Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs




Salam semua , 
Dah lama aku tak update blog usang aku ni kan ? So hari ni aku nak update , tapi bukan sambungan daripada entry aku yang lepas . Yang tu nanti dulu ok . Sebab hari ni aku nak share serba sedikit pasal berita yang hampir semua orang dok kecoh2 hari ni kan , tak lain tak bukan mengenai kematian pengasas Apple , iaitu Steve Jobs .


So , pada korang yang masih belum tahu , Steve Jobs merupakan pengasas produk Apple yang korang pakai sekarang ni . Tu yang iPod , iPad , iPhone yang korang dok guna tu... Steve Jobs la pengasas untuk semua produk tu . Beliau ni memang dikenali ramai & sangat disegani kerana kepintaran , kehebatan , ketekunan , kefokusan ( ada ke imbuhan utk fokus ? ) main bedal je aku...  dan paling penting TASTE atau citarasa beliau dalam seni yang cukup tinggi . Kalau tak tinggi , takdenya korang dok bangga pakai produk apple tu sekarang :)


But , harini keluar berita bahawa Steve Jobs dah pergi meninggalkan segala kemewahan & nama agung beliau apabila disahkan meninggal dunia akibat kanser pangkreas yang dah dihidapinya sejak lebih kurang 7 tahun . Kalau tak silap aku la.. Semangat beliau untuk terus hidup memang jelas kita nampak bila mana beliau masih lagi mengeluarkan idea2 yang hebat untuk dikongsikan kepada seluruh dunia sementelah beliau sendiri sedang bertarung melawan kesakitan . 


Ramai orang kata bila seseorang tu menghidap kanser pangkreas , peluang untuk hidup lebih daripada 7 tahun tu amat singkat . Itu aku tak berapa pastilah kan.. Tapi kebanyakkan orang selalu sebut benda yang sama bila bercakap pasal kanser jenis ni.. Bahaya ya... Pada aku semua kanser sangat bahaya... Sebab virus kanser ni membunuh kita secara perlahan2 dalam jangka masa yang sangat lama dan sangat sukar untuk disembuhkan . Duit yang banyak jugak bukan jaminan untuk kita berjaya mengubati penyakit . Steve Jobs bukannya calang2 jutawan dunia . Harta beliau sendiri dah mengalahkan pengasas microsoft & google.. Korang sendiri boleh bayangkan , tapi berbalik kepada lumrah kita sebagai manusia... Yang hidup PASTI akan mati . Tak kira siapa pun kita & seberapa banyak harta kita di dunia ni.. Itu adalah pasti .


So , lepas ni tak tahu la sape pengganti Steve Jobs dlm legasi Apple . Dengar cerita , untuk sementara ni Apple memilih Tim Cook sebagai pengganti Steve . Sejauh mana kebenaran , sama-samalah kita nantikan berita tu keluar . One thing , aku tak rasa dengan pemergian Steve , legasi Apple akan jatuh . Sebab aku yakin sebelum pergi , Steve mesti dah mencurahkan berguni2 idea baru yang belum dikeluarkan pada pengganti beliau . Jarang kita nak jumpa manusia yang hebat . Kalau dah hebat tu , memang melampau2 hebatnya.. huhu.. So , pada pengguna produk Apple , tayah risau . Lepas ni mesti akan ada keluaran2 baru produk Apple untuk korang . Cuma cepat atau lambat je sebab main brain dia dah takde.. :)


Ok la , bawah ni aku selitkan sekali beberapa gambar Steve Jobs untuk korang . Ihsan daripada Pakcik Google.. Selamat Jalan Steve Jobs ~



Steve Jobs ( 1955- 2011 )























Ok , inilah Tim Cook , bakal menggantikan Steve .



Tim & Steve



-Selamat Jalan Steve Jobs-




NonAppleUser,
-CikEcha-


4 comments:

Anonymous said...

1 PERSON LIKE THIS ~

Hermoine Granger said...

:)

aizadalias said...

sedih je bunyi nye...hehe

Hermoine Granger said...

sedih jugaklah.. sedih knp pun tatau . bukan apple user pun padahal . hahaha