Hye semua , dah lama aku tak update pape dalam blog ni kan . Since penghujung puasa sampailah sekarang . So untuk mengelakkan daripada rasa malas aku semakin berleluasa & akhirnya menyebabkan blog aku ni jadi tempoyak , aku update la harini . Ala , untuk korang jugak aku update kan ... Korang baca ye .. bace tau ! hihihihi
Aku nak tanya korang , pernah tak korang ada pengalaman dihina atau dikutuk ke ,dikeji ke ,dipandang rendah ke , pernah tak ? Kalau tak pernah , aku tabik la kat korang . UNTUNGNYAA.. huhu . Mungkin korang tak pernah . Tapi aku pernah . Saje aku nak share kat korang story hidup aku . Nama pon blogger kan , apa je yang aku rasa boleh share , aku akan share . Well sebenarnya sebelum aku hidup dalam keadaan yang serba ok sekarang ni ( ewahh ) aku pernah melalui banyak kenangan pahit . Memang banyak la . Kalau nak diingatkan , memang sakit je hati . Tapi kalau boleh aku taknak lupakan semua tu sebab aku nak jadikan semua tu sebagai pengajaran bahawa kita tak boleh pandang rendah pada orang lain walau siapa pun dia sebab kita tak tahu takdir & perubahan yang akan berlaku pada diri kita sendiri satu hari nanti :)
Sebenarnya masa aku sekolah rendah dulu , aku bukanlah budak pandai . Aku tak duduk kat kelas budak pandai . Kat sekolah aku dulu ada 2 Kelas je . So sape yang masuk kelas pandai , memang super duper kembang hidung la kan . Tapi bagi yang masuk kelas sederhana bijak ni , agak malu-malu alah la nak berkawan dengan budak-budak daripada kelas sebelah . Biasalah tu kan . Nak pulak yang comel macam aku, jenis sedar diri yang kita ni tak berapa nak pandai , so buat-buatlah cara yang sepatutnya . hahaha . Nak dijadikan cerita , kalau tiba waktu sukan ke , atau gabungan kelas ke sebab ada majlis pape , mesti rasa stress tu datang melampau-lampau . Haa jangan tak tau , budak kecik pon pandai stress tau . Aku cakap budak kecik sbb ni cite masa aku skola rendah . Kecik la kan ? hehe . So bila tiba waktu camni , perangai kekwat budak-budak kelas sebelah memang tip top la . Time tu la dorang nak show off kehebatan dorang dalam berkata-kata & kebijaksanaan dorang dalam pelajaran . Mestilah kan ? Tunjuk hebat pada orang yang kurang mampu daripada dia , mestilah yakin & semangat . Dah tau orang tu tak leh lawan punya..
Aku plak masa kecik-kecik dulu bukanlah dalam kategori budak cantik & comel . Dah la tak cantik , gemuk lak tu . Debab je . Memang tak cun la . Kalau korang tengok aku masa sekolah rendah dulu , confirm korang muntah berdarah pastu pengsan 70 tahun . Pastu bila korang sedar daripada pengsan , korang dah tua rupanya . Yela , dah 70 tahun . Takkan korang bukak mata , korang jadi baby balik . Nipu le teww . Dasyat tak dasyat rupa aku sampai mampu jadikan korang semua tua tanpa sedar ? Haaa... memain la ngan aku . Tapi dalam keTidakComelan aku tu , aku tatau kenapa ada jugak mamat encem nak jatuh cinta babun dengan aku . hahahaha . Aku ingat lagi la , 1st time aku dapat surat cinta masa darjah 5 . Tahpe hape je . Kemain jiwang la . Aku pon tatau cane budak lelaki sekecik tu boleh berjiwang2 bagai . Dia mintak tolong abg dia bagi ayat gamaknya ? Sampaikan siap ugut aku , kalau aku taknak terima cinta dia , dia akan kahwin paksa dengan aku. Hahahaha . Kebenda nye la kan ?? Tapi al-maklumlahh , masa tu aku kecik lagi . Sejurus hbs baca surat tu , seram sejuk & kecut perut aku . Pertama kali aku rasa kecut perut . Betul ! memang tak memain . Terima kasih la kat budak tu sebab berjaya mengkucar-kacirkan perasaan aku kerana "cinta" buat pertama kalinya dalam hidup aku . huhuhu . Tapi tu dulu , sekarang ni kalau aku dapat lagi surat2 camtu , aku rileks je . Memang jadi koleksi khazanah surat cinta dalam kotak kayu aku kat rumah la . Banyak dah koleksi yang aku dapat sepanjang menginjak dewasa ni . Semua ada dalam kotak tu . Korang nak baca ? Takyah la , buat sebu perut korang je nanti . hahahaha .
Tapi tula , walaupun aku tak cantik , ada jugak yang minat kat aku . Cikgu Bahasa Melayu aku pon pernah betulkan tudung aku yang senget benget tu . Nampak sangat aku selekeh kan ? hehehe . Agaknya cikgu aku rimas , so dia datang kat tempat aku , pastu selamba je dy buat aku cam anak dia . Aku ingat lagi , dia cakap camni
" awak ni cantik sebenarnya , tapi awak tak pandai gunakan kecantikan awak . Cuba lipat tudung ni kemas-kemas ( sambil mengemaskan lipatan tudung aku ) "
Aku pun dalam keadaan malu-malu alah , biarkan ajelah apa yang cikgu aku buat . Agaknya sebab mulut dia masin kot . Sekarang aku dah cantik . Cantik tak aku ? hahahahahaha ! Hoiiii tak baiknya korang keluarkan lidah camtu ! Siap berkerut muka macam geli sangat je ! hahaha . Cantiklah.. setiap kejadian Allah semuanya cantik & hebat . Tak gitu kawan-kawan ? ( ecececececececece )
Ok sambung balik , disebabkan aku bukan dalam kategori cantik & pandai , ramai la yang pandang rendah pada aku . Kalau berselisih je , ada je mulut dok mengejek . Antaranya camni :
- hoiii budak gemukk !
- ee bodoh..dah la bodoh...merayap je kejenya..balik kelas la woi !
- genduttttt...gendutttt....bontot besar....
- kuat makan budak ni ! sebab tu gemok gedempol . nak jalan pon tak larat . booooo !
Amacam ? lazat tak korang rasa ? Aku rasa lazat . Sampai meleleh air mata aku menikmati kelazatan kata-kata tu . Cakap tu macam la aku ni gemuk gedempol . Padahal bukannya gemuk mana pun , cuma aku ni besar sikit je dpda kawan-kawan yang lain . Chubby2 camtu je . Paling tak tahan bila dorang cakap aku bodoh . Malu memang jangan kira la . Time tu aku bayangkan muka abah & mak je . Muka dorang yang bersungguh-sungguh hantar aku p sekolah & bagi galakkan pada aku untuk belajar . Tapi mereka tak tahu kat sekolah aku selalu kena kutuk dengan budak-budak "pandai" . Dorang tak tahu pon anak bongsu dorang ni kena buli dengan budak-budak lain.
-lap air mata jap-
Sakit hati memang tak perlu nak cerita la , aku rasa nak campak hidup-hidup masuk dalam api je pada orang yang hina-hina aku camtu . Actually yang selalu ejek aku tu budak lelaki la . Nakal lelaki masa kecik-kecik kan lain mcm sikit . Nak pandang sesuatu yang cantik & ok je , kalau yang buruk , mesti dikeji-keji . Even bukan semua , tapi kebanyakkannya camtulah kat sekolah aku dulu . Kalau yang perempuan plak lain hal nya pulak . Bila kena buat group dengan budak dpda kelas tak berapa nak pandai ni , mulalah buat muka jijik & bosan . Biasalah , buat group pun tak guna , mesti dorang fikir yang dorang je boleh buat kerja . Kitorang yang kelas kedua ni hampeh & bodoh-bodoh je . Touching wehh . Kalau korang kena camtu , korang happy ke ? lompat-lompat gembira ? huhu .
Tapi tulah , setiap manusia pasti akan melalui fasa perubahan . Orang yang selama ni kita anggap takkan maju kemana-mana , dalam sekelip mata je boleh mengatasi kita . Walaupun dulu-dulu kita masih kecik & belum dikira dosa pahala lagi , tapi Allah tu dah bagi petunjuk & peringatan pada kita bahawa setiap yang berlaku tu ada sebab dan alasannya . Kita semua sama , hanya hamba yang dipilih untuk hidup didunia sebagai manusia . Tak ada bezanya kita pada pandangan Allah . Aku sendiri terkejut dengan apa yang berlaku pada budak-budak yang galak sangat mengata aku & tunjuk hebat dulu . Memang tak sangkalah . Aku akan cerita pada korang tapi kat entry yang lain la ya . Dah panjang sangat ni . Karang rabun plak biji mata korang tu . Kalau nak tahu apa jadi kat budak-budak "pandai" ni , tunggulah entry aku yang seterusnya . Aku stop kat sini dulu k :)
Sehingga berjumpa lagi ya kawan-kawan . daaa ! :)
SenyumSendiri.
-CikEcha-
13 comments:
1st: siyes terasa ngn perenggan 1st..
2nd: pnah gak kena kutuk mase skolah dulu..sbb rambut kerinting...
sy memahami kamu~
haha jgn terasa . asal ? blog dah x aktif eh man ? hehe . tula , thanks eh kerana memahami . huihui :p
1 PERSON LIKE THIS
thanks mr.anon :)
perubahan tu memang patut, cuma ke arah mana perubahan tu...Honestly Cik Echa is a gorgeous person from my eyes.
betul , berubah ke arah negatif pon dipanggil perubahan jugak . so terpulang pada kita untuk memilih . em hehe thanks simplySeoul . awak canteq jugak :)
nice entry... pndai berceloteh...
thanks adib . huhuhu :)
kelakar haha
Hidup ibarat roda..
bila di bawah, berusaha dna berdoa,
bila di atas, bersyukur dan teruskan usaha untk kekal di atas.
isa : huhu , realiti cerita =)
farhana : btl.. semoga kita sama-sama beroleh kemenangan =)
untung la cantik...
hari2 dpt surat cinta..
i bkn nk kate surat cinta..surat pn x penah dpt..haha ;p
Post a Comment