Wednesday, June 13, 2012
Bila Kita Rindu
assalam...
tak boleh tido le pulak memalam camni . so me decide utk berblogging barang seminit dua . rasa nak berjiwang pulak malam ni . boleh kot ye ? sekali sekala...huhu :)
CINTA....
- ada bahagia , ada derita , ada yang biasa2 saje .
- cinta tak semestinya memiliki . kadang2 kita terpaksa hidup bersama orang yang kita tak cinta atas sebab2 tertentu & tersendiri . kadang2 kita terpaksa meninggalkan seseorang yang kita cinta , bukan atas kehendak kita sendiri .
- cinta itu berkait rapat dengan jodoh , namun jodoh itu tak semestinya terjadi atas dasar cinta .
- cinta tu nampak mudah tapi sebenarnya sukar utk ditafsirkan . manusia ada macam2 jenis . tak semestinya bercinta lama2 tapi akan diakhiri dengan perkahwinan . semuanya bergantung pada jodoh . orang ramai boleh mempertikaikan apa yang berlaku pada kita tapi perlu diingat , setiap apa yang terjadi adalah ketentuan Allah s.w.t . jadi , perihal jodoh janganlah kita pertikaikan . mungkin hari ini kita bahagia dengan orang yang kita sayang , esok lusa mungkin kita pula yang perlu berdepan dengan dugaan cinta . berhati-hatilah :)
- pertemuan & perpisahan adalah titik tolak pencarian manusia dalam mencari cinta . boleh jadi manusia itu dikurniakan Allah dengan pasangannya secara terus . tak perlu menunggu lama , terus dijodohkan . boleh jadi juga manusia itu dikurniakan Allah dengan jodoh yang agak lambat . serta boleh jadi juga manusia itu dikurniakan Allah dengan beberapa pasangan sebelum mereka bertemu dengan insan yang sebenar2nya jodoh mereka.. wallahua'lam .
- cinta itu ibarat sungai yang tiada penghujung dan pemutusnya . kerana itu manusia seringkali gagal mengawal perasaan hanya kerana cinta . hanya iman dan kesabaran yg menjadi dinding untuk kita menguatkan hati setiap kali berdepan dengan masalah cinta .
- cinta itu umpama titik . sekali kita mencintainya sepenuh jiwa , tiada apa yang dapat memudarkan cinta itu walaupun terjadinya perpisahan . perpisahan bukan bererti penamat dalam sebuah cinta , tapi ianya cuma suatu hentian dalam perjalanan manusia bertemu jodoh yang telah ditakdirkan .
selamat malam cinta,
-CikEcha-
Monday, June 11, 2012
Buat Pasport
hye semua !
semalam hari ahad 10 Jun 2012 , me & housemate bangun seawal pagi gegiler semata2 nak kejar masa buat pasport . Actually memula plan nak buat kat Putrajaya tapi last minute cancel sbb ada tempat yang lebih dekat untuk buat . Dah ada yang dekat buat apa nak pergi jejauh kan..
Memang awal gila we all bangun.. da mandi & solat , we all cepat2 keluar dpda rumah n gerak pg wangsa maju.. macam biasa la.. my housemate si MUN tu drive macam roller coaster . shiuuuuuuuuuu~
maklumlah...nak kejar masa.. paham2 jela kalau pg JPN time weekend.. umat manusia berpusu2 mengalahkan pasu nak berebut pg sana..
dan seperti yang dijangka... MEMANG !
sampai2 je , tengok dah ramai orang beratur depan pintu masuk.. padahal baru pukul 7.15am.. bukaknya pukul 8 ! apa lagi.. dengan langkah yang tak teratur , we all jalan laju nak Q sekali...
masa mula2 sampai..orang da ramai beratur kat depan pintu...
2 minutes later.........
nampak tak sampai jauh kebelakang orang datang nak Q sekali... *sigh*
no 36 , tapi menunggu mcm 36jam.. huhu
finally......
I got it ! Alhamdulillah :'D
* lepas ni bolehlah melancong puas2..yeehuuu..hihihi
jom melancong,
-CikEcha-
Reaksi Toqq Cici bila EURO 2012 bermula..
hello !
...setelah lama tidak mengupdate belog...
Sabtu lepas ada match antara my favorite team HOLLAND menentang team putih si Denmark . Punya la semangat duduk depan tv , terpekik terlolong menjerit sakan tengok bola , but lastly boleh plak my team kalah... hello , Belanda kalah okay . Itu sangat tak boleh diterima akal . Peluang sikit punya banyak tapi hampehh . Nasib baik RVP hensem.. *tetibe*
Disebalik kekecewaan me malam tu , tak sangka ada rupanya makhluk yang tumpang tengok bola ! And I think dia lebih excited... how come !
.
.
.
.
.
.
.
.
see ??
time ni masa denmark score 1 goal ! see how excited si putih ni berdiri megah .
" HT denmark 1- 0 Holland ... bolehlah aku makan2 dulu..lek r...denmark da score sebijik"
.
.
.
.
.
.
.
apabila masa tinggal lagi 5 minit sebelum tamat masa perlawanan...
" sure Holland kalah ni.. masuk tido dulu la yerr.. malas layan tuan aku meroyan team dy kalah.. bubbye~"
* haruslah si putih sokong team putih kan ._______.
pengalah,
-CikEcha-
Tuesday, March 13, 2012
Jangan Bersedih
- jangan bersedih dengan perkara yang lepas kerana ia SUDAH BERLALU...
- jangan kecewa dengan apa yang sedang berlaku kerana ianya adalah TAKDIR...
- jangan gusar kepada perkara yang akan datang kerana ianya BELUM BERLAKU....
hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan serta dibazirkan dengan mengingati perkara-perkara yang sedih.... bukankah kita masih ada Allah yang maha kuasa ? segalanya terletak kepadaNya...
hidup ibarat putaran roda.. bila masa hari ini kita diuji dengan kesedihan atau kekecewaan , esok belum pasti kita masih akan sentiasa dilewati dengan kesedihan...
kerana itu , apabila kita sedang memperoleh nikmat kegembiraan , usahlah terlalu gembira hingga kita lupa siapa yang memberi kita kenikmatan tersebut . juga , takkala kita ditimpa musibah , berlindunglah serta mohonlah doa keatasNya... hanya Dia sebaik2 tempat untuk mengadu dan bermohon...
life is short , so make it sweet :)
Monday, March 5, 2012
The Devil Inside
dah tengok cerita ni ?
cite ni tengah main kat wayang sekarang . aku dah tengok dah cerita ni dan resultnya adalah OKAY .
cite ni genre seram . so pada korang yang suka cari pasal tengok cite seram pastu takut sendiri , eloklah tengok cite ni .
kisah dy pasal sorang wanita nama dy Maria Rossi . dy call sendiri 911 then cakap dy dah bunuh 3 orang . dy sendiri call polis utk dtg tangkap dy . bunyi mcm bodoh kan ? tapi tula , masa starting cite ni , suara dy masa call polis tu quite seram la jugak . slow2 gitu . hihihi .
so kes dy dinaikkan kat mahkamah tp dy dibebaskan atas sbb masalah mental . but sebenarnya dy bukan ada masalah mental . dy diganggu oleh beberapa ekor 'demon' dalam badan dy . demon tahu kan ? bukan doremon . demon ni kira macam setan la . setan kafir gamaknye . LOL
so misi cite ni adalah bila anak perempuan dy nak tahu apa sebenarnya yg jadi kat mak dy ni . berpuluh2 tahun x jumpa mak dy sbb mak dy dimasukkan ke hospital mental di rome , so dy travel kesana utk jumpa mak dy tu .
byk la kisahnya , jumpa paderi , then tengok sendiri mcm mana paderi buat upacara menghalau setan2 dalam badan , then paderi tu sendiri plak mati kena rasuk n mcm2 la . cuma 1 je yang kureng cite ni . kamera dy buat aku pening . biasalah kan , bajet nak buat cite ala2 paranormal . real2 gitu kan , so kamera pon messy jugak la . tu je . yang lain okay la . seram cukup semua . then 1 lagi byk sgt la kuar lambang salib tu . sbb kisahnya mengenai setan yg x suka pd agama dorg kan . so camtu la .
kalau aku , aku bagi 7 / 10 . tolak satu sebab kamera dy merapu2 , tolak lagi 1 sebab banyak sangat lambang2 salib , tolak lagi sebab paderi dy yg sorg tu hensem . kena tolak point sebab dy buat aku asyik nak tengok muka dy je . tak konsisten . hahahahaha !
kbye .
ni la dy Maria Rossi
ni salah sorg yang kena rasuk . time ni seram :/
aku tatau apa motif makcik ni diwujudkan , bagi seram kot tengok mata dy .
ok ni dy paderi hensem saya...eh ! :)
maria rossi dengan anak dy . time ni pon seram jugak .
ni bff paderi hensem td . dy pon paderi tp penakut sikit
last2 amik kaw , dy plak kena rasuk
bengong -.-
comel,
-CikEcha-
Thursday, February 23, 2012
- MAAF -
assalamualaikum
hye ? hye ? helo ? semua sihat ? err dah makan ? err
sebenarnya...sebenarnya... kite nak minta maaf sebab dah lama tak update blog . last update is december tahun lepas . heeee
*senyum nampak gigi*
kite takde apa-apa nak cakap melainkan MINTA MAAF je . maafkan kite ye . kite bukan sengaja tak nak update blog , tapi kite malas .
*maafkan kite sebab terlalu jujur*
ok lepas ni kite try update kerap2 kite punya blog ye . even blog kite tak pemes langsung pon , tapi kite ada dapat email daripada beberapa pembaca * beberapa je , meant 2 3 kerat je* tanya kite kenapa da lama tak update blog .
so kite nak minta maaf . banyak story yang kite nak update , ada story yang da berkurun lama dah pon :/
but sokay , kite cuba update nanti k . lastly , kite dengan hati yang tulus ikhlas , ingin meminta maaf diatas keMALASan kite selama beberapa bulan ini .
layari beberapa keping gambar sebagai tanda betapa kite rasa bersalah dan ingin memohon maaf :
sekian , maafkan kite *tunduk bawah*
maaf,
-CikEcha-
Subscribe to:
Posts (Atom)



















