Hari ni aku terdetik nak update entry pasal hidup berpoligami . Maklumlah , lepas tengok cerita Tahajjud Cinta kat TV3 tadi , jadi bersemangat sikit nak kongsi pendapat aku pasal isu berpoligami ni :)
Mula-mula sekali aku nak tekankan , poligami adalah 1 perkara yang sangat sensitif , sangat melibatkan perasaan , sangat menggembirakan dan sangat menyakitkan . Poligami ni memang menuntut kesabaran dan ketabahan yang amatlah kuat ya . Takde wanita yang sanggup hidup berpoligami melainkan hatinya betul-betul tabah dan sentiasa bersabar .
Jujur daripada hati aku yang paling dalam , aku tak sanggup hidup berpoligami . Jangankan hidup bermadu dengan 4 orang . Dengan sorang pon aku dah sakit , ni pulak nak menghadap 4 orang kan . MENANGIS la aku . huhuhu . Yela , sape yang tak nak payung emas kat syurga nanti kan , memang lah nak , tapi aku bukan wanita yang kuat untuk berdepan dengan perkongsian kasih sayang seorang suami dengan wanita-wanita lain =')
Ok , yang aku nak tekankan dalam isu poligami ni adalah KEADILAN . Kita semua tahu , perkataan adil ni satu perkataan yang subjektif definisinya . Maksudnya kita tak terhad dengan 1 jawapan atau maksud je , kita boleh olah pelbagai makna daripada perkataan ni . Tak kira la apa pun maksud / makna bagi perkataan adil ni , tapi apa yang boleh aku simpulkan , adil ni adalah 1 perkara yang sangat berat untuk dipikul oleh mana-mana individu pun . Apatah lagi bila melibatkan isu berpoligami , seorang suami telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi seorang suami yang adil kepada isteri-isterinya .
Bukan mudah ye nak jadi adil . Mungkin anda seorang suami yang mampu daripada segi zahir . Mampu bersikap adil pada isteri-isteri anda , tapi adalah anda yakin anda telah berlaku adil dari segi kasih sayang ? Sekali lagi diulang , adakah anda yakin anda telah berlaku adil dari segi KASIH SAYANG ? :)
Sukar ya ... Ustaz aku sendiri pernah bagi tahu dalam kelas dulu , nak jadi seorang suami pada seorang isteri pun menuntut tanggungjawab dan keadilan yang besar , apatah lagi bila berpoligami .
Nak cite pasal best n nikmat , serah pada lelaki la kan ....Suami memang la best . Isteri ? Apa yang best kalau poligami ? Terpaksa queue untuk bersama suami . Kalau dengan sorang madu takpelah... panjang sikit masa nak manja-manja kan . Kalau 4 orang ? Seminggu sebulan je ko boleh manja-manja ngn suami ko tau !! Sebab tu aku cakap , suami memanglah best ... Setiap hari best... untunglahhhh... :)
Kalau adil tu ,ok la kan .Kalau yang tak adil tu mcm mana pulak ? Tak ikut jadual dengan betul.. Tetibe terlebih sehari dua kat isteri baru ke , tu dah dikira berlaku TIDAK ADIL kepada para isteri ye... Nampak simple...walaupun isteri-isteri tak membantah... Tapi dari segi batin , ko tau apa perasaan isteri-isteri ko yang lain ?
Selalu lelaki yang ada niat nak berpoligami ni , kalau kita tanya kenapa nak tambah bini lagi .. Tak cukup ke sorang yang dah memang ok tu ? Simple je jawapan dy...
"Aku ikut sunnah Nabi...Apa salahnya aku nak selamatkan maruah wanita lain.Nak jaga kebajikan mereka.."
Wahh... sekali lagi.. UNTUNGLAHHHH .... :)
Bab kahwin kemain lagi ikut sunnah ye ... bab solat ? bab amalan2 lain ? bab hidup ko sendiri ? Ada ko ikut sunnah Nabi ? Ada ? untunglahh kalau ada.... huhu.
Nak jaga maruah wanita ye , nak jaga kebajikan ? Dah tu kenapa yang ko cari semuanya muda bergetah macam getah mangga tu ? Yang muda-muda kan masih banyak waktu untuk dia cari kehidupan mereka sendiri .. Yang ko tak sabar nak jaga kebajikan dorang kenapa ? Yang stok cun-cun plak tu kan... Kenapa tak amik miss J je ? Yang tu lebih baik untuk ko selamatkan maruah .. lagi bagus untuk ko jaga kebajikan mereka... Sebab golongan Miss J ni agak sensitif di mata masyarakat.. Ibu-Ibu tunggal ke.. Kalau nak tu boleh je... Ni yang muda remaja.. yang dahi licin je ko sapu...
Sudah terang bang.. jangan nak guna alasan agama sangat ..... :)
So , kepada anda si suami yang hidup berpoligami tu , harap-harap anda bukannya lelaki yang bersikap tidak adil pada isteri-isteri anda ya.. Kat dunia memanglah sedap..nikmat...gembira... Tapi kat akhirat nanti , banyak yang anda perlu jawab ... Poligami sememangnya indah..sememangnya dituntut... tapi bukan sewenangnya .... Aku bicara pada umum... Setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni semuanya akan disoal . Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi :)
Amboii seronoknya pakcik atas ni .. huehuehue :)
Tu je untuk hari ni .... Tataaa =)
SekianCeramahDaripadaUstazahPilihan :)
-CikEcha-

