Friday, July 15, 2011

Assalamualaikum,
hye semua =)


Pernah rasa teruja & teruja itu diakhiri dengan perasaan puas yang membuak-buak?
Ya ! Begitulah aku kala ini . ewahh :)


Ok , semalam adalah hari yang aku tunggu-tunggu untuk menonton filem kesayangan aku untuk siri yang terakhir . HARRY POTTER . Aku tulis tajuk filem ni pon aku dah sebak . Ha baru tulis tajuk, belum lagi aku nak bercerita. Kang tak pasal pasal menangis pulak aku kat tempat keje ni .
*kantoi update status kat tempat keje*
Yela bukan apa , semuanya pasal aku teruja sangat plus sedikit emosi sebab ni siri yang terakhir . Lepas ni dah takde dah nak keluar Harry Potter siri apa-apa lagi dah. So, jangan la korang nak menambah nambah ada siri baru Harry Potter & Power Rangers la , Harry Potter terakhir part 2 ke , Harry Potter kembali ke zaman kanak kanak semula ke , ha tak payah ye . Tamat setakat di situ .

Seperti yang sedia maklum , HARRY POTTER & THE DEATHLY HALLOWS PART 2 adalah siri terakhir filem harry potter yang selama ni dah bermula sejak kita sekolah menengah lagi ok . Ayat aku ni available pada mereka yang sebaya atau lebih kurang usia mcm aku nilah . Karang ada pulak pertikai cakap atuk / opah dorang baca entry aku tak puas hati sebab time dorang muda muda dulu takde pon filem harry potter. Ku cepuq nanti kang . huehuehue .

Seriously memang filem ni best sangat sangat. Aku pon dah tak ingat berapa kali aku dok ulang-ulang tengok siri yang lepas-lepas . Bayangkan, watak watak utama dalam tu aku kenal dorang time kecikkecik anak je lagi . Baru 8 / 9 tahun camtu . Muka pon rasa nak cekik - cekik je dorang sebab comel sangat . Sampai la sekarang dah jadi macho , gagah , jelita dan sewaktu dengannya la . Kita membesar bersama sama watak dalam cerita tu , so memang pada mereka yang berjiwa sensitif macam aku ni , seharusnya rasa teruja dan beremosi la sejurus berakhirnya tayangan di panggung . *Aku sebak lagi*

Cerita ni kalau aku nak ulas daripada dorang kecik sampai besar , memang sampai malam pon tak habis . Nak pulak aku ni kalau bercerita , tak penah nak short cut . Selagi ada yang buat muka tak paham , selagi tu aku paksa dengar . haha . So aku cerita pasal siri yang terakhir ni jela eh ? Selebihnya apa kata korang google la sendiri tak pon beli CD/DVD citer ni . Jangan risau , cerita famous bapak camni confirm ada je kat kedai kedai CD . kedai CD jela , jangan ko cari kat kedai runcit . Ngamuk apek & ane tu aku tak bertanggungjawab .

Apa yang boleh aku simpulkan , cerita dia sama sebijik la macam dalam novel . Kalau ada antara korang yang dah khatam 6 novel JK ROWLING tu , syabas la . cerita dy memang sama sebijik . Cuma apa yang kita tengok kat filem tu lagi gempak la sebab real real depan mata :)
Macam biasalah , yang jahat pasti akan pulang ke rahmatullah dengan amat dasyatnya kan , dan yang para soleh solihin pasti akan memperoleh ganjaran selayaknya ( ahh sudahh )
So, ending dy memang gempak . Syok gile aku tengok . Kakak aku kat sebelah dah menitik nitik air mata . Pening aku tengok dy , aku pon sedih jugak , tapi takdelah sampai nangis . Dy menangis sampai sembab mata . Nampaknya ada insan lain yang lebih sensitif daripada aku . *hi along ! hehe*
Kat sini korang dah dpt hint la yang cerita ni memang ada part sedih gile gile , part gaduh gila gila , part cinta gila gila , part terkejut gila gila . part orang gila je takde dalam citer ni . Kenapa ? ko tanya la JK sendiri ye .
Cerita banyak banyak pon tak best jugak , nanti tak surprise la korang nak tengok kan ? hehe . Layan jela gambar yang aku google ni eh . Ni la dia kalau dah takde keje kat tempat keje . Keje lain yang aku buat . Ha layannn :)

Diadaptasi daripada novel Harry Potter by JK Rowling


aku tengok July 14 :)


Tom Riddle a.k.a Voldemort


aku tak suka dia !

time ni agak berdebar jugak ya




cuba teka dia ni baik ke jahat ? =)

jadi hero tau dia nih ! huhu

hensem :)

ni aku . haha

hensem tak mamat ni ? hehe

anak harry potter . boleh ? 


ok , tu je . bye =)


by,
-CikEcha-



7 comments:

Rirahs Biuhs said...

waw... such a percision explaination u got here...
i love Professor Snape character.. he's so mysterious... and so Rirahsilicious... hehe

Anonymous said...

juanbaek :

zzz..modus operandi nye?

Hermoine Granger said...

haha ! what a freaking name ha ? RIRAHSILICIOUS ?! hehe . ya , u will love him much more crazy after watching this movie . have a great nite ya ! =)

Hermoine Granger said...

juan : modus operandi apa ? haha . ingat ni kes jenayah ke ? ^____^

farhana said...

Ada la part org gila. Tu...pompuan yg ko xsuka tu. Dia kan org gila..hahaha

Anonymous said...

I pun dah tgk. Best ending as like u said on ur blog.well done cik echa.hehe

Anonymous said...

.