Wednesday, June 29, 2011

Bola Sepak Kita !

Assalamualaikum :)

SemAngAt bOla !

Malaysia kita sekali lagi melakar kemenangan dalam arena bola sepak apabila menewaskan Taiwan 2-1 sebentar tadi. Aku bangga dengan skuad bola sepak Malaysia sekarang samada daripada bimbingan DATUK K RAJAGOBAL mahupun ONG KIM SWEE :)


Tadi aku tengok siaran langsung kat Astro Arena 801. Kat TV1 pon ade :)






Ni antara player yang beraksi tadi. Ada yang ada , ada yang takde . huhu :)

 Aku suka MUSLIM , tapi dia tak main tadi. 
 Aku pon tak tau kenapa gambar ni cengini . Layan jelaaa :p

Ha, nila tunjang segalanya , hero kita DATUK K RAJAGOBAL :)



Aku harap untuk pusingan kedua di Taiwan nanti, Malaysia akan kembali melakar kemenangan. Siapa tak nak Malaysia main kat piala dunia kan? Semua nak,jadi sokonglah skuad bola sepak kita samada di saat kejayaan mahupun kegagalan mereka. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA :)





-malam ni aku nak mimpi badrul bakhtiar-


Melaka Wonderland !

Assalamualaikum ,

Sihat? Harapnya semua sihat dan ceria ceria macam aku oke :)
Orang kata untuk merehatkan minda,kita perlu buat sesuatu yang menyeronokkan. So kalau sebut perkara menyeronokkan tu, ianya subjektif la. Ada yang buat massage, shopping mopping, makan tak ingat dunia, bersukan dan macam macam lagi la. Ha,actually aku pon suka jugak wat aktiviti aktiviti macam yang aku sebutkan tadi. Tapi kali ni aku rehatkan minda aku yang sarat dengan macam macam masalah dan tekanan ni dengan cara BERCUTI :)

Lokasi percutian aku kali ni buat yang entah keberapa kali adalah MELAKA , yeayyy ! *padahal dah banyak kali dah aku menapak kat bumi sejarah tu -.-*
Cuti-cuti Malaysia. Kena la pergi dalam Malaysia je kan.  Kot sampai rezeki aku untuk cuti-cuti oversea, aku pergilah melancong ke negara luar pulak macam Paris ke, London ke, Qatar ke, Itali ke . *berangan la kau echa.*

Oke la, nak dijadikan cerita, minggu lepas hari sabtu bersamaan dengan 25hb June 2011, aku bersama sama dengan housemate aku berangkat meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke bumi Melaka. Beria je aku cerita kan. Macam pergi kemana je,huhu . kitorang gerak awal jugak la. Dalam pukul 8pg camtu. Singgah breakfast kat RNR ayer keroh dlm pukul 10 lebih la. Agak slow kan housemate aku yang sorang ni bawak kereta. Bukan ape, sebelum nak gerak tu, mak ayah masing masing dah pesan jgn bawak kete laju laju. Jgn nak happy happy sgt. Hati hati sepanjang berjalan n macam macam lagi la. So sebagai anak yang mithali dan mengikut kata orang tua ( tgn atas bahu) kami pon merealisasikan segala nasihat yang diterima. hasilnya mmg best, sampai melaka around pukul  11.30pg macam tu. padahal cik munirah (housemate aku yang bertanggungjawab drive kete) ni kalau normally la kan, dy bawak kete mcm pakai evo. shiuuuuu~ haha .

Tujuan kitorang bercuti kat melaka sebenarnya nak mandi manda bersuka ria kat MELAKA WONDERLAND. Bunyi macam best kan? mmg best pon ! gile tak best. Kalau korang tak percaya,pergi sendiri. Sure korang akan pergi dengan harapan,pulang membawa kejayaan. Apa kejayaannya? Ha,kulit anda akan berubah kepada warna yang lebih keruh dan penuh noda noda hitam.hahaha. Macam aku la. Sekarang ni aku dalam proses pemulihan kulit. kulit aku tgh bersalin. *Bukan orang je bersalin. kulit pon bersalin tau.* Mengelupas kulit aku. Mungkin nak kembali cerah kot,huehueheuhue :p

Oke la, korang enjoy la tengok gambar gambar yang aku post sekali ni keh.Detik detik kegembiraan kami serumah . ecececececece . layannnnnnnnnnnnnnn :)


Inilah housemate aku. mereka semua gojes oke :)

Keterujaan penulis sewaktu breakfast amatlah ketara ya. Tiada motif telur diangkat -.-


Yeayy ! Daah sampai Melaka Wonderland kawan kawan :)

Sila saksikan betapa ramainya manusia disini.

 Brother tu jaga tempat budak kecik main . Penyayang kan beliau ?

Nice one :)

 Tempat beli tiket , bukan tempat bersantai mahupun berpeleseran.

 Pelampung ! Pelampung ! Murah ! Murah !

Aku suka tempat ni. Sampai terjatuh jatuh dpda pelampung. hueheuhue :p

Korang tengok kat atas tu. Tinggi sebenarnya . Gayat tak gayat ?

Tempat parents berehat melihat anak mandi manda. 
*minah saleh pon ada*

Apabila penulis bergambar :)

 Tak semena mena seekor makhluk comel ni datang time kitorang amik gambar :)

Then, datang sekor lagi . Gile comel oke !

Pastu datang lagi sekor. Aku ase nak bawak balik je natang ni -.-




Nampak gemuk pulak aku kan. *memang gemuk pon*
HEY !



*Bakal mengikut jejak langkah Datuk Siti menjadi askar wataniah*


Penulis seorang yang gila bergambar. Maafkan beliau jika over.


Cantik bukan ?

Macam kat Amsterdam kan? Melaka jela woi :p


:)

Pic terakhir ini membuktikan betapa ghairahnya penulis ketika bergambar .



Mesti korang kecewa tak dapat tengok gambar aku mandi manda kan ? Bukan tu je, gambar main papan gelungsur,atas pelampung,bawah pelampung,berenang renang,terjengket jengket dan sebagainya . Bukan aku taknak tunjuk, kitorang memang tak bawak kamera pon waktu mandi. Gile rosak la karang kamera tu kena air ! (nada langsung tak marah) . So ni je yang aku boleh share dengan korang. Enjoy? lau nak lagi enjoy, berkunjunglah sendiri ke MELAKA WONDERLAND. Yang pastinya ianya bukan tempat untuk kanak-kanak riang :)


-Sedang berusaha merawat kulit yang hitam dan mengelupas-



Thursday, June 23, 2011

Bukan Penulis Baru

Assalamualaikum ,

- Sila jawab salam dulu oke -
helooo MALAYSIA ! ahahahah *beria* . Mcm la 1 Malaysia dok bace ape aku tulis kan . haha . Tu ha , ada yang siap cebik cebik mulut baca ape aku tulis ni . SILA POSITIF CIK ECHA ! oke baik , aku positif sekarang . Mesti korang senyum senyum baca blog aku kan ? kan ? kan ? KAN laaaaaaa .

 Oke la , kita cuba serius sikit :)
Sebenarnya aku bukanlah penulis baru sebab sebelum tadika lagi aku dah belajar menulis . Jadinya , kurang wajar kalau aku katakan aku ni penulis baru . Tapi amat bersesuaian la kalau aku dinobatkan sebagai PENULIS BARU DALAM DUNIA BLOG . *semangatnya perkataan dinobatkan*

Jadi aku menyeru kepada semua warga blog seantero alam untuk sama sama berganding bahu , berpegangan tangan , menari nari dan bergelak ketawa bersama aku dalam dunia blog ni . haha . merepek apa la aku memalam ni kan . Oke la , aku dengan penuh rasa hormat dan rendah diri , memohon kepada rakan rakan blog mahupun di luar dunia blog untuk kiranya sudi sudikan diri membaca blog aku yang tak seberapa ni . aku tau dah banyak dah blogger yang berjaya dengan cara penulisan masing masing . ada yang dah jadi bisnesman/women , artis , model , cikgu n macam macam lagi la . tapi pada aku , secara jujurnya aku create blog aku ni adalah untuk sama sama share kehidupan aku yang penuh dengan warna warni kehidupan , penuh suka dan duka ni dengan korang semua . takde lain yang aku harapkan , melainkan korang enjoy baca blog aku dan rajin rajinkan lah diri untuk follow blog aku yeeeeee . hehehe .

Oke la kalian ,
korang mesti nak tau sape aku kan ? kan , kan  kan ? hehe . oke , aku akan perkenalkan diri aku pada korang pada post yang seterusnya . sehingga berjumpa lagi ! aku sayang korang ! *tetibe*


Yang Suka Mengarut,
-cikEcha-