hehe .

Ok la , tak tau nak merepek ape lagi dah . Aku pon tak tau nak tengok kat mana malam ni . Samada aku tengok kat rumah ( kalau kat arena ada ) atau aku pergi bukit bintang ke , dataran ke , antara tu jela kot . Stadium ? memang taklah . hehe .

Ok la , pergi sambung balik keje korang . Aku pon nak sambung keje aku (layan fb & twitter ) hihihiiihi . Sehingga ketemu lagi pak , ibukk . Jangan lupa sokong MALAYSIA kita tau ! tata :D



-masih rungsing memikirkan tempat nak tengok bola malam ni-


Aku suka Arsenal , hehe Malaysia la !
-Cik Echa-

2 comments:

azman hairudin said...

go Malaysia~ Arsenal tetap dihati..hehe

Hermoine Granger said...

yeayy ! harus mendahulukan MALAYSIA dalam setiap perkara . tapi Arsenal tetap di hati . betul la tu . hehe