Tuesday, November 22, 2011

kemenangan milik kita :)




Salam semua ! :)


Semangat pagi ni aku nak update pasal bola . Dalam facebook , tweeter , blog & macam2 lagi laman sosial semua dok heboh pasal bola jela . Biasalah , bahang2 kehangatan tu masih ada lagi . Tak cukup seminggu mengomel pasal bola , tak sah ye tak ? hehe 

So apa yang aku nak share ni serba sikit la pasal semangat kesukanan . Semua orang ada pandangan masing-masing tak kira la untuk apa jenis situasi pun . Aku hormat pandangan orang , cara pemikiran kita berbeza . Memang ada segelintir yang agak keterlaluan bila bagi komen . Mungkin itu cara dorang . Aku malas la nak ulas lebih . Bagi aku , aku boleh dengar pendapat orang , so pendapat aku pun tak terkecuali la . Nak dengar , dengar la . Tak dengar pun bukannya aku kesah . 

Umum tahu yang kalau kita berdepan dengan pasukan Indonesia , semacam ada 1 perasaan lain daripada lain dalam diri betul tak ? Pada aku benda ni normal sebab kita dengan Indonesia ni negara jiran . Banyak masalah yang melibatkan negara dorang dengan negara kita . Bakar bendera , rampasan kuasa , isu orang gaji , isu pendatang , isu membunuh , rogol , semacam jenis jenayah la & macam2 lagi . Sikit sebanyak benda2 ni menggangu semangat kita bila berdepan dengan dorang dalam event2 seperti sukan sea ni . Memang jelas & ketara permusuhan negara dorang dengan kita . Kita pun lebih kurang jugak , bukan Indonesia je yang beria2 boikot kita . Cumanya cara dorang tu lebih terserlah . Tak berlaku adil dalam sukan , kutuk2 player kita , booo sana sini . Cara kita plak , kutuk2 dorang dalam facebook , twitter , siap buat group anti indonesia & macam2 lagi la . Aku pun tak terkecuali membebel pasal dorang ni dalam twitter , Maklumlah , jiwa panas..pepaham jela kan.. huehuehue


So semalam skuad HARIMAU MUDA kita dah berjaya meraih EMAS dalam perlawanan final bola sepak sukan sea 2011  selepas menumpaskan skuad garuda muda ( nak jugak MUDA kan... ) Indonesia... 
Memang superb la match semalam . Berdegup2 jantung aku . Bunyi kuat gile kot . Aku boleh dengar bunyi jantung aku . Bergegar2 je kat dada . hamboihh kan ? hahaha.. Tapi mmg betul . housemate aku si Mun tu pun dah x sanggup tengok . Terus dia masuk bilik . Asal dengar je aku menjerit2 , dia keluar mengintai jap . Pastu masuk balik . Takut katanya... Tengok sorang2 jela aku... Kakak ? hmm dia bukan kesah sangat.. sedap je tidur...Orang jerit goal pun dy buat tatau je..hahahaha.. Maybe dy pun penat coz baru balik keje...


Bila fikir-fikir balik , rasa nak tergelak pun ada . Dah macam2 aksi dah aku buat kat hall rumah aku tu . Mencangkung , meniarap , terlentang , berdiri , menonggeng , mengiring , tutup muka dengan bantal , gigit wayar laptop , keluar masuk toilet , menjerit tayah cerita la . Suara aku je dah cukup bergema 1 rumah dah . Lantaklah jirang sebelah atas bawah dengar ke ... dorang pun menjerit2 jugak.. haha...
Maklumlah...semangat katakan.. Ada aku kesah orang nak cakap perempuan tak pandai main bola la.. Tahu menjerit jela.. ada aku kesah ? Orang yang cakap macam tu , aku anggap orang yang xde moral & semangat kesukanan dalam diri . Kerja nak mengkritik orang je . Tampar laju2 nak ??!

Hensem kan BF aku semalam ? kenal ke tak mana BF aku ? Alahhh.... tu MUSLIM tu . ha..tula boprend aku... hensem kan?? ala tomeyy tomeyy... hahahaha... Fadhli Shas tu plak skandal aku . Sbb tu dorang bekerja sama dlm skuad . 2/2 defender . Nampak ? nampak ? *nampak aku merepek*
Apek tu tayah cerita la.. Dulu aku couple dengan dy . Tapi dy curang ... Nak kat dahlia iTeck plak.. eh ? Dahlia Teck.. hahaha... Nak buat cane , aku tak seksi mcm dahlia...kuang kuang kuang ~

Ok stop merapu . So kepada Indonesian yang ada baca blog aku , aku nak bagitau please la . Timbulkan balik semangat kesukanan yang sebenar dalam diri . Tak guna buat provokasi , menindas pasukan lain , caci maki segala...benda tu semua tak memberi korang apa-apa selain daripada dosa & bencana . Tengoklah apa jadi kat stadium GBK semalam..Ada 2 orang penyokong indonesia yang meninggal sebab dipijak masa memberontak coz tiket masuk stadium dah habis dijual . Hidup ni kena ikut rule, keluar je daripada garisan rule pasti merosakkan diri sendiri . Aku akui semangat korang memang tinggi bila menyokong tapi hormatlah pasukan lawan . Korang tak hormat lagu negara MALAYSIA , korang buat bising . Mana respect dalam diri tu ? Tak malu ke 1 dunia tengok sikap korang . Dah la jadi tuan rumah , tapi tak ada rupa nak bersukan . Macam nak berperang je. Sudahnya apa yang dapat ?? 

Korang boleh bangga dengan beratus2 emas yang korang dapat sepanjang SeaGames2011 ni , tapi kenapa korang menangis waktu gagal dapat emas dalam final bola semalam ? Bak kata pengulas , bola sepak ni IBU SEGALA PINGAT . Korang kecewa , malu sebab kalah kat tempat sendiri . Bendera Malaysia yang korang bakar tu la jadi bendera pertama dinaikkan oleh rakyat korang sendiri . Salah siapa ? 
Hentikanlah semua permusushan ni . Sukan sepatutnya merapatkan hubungan antara 2 negara serumpun . Bukan menambahkan kekeruhan . Kadangkala bila selalu sangat ditindas & diperlekehkan , benda tu akan menaikkan lagi semangat untuk berjuang . Itulah yang dah ditonjolkan oleh skuad HARIMAU MUDA semalam . Ditindas tak semestinya kalah , yang hebat tak semestinya menang .


MALAYSIA TERBAIK 


gfMuslim,
-CikEcha-


2 comments:

Anonymous said...

1 PERSON LIKE THIS~

Hermoine Granger said...

thanks mr/mrs anon....