Friday, August 19, 2011

Dah cukup Bersedia Ke Untuk Poligami ?



Hari ni aku terdetik nak update entry pasal hidup berpoligami . Maklumlah , lepas tengok cerita Tahajjud Cinta kat TV3 tadi , jadi bersemangat sikit nak kongsi pendapat aku pasal isu berpoligami ni :)
Mula-mula sekali aku nak tekankan , poligami adalah 1 perkara yang sangat sensitif , sangat melibatkan perasaan , sangat menggembirakan dan sangat menyakitkan . Poligami ni memang menuntut kesabaran dan ketabahan yang amatlah kuat ya . Takde wanita yang sanggup hidup berpoligami melainkan hatinya betul-betul tabah dan sentiasa bersabar . 


Jujur daripada hati aku yang paling dalam , aku tak sanggup hidup berpoligami . Jangankan hidup bermadu dengan 4 orang . Dengan sorang pon aku dah sakit , ni pulak nak menghadap 4 orang kan . MENANGIS la aku . huhuhu . Yela , sape yang tak nak payung emas kat syurga nanti kan , memang lah nak , tapi aku bukan wanita yang kuat untuk berdepan dengan perkongsian kasih sayang seorang suami dengan wanita-wanita lain =')


Ok , yang aku nak tekankan dalam isu poligami ni adalah KEADILAN . Kita semua tahu , perkataan adil ni satu perkataan yang subjektif definisinya . Maksudnya kita tak terhad dengan 1 jawapan atau maksud je , kita boleh olah pelbagai makna daripada perkataan ni . Tak kira la apa pun maksud / makna bagi perkataan adil ni , tapi apa yang boleh aku simpulkan , adil ni adalah 1 perkara yang sangat berat untuk dipikul oleh mana-mana individu pun . Apatah lagi bila melibatkan isu berpoligami , seorang suami telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi seorang suami yang adil kepada isteri-isterinya . 


Bukan mudah ye nak jadi adil . Mungkin anda seorang suami yang mampu daripada segi zahir . Mampu bersikap adil pada isteri-isteri anda , tapi adalah anda yakin anda telah berlaku adil dari segi kasih sayang ? Sekali lagi diulang , adakah anda yakin anda telah berlaku adil dari segi KASIH SAYANG ? :)
Sukar ya ... Ustaz aku sendiri pernah bagi tahu dalam kelas dulu , nak jadi seorang suami pada seorang isteri pun menuntut tanggungjawab dan keadilan yang besar , apatah lagi bila berpoligami .


Nak cite pasal best n nikmat , serah pada lelaki la kan ....Suami memang la best . Isteri ? Apa yang best kalau poligami ? Terpaksa queue untuk bersama suami . Kalau dengan sorang madu takpelah... panjang sikit masa nak manja-manja kan . Kalau 4 orang ? Seminggu sebulan je ko boleh manja-manja ngn suami ko tau !! Sebab tu aku cakap , suami memanglah best ... Setiap hari best... untunglahhhh... :)
Kalau adil tu ,ok la kan .Kalau yang tak adil tu mcm mana pulak ? Tak ikut jadual dengan betul.. Tetibe terlebih sehari dua kat isteri baru ke , tu dah dikira berlaku TIDAK ADIL kepada para isteri ye... Nampak simple...walaupun isteri-isteri tak membantah... Tapi dari segi batin , ko tau apa perasaan isteri-isteri ko yang lain ? 


Selalu lelaki yang ada niat nak berpoligami ni , kalau kita tanya kenapa nak tambah bini lagi .. Tak cukup ke sorang yang dah memang ok tu ? Simple je jawapan dy...
"Aku ikut sunnah Nabi...Apa salahnya aku nak selamatkan maruah wanita lain.Nak jaga kebajikan mereka.."
Wahh... sekali lagi.. UNTUNGLAHHHH .... :)
Bab kahwin kemain lagi ikut sunnah ye ... bab solat ? bab amalan2 lain ? bab hidup ko sendiri ? Ada ko ikut sunnah Nabi ? Ada ? untunglahh kalau ada.... huhu.


Nak jaga maruah wanita ye , nak jaga kebajikan ? Dah tu kenapa yang ko cari semuanya muda bergetah macam getah mangga tu ? Yang muda-muda kan masih banyak waktu untuk dia cari kehidupan mereka sendiri .. Yang ko tak sabar nak jaga kebajikan dorang kenapa ? Yang stok cun-cun plak tu kan... Kenapa tak amik miss J je ? Yang tu lebih baik untuk ko selamatkan maruah .. lagi bagus untuk ko jaga kebajikan mereka... Sebab golongan Miss J ni agak sensitif di mata masyarakat.. Ibu-Ibu tunggal ke.. Kalau nak tu boleh je... Ni yang muda remaja.. yang dahi licin je ko sapu... 
Sudah terang bang.. jangan nak guna alasan agama sangat ..... :)


So , kepada anda si suami yang hidup berpoligami tu , harap-harap anda bukannya lelaki yang bersikap tidak adil pada isteri-isteri anda ya.. Kat dunia memanglah sedap..nikmat...gembira... Tapi kat akhirat nanti , banyak yang anda perlu jawab ... Poligami sememangnya indah..sememangnya dituntut... tapi bukan sewenangnya .... Aku bicara pada umum... Setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni semuanya akan disoal . Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi :)


Amboii seronoknya pakcik atas ni .. huehuehue :)


Tu je untuk hari ni .... Tataaa =)


SekianCeramahDaripadaUstazahPilihan :)
-CikEcha-


10 comments:

AdiB MuNaJaF said...

jangan menganggap berpoligami itu satu perkara yang mudah dan menyeronokkan.. jika tak bijak, ia akan menjadi sebaliknya. =)

Hermoine Granger said...

betul ! setuju sangat .. untunglahh ustaz adib munajaf komen kat blog saya . huhu . tq ustaz :)

jaya jr said...

salleh yaacob punye tagline..i follow..haha..

Hermoine Granger said...

ouh ! sherammm ~ haha

AdiB MuNaJaF said...

hahaha.... tak pyh nk ustaz sgt lah echa.. dusshhh!!!! ^_^

Hermoine Granger said...

haha ! betul la ustaz . hamboi ganas ustaz ni nak dush3 org ! hihihikk ~

nuranne said...

Poligami? Xsanggup kot.

My Journey said...

Sebab tu lah...kalau nak cari suami mestilah pilih yang beriman dan boleh pimpin kita. Hanya suami yang beriman sahaja boleh bersikap adil sebab dia takut pada Allah dan cintanya hanya untuk Allah. Kalau kena gaya dan ikut betul-betul cara dalam Islam, banyak juga manafaatnya bagi si isteri-isteri. Ekonomi jadi makin kukuh dan dapat ramai kawan-kawan untuk meriahkan rumah tangga. Senang susah sama-sama dirasa. Tapi....nak cari yang macam ni memang susah tapi ada....

Hermoine Granger said...

simplyseoul : kan ? sentap tau ! huhu :)

Hermoine Granger said...

myjourney :
em tula . mmg susah . setakat ni yang saya jumpa , semuanya lebih kurang . takde yang betul2 elok n kukuh cara poligaminya . sebab tu kita sebagai masyarakat pandang berat perkara mcm ni , coz kita tatau mungkin kita ? or generasi kita akan mengalami keadaan sebegini kan ? :)