Biasa baca surat khabar tak ? Selalunya surat khabar mana jadi pilihan korang ? Selalu layan internet untuk dapatkan berita atau cerita ? Layan majalah-majalah ke... Daripada mana lagi sumber-sumber yang korang terjah untuk dapatkan berita-berita hangat kat Malaysia ni ? Haa... Tak kisah la mana pun pilihan korang , kalau korang selalu baca paper or majalah , mesti korang boleh tau dah jalan cerita atau olahan ayat dalam setiap paper or majalah tu kan ?
Ok , kat sini aku nak share 1 note yang kelakar boleh tahan la . Aku rasa kelakar la sebab aku ni jenis ada sense of humor . So benda kelakar sikit pun aku dah boleh ketawa . Aku amik note ni daripada kawan aku , Faiz . Aku tak tau la sape pemilik asal yang create note ni kan . Kot note ni dah bertahun-tahun ada kat facebook ke , aku tatau la kan sebab aku baru je baca petang tadi . So aku nak tumpang share noted dia dengan korang semua . Best ! hehe . Kepada pemilik tanah noted ni , beta mintak share ye . Lu punya noted buat wa ketawa pecah perut la . Boleh la..leh la..leh la.. ehh ? ehh ? hehehehe.....
*ibu saya kata tak baik cakap lu gua lu gua. maafkan saya*
________________________________________________________
Situasi sebenar :
"Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian".
BULETIN UTAMA :
"Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari".
HARIAN METRO :
"Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
UTUSAN MALAYSIA :
"Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
"Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
HARAKAH :
"Kami tiada beca."
MALAYSIAKINI :
"Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
TWITTER @NAJIBRAZAK :
"Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
BLOG MELAYU PARANOID :
"Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
IBRAHIM ALI :
"Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
PANCAINDERA :
"Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
MASTIKA :
"Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
SAMY VELLU :
"Beca tak bayar tol dicari."
P/S :: just jokes, nothing personal ^_^ ::
Hahahaha , Ok tu je untuk harini . Tata ~
Ketawa
-CikEcha-
