Showing posts with label hubungan. Show all posts
Showing posts with label hubungan. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Ciri Lelaki Yang Akan Cuba Wanita Jauhi








Jenis lelaki yang mana kaum wanita akan cuba jauhi :-



KASANOVA Lelaki macam ni memang awal-awal lagi orang perempuan takkan dekat , melainkan ko ada aset lain contohnya duit ko berkepuk-kepuk & perempuan tu pulak jenis mata duitan . Memang padanlah korang berdua :)

PANAS BARAN
Yang ni mungkin awal-awal hubungan tak berapa nak nampak kan , tapi kalau dah ko tu memang jenis panas baran , baru sebulan berkawan pon ko dah mula tunjuk taring . So , lelaki jenis ni perempuan takkan dekat . Sape yang nak lelaki panas baran ? Wanita ni hatinya lembut . Kalau ko berkasar , sentaplahhhh ~

KAKI KIKIS
Ha yang ni aku pun memang tak suka . Kalau aku jumpa lelaki macam ni ,  memang awal-awal lagi aku angkat kaki . Gila la ! Nak pulak yang baru kenal kan , pastu mintak itu ini , pinjam itu ini , pergi mana-mana pun semua guna duit perempuan . Sekali sekala takpelah kan , kalau dah setiap hari , tak kering poket perempuan ? Memang TAKLAH aku nak dekat .....

BANYAK ALASAN
Yang ni pun satu hal . Time kita mintak tolong apa-apa ke , ada je alasan yang dibagi . Nak pulak masa tu kita urgent & betul-betul mengharapkan pertolongan dia . Tapi dia banyak pulak alasan tak boleh tolong , walhal tengah rileks je melepak-lepak kat rumah . Sesuai ke buat calon suami ? :)

PENIPU
Aku rasa jenis macam ni semua orang takut nak dekat . Sape yang suka kena tipu ? Pada sape yang suka kena tipu tu boleh la berkena-kenalan dengan insan sebegini ye .

EGO
Ego yang aku maksudkan ni ialah ego yang melampau-lampau . Sume tempat ko nak tunjuk ego . Langsung tak reti nak tolak ansur. Memang hi hi bye bye la ~

CURANG
Sape suka dengan perkataan tu ? Aku seram . Lelaki jenis ni memang jangan mimpi la nak dekat dengan aku , hatta berkawan sekali pun. Meluat ~

TIADA SIKAP HORMAT
For sure la bakal suami ko nak bawak jumpa family kan . So , kalau lelaki tu jenis tak menghormati , memang dengan sesiapa pon dia tak hormat . Bengkek tak kalau lelaki tu biadap dengan orang tua kita ? Kalau aku , depan depan family aku , aku simbah air sirap kat muka mamat tu tau . *knp mst air sirap?*






So far tula antara ciri lelaki yang perempuan takut nak dekat . So to man outside there , harap-harap kamu bukanlah lelaki yang tergolong dalam ciri-ciri di atas . Anda nak cari wanita yang sempurna , wanita juga menginginkan perkara yang sama . Kerana sesungguhnya bila melibatkan soal hati dan perasaan , tiada bezanya antara lelaki mahupun perempuan :)



MencariSiBakalSuami
-CikEcha-