Tuesday, November 22, 2011

kemenangan milik kita :)




Salam semua ! :)


Semangat pagi ni aku nak update pasal bola . Dalam facebook , tweeter , blog & macam2 lagi laman sosial semua dok heboh pasal bola jela . Biasalah , bahang2 kehangatan tu masih ada lagi . Tak cukup seminggu mengomel pasal bola , tak sah ye tak ? hehe 

So apa yang aku nak share ni serba sikit la pasal semangat kesukanan . Semua orang ada pandangan masing-masing tak kira la untuk apa jenis situasi pun . Aku hormat pandangan orang , cara pemikiran kita berbeza . Memang ada segelintir yang agak keterlaluan bila bagi komen . Mungkin itu cara dorang . Aku malas la nak ulas lebih . Bagi aku , aku boleh dengar pendapat orang , so pendapat aku pun tak terkecuali la . Nak dengar , dengar la . Tak dengar pun bukannya aku kesah . 

Umum tahu yang kalau kita berdepan dengan pasukan Indonesia , semacam ada 1 perasaan lain daripada lain dalam diri betul tak ? Pada aku benda ni normal sebab kita dengan Indonesia ni negara jiran . Banyak masalah yang melibatkan negara dorang dengan negara kita . Bakar bendera , rampasan kuasa , isu orang gaji , isu pendatang , isu membunuh , rogol , semacam jenis jenayah la & macam2 lagi . Sikit sebanyak benda2 ni menggangu semangat kita bila berdepan dengan dorang dalam event2 seperti sukan sea ni . Memang jelas & ketara permusuhan negara dorang dengan kita . Kita pun lebih kurang jugak , bukan Indonesia je yang beria2 boikot kita . Cumanya cara dorang tu lebih terserlah . Tak berlaku adil dalam sukan , kutuk2 player kita , booo sana sini . Cara kita plak , kutuk2 dorang dalam facebook , twitter , siap buat group anti indonesia & macam2 lagi la . Aku pun tak terkecuali membebel pasal dorang ni dalam twitter , Maklumlah , jiwa panas..pepaham jela kan.. huehuehue


So semalam skuad HARIMAU MUDA kita dah berjaya meraih EMAS dalam perlawanan final bola sepak sukan sea 2011  selepas menumpaskan skuad garuda muda ( nak jugak MUDA kan... ) Indonesia... 
Memang superb la match semalam . Berdegup2 jantung aku . Bunyi kuat gile kot . Aku boleh dengar bunyi jantung aku . Bergegar2 je kat dada . hamboihh kan ? hahaha.. Tapi mmg betul . housemate aku si Mun tu pun dah x sanggup tengok . Terus dia masuk bilik . Asal dengar je aku menjerit2 , dia keluar mengintai jap . Pastu masuk balik . Takut katanya... Tengok sorang2 jela aku... Kakak ? hmm dia bukan kesah sangat.. sedap je tidur...Orang jerit goal pun dy buat tatau je..hahahaha.. Maybe dy pun penat coz baru balik keje...


Bila fikir-fikir balik , rasa nak tergelak pun ada . Dah macam2 aksi dah aku buat kat hall rumah aku tu . Mencangkung , meniarap , terlentang , berdiri , menonggeng , mengiring , tutup muka dengan bantal , gigit wayar laptop , keluar masuk toilet , menjerit tayah cerita la . Suara aku je dah cukup bergema 1 rumah dah . Lantaklah jirang sebelah atas bawah dengar ke ... dorang pun menjerit2 jugak.. haha...
Maklumlah...semangat katakan.. Ada aku kesah orang nak cakap perempuan tak pandai main bola la.. Tahu menjerit jela.. ada aku kesah ? Orang yang cakap macam tu , aku anggap orang yang xde moral & semangat kesukanan dalam diri . Kerja nak mengkritik orang je . Tampar laju2 nak ??!

Hensem kan BF aku semalam ? kenal ke tak mana BF aku ? Alahhh.... tu MUSLIM tu . ha..tula boprend aku... hensem kan?? ala tomeyy tomeyy... hahahaha... Fadhli Shas tu plak skandal aku . Sbb tu dorang bekerja sama dlm skuad . 2/2 defender . Nampak ? nampak ? *nampak aku merepek*
Apek tu tayah cerita la.. Dulu aku couple dengan dy . Tapi dy curang ... Nak kat dahlia iTeck plak.. eh ? Dahlia Teck.. hahaha... Nak buat cane , aku tak seksi mcm dahlia...kuang kuang kuang ~

Ok stop merapu . So kepada Indonesian yang ada baca blog aku , aku nak bagitau please la . Timbulkan balik semangat kesukanan yang sebenar dalam diri . Tak guna buat provokasi , menindas pasukan lain , caci maki segala...benda tu semua tak memberi korang apa-apa selain daripada dosa & bencana . Tengoklah apa jadi kat stadium GBK semalam..Ada 2 orang penyokong indonesia yang meninggal sebab dipijak masa memberontak coz tiket masuk stadium dah habis dijual . Hidup ni kena ikut rule, keluar je daripada garisan rule pasti merosakkan diri sendiri . Aku akui semangat korang memang tinggi bila menyokong tapi hormatlah pasukan lawan . Korang tak hormat lagu negara MALAYSIA , korang buat bising . Mana respect dalam diri tu ? Tak malu ke 1 dunia tengok sikap korang . Dah la jadi tuan rumah , tapi tak ada rupa nak bersukan . Macam nak berperang je. Sudahnya apa yang dapat ?? 

Korang boleh bangga dengan beratus2 emas yang korang dapat sepanjang SeaGames2011 ni , tapi kenapa korang menangis waktu gagal dapat emas dalam final bola semalam ? Bak kata pengulas , bola sepak ni IBU SEGALA PINGAT . Korang kecewa , malu sebab kalah kat tempat sendiri . Bendera Malaysia yang korang bakar tu la jadi bendera pertama dinaikkan oleh rakyat korang sendiri . Salah siapa ? 
Hentikanlah semua permusushan ni . Sukan sepatutnya merapatkan hubungan antara 2 negara serumpun . Bukan menambahkan kekeruhan . Kadangkala bila selalu sangat ditindas & diperlekehkan , benda tu akan menaikkan lagi semangat untuk berjuang . Itulah yang dah ditonjolkan oleh skuad HARIMAU MUDA semalam . Ditindas tak semestinya kalah , yang hebat tak semestinya menang .


MALAYSIA TERBAIK 


gfMuslim,
-CikEcha-


Tuesday, November 15, 2011

- lelaki oh lelaki -



morning uolls ! :)


First of all ( omputihh plak... ) aku nak minta maaf coz lama gile tak update entry dlm blog ni . Kemana hilangnya mood berblogging aku ntah . Tetibe je hilang dibawa angin lalu . Ok stop sebelum bertambah merepek .
So harini aku nak update sikit pasal LELAKI . ala sikit je, tak banyak pun . Ni pun pada pandangan aku je . Pandangan orang lain aku tatau la plak sbb aku takde mata spare nak lekat kat orang kan . So apa yang aku nampak, lihat, pandang, tilik n renung selama ni pada lelaki , aku share sikit la sikit kat korang keh . Nak baca, baca la . Tak nak baca sudah . Malas aku nak paksa . (tetibe emo)


- Si Lelaki -
  • Lelaki ni kalau mula2 kenal , kita nampak dy macho . Selalu bagi kata-kata nasihat seolah2 dia tak pernah ada masalah . Tapi bila dah kenal lama , mesra & senang cite kalau dah couple mesti dia automatik bertukar jadi manja . Selalu mengadu itu ini , kengkadang benda remeh je pun tapi nak kita amik perhatian . hehehe . Ingat perempuan je ke yang manja ? lelaki pun sama ok... :)
  • Once lelaki ni dah selesa dengan satu baju , seluar or kasut , jangan pelik la kalau dia akan selalu ulang2 pakai benda tu je.. Selagi tak jahanam benda tu, selagi tu la korang akan nampak je dy pakai benda yang sama...Aku pun tak tau kenapa tapi aku syak mesti dorang rasa selesa & lapang dada gamaknya . hihihikk :)
  • Ok yang ni para wanita sila take note. Lelaki ni kalau betul2 dy sayangkan kita , biarlah busy mana pun dy , dy tetap akan spend masa untuk kita . Even text sms cakap benda2 simple mcm hai , morning , dah makan ? sihat tak ? . Reply tetap reply , kalau ada masa terluang sikit dy akan called kita even sekejap . Tu tandanya dy betul2 sayang.... Tapi kalau dy tengah ada berlambak2 masa terluang but tak reti2 nak text & called kita , ketahuilah wahai para wanita.... better cari lain . ehehhh :)
  • Lelaki ni sebenarnya keinginan dy nak membahagiakan pasangan dy memang tinggi. Just ada & takde bajet je. Korang tau tak, kalaulah si lelaki ni tetibe jadi kaya raya, for sure dy akan fikir pasal pasangan dy dulu . Nak beli itu ini & apa je asalkan pasangan dy bahagia . Time tu korang yang awek2 & isteri2 ni tak payah la nak memanja bodek2 laki korang tu, gaduh pun tade hal... Sat g dy bagi sebijik lamborghini kat depan umah . hadiah pujuk.... huh pengsannnn !
  • Ego. hmm benda ni semua mmg dah tau kan . Tinggi mana pun ego perempuan , tinggi lagi ego seseorang lelaki tu . Cuma nampak tak nampak je . Kadang2 dengan cara dia berdiam diri pun dan menampakkan tahap keegoan dorang . tauu :)
  • Perasaan . Memangla umum tau lelaki ni jiwa dy kental & kuat . Tak macam perempuan mudah tersentuh hati . But actually bila sebut pasal perasaan, jiwa lelaki & perempuan tu sama je... Cuma mungkin cara luahan dorang tu tak sama dengan perempuan. Dorang kalau marah takde macam perempuan terpekik terlolong... marah dorang DIAM je tak cakap apa. Tapi boleh nampak la kat riak muka tu. Kalau dorang happy sangat , pun tak macam perempuan terlompat sana sini ketawa tak henti2 , tapi dorang cool je . Senyum tu mmg tak lekang la kat mulut sepanjang hari then akan ada benda2 best yang dorang akan buat. Kalau sedih plak, lagi la tak sama macam perempuan teresak2, berhingus sana sini . Dorang pendam je...but lastly akan menitis jugak air mata tu sorang2....

So cukuplah aku share benda ni dulu harini... Nanti bile2 kalau ilham aku da datang balik , aku update lagi ok . Kepada si lelaki di luar sana , haiii ! nama saya Echa. Betul tak apa saya tulis kat atas tu ? Kalau betul bagi Lamborghini barang sebijik dua ya . Ok bye ! :D
AlwaysComel,
-CikEcha-