HACHIKO
Malam ni aku nak share dengan korang pasal 1 cerita yang aku baru lepas tengok kat HBO tadi . Cerita ni berkisar tentang seekor anjing jantan yang bernama HACHIKO . Kakak aku yang menjerit-jerit panggil aku kat dapur masa sebelum berbuka tadi sebab masa dia godek-godek channel tadi , dia nampak citer ni akan main kat HBO pukul 8.15 . So , aku apa lagi ... memang favorite aku la cerita cerita pasal haiwan ni . Daripada kecik sampai besar memang aku didedahkan dengan kasih sayang pada binatang terutamanya kucing sebab ayah aku memang pencinta kucing yang tegar . Darah pencinta kucing tu pulak jatuh kat aku , sampaikan masa aku kecik kecik dulu aku siap bawak balik kampung kucing aku tu dalam kereta . Nama dia yellow . Tapi dy mati masa kat rumah makcik aku .Mungkin sebab dia pon dah tua & sakit . Aku nangis memang meraung la , serupa macam hape je .... Pastu aku dukung yellow pergi belakang rumah makcik aku , tanam dia . Yang kelakarnya siap baca doa lepas tanam . Talkin ke apa aku pon tak ingat dah .Melampau la talkin kat kucing kan .... Tapi tula hakikat betapa gilanya aku dengan haiwan2 terutamanya kucing ni sampailah sekarang =)
Ok dah , bukan pasal yellow yang aku nak cerita , tapi pasal Hachiko . Hachiko ni diadaptasi daripada kisah benar seekor anjing daripada Jepun . Memang nama dia Hachiko . Kalau dalam filem ni , kisahnya anjing ni terlepas daripada tuan dia masa kecik lagi . Gigih dia cari balik tuan dia tapi tak jumpa jugak . Then , ada sorang lelaki ni , orang putih la ... amik dia sebab kesian plus dia pon memang sayang dengan binatang .
Nak jadi cerita , hachiko ni memang manja gile dengan tuan baru dia ni . Nama tuan dia Parker ... Seorang profesor universiti . Daripada kecik Parker ni jaga dia . Manja memang tak ingatlah ! Dah la comel . Sampai aku entah bape juta kali dok cakap comelllll je manjang bila kamera fokus tang hachiko ni . Geram gile ! Dah la ekor bengkok .. Katik plak tu . huhuhu . Kalau la boleh pegang , aku cium2 bawak tido . Boleh ? hehe .
Hachiko ni dijaga daripada kecik sampailah besar , bila dah besar bertambah-tambah la comel . Dengan bulu gebunya , besar macam musang . Muka pon iras -iras musang jugak . Yang paling penting bontot dia dasyat ! Bontot gemuk ! Comel gile la!! Terkedek-kedek je lari kejar tuan dia . huhu ... ^_^ . Hachiko ni tido kat luar rumah sebab wife Parker ni tak suka sangat kat Hachiko . Kat situ dah tonjol part sedih sebab Parker ni sayang gile kat Hachiko , tapi nak tak nak , terpaksa letak Hachiko kat bangsal sebelah rumah dia . Setiap malam , Hachiko ni intai rumah tuan dia melalui kayu - kayu yang dijadikan pagar rumah Hachiko ni . Sebak tang situ =(
Hari-hari Hachiko ni hantar & jemput Parker kat stesen keretapi . Parker kalau pergi mengajar , dia naik keretapi . So , hachiko ni memang tak boleh renggang dengan tuan dia . Sanggup la tunggu siang ke malam semata mata nak jemput tuan dia balik . Sayu gile cite ni . Sampai la satu hari tu , Hachiko ni lain macam dengan tuan dia . Macam nak bagitau sesuatu . Tuan dia ni pon dapat rasa something yang tak kena & ada yang cuba Hachiko sampaikan . Pada hari tu jugak lah Hachiko bawak 1 bola kaler kuning bagi tuan dia .Selama ni tak pernah pon . Tuan dia bukan main gembira tengok Hachiko hadiahkan dia bola tu . Macam bapak memuji anak cara dia bercerita kat kawan - kawan dia pasal kebijaksanaan Hachiko ni =)
Rupa-rupanya Hachiko dapat rasakan sesuatu . Bermula hari tula dia tunggu Parker yang dah tak pulang-pulang lagi dah . Parker meninggal dunia masa tengah mengajar kat Universiti dia . Masa tu Parker bukan mengajar sangat pon , dia tengah gembira main bola yang Hachiko bagi tu . Mati mengejut tak silap aku ... Memang sedih la , part tu memang aku taleh tahan nak nangis dah . Tumpah air mata aku yang suci ni ... huhuhu ... Tunggu punya tunggu , 10 tahun Hachiko ni setia tunggu tuan dia kat stesen keretapi tapi tak pernah pernah jumpa . Orang sekeliling pon dah kenal dengan dia . Tak kira hujan ke , panas ke , salji ke , Hachiko tetap setia tunggu tuan dia .... Nampak je keretapi lalu , teruja muka Hachiko ni cari cari tuan dia , tapi orang dah takde , memang tak wujud lagi la . Sampai la 1 hari ni , selepas 10 tahun .. Malam hari waktu salji ... Hachiko tidur dan mimpi bertemu dengan tuan kesayangan dia , Parker . Rupa-rupanya Hachiko jumpa tuan dia kat alam lain. Hachiko mati ='(
Sedih tak sedih la kan cerita ni . Aku nak cerita sangat pon tak pandai ... Tapi memang sedih gile la . Sebak tatau mcm mana nak aku ungkapkan .huhu , kat bawah ni ada aku letakkan gambar Hachiko , tengoklah ye =')
Filem yang diadaptasi . Hachiko : The Dog's Story =)
Manja sangat . Tak boleh berenggang ~
Sedih wehh tengok muka dia tunggu Parker yang dah takde =(
Actually ni the real Hachiko dpda Jepun . Legend kan ? =)
Kesetiaan Hachiko jadi kebanggaan rakyat Jepun . Tugu sempena kesetiaan dia =)
Apa yang boleh aku simpulkan , kasih sayang tak terhad pada manusia semata-mata ya .Kadangkala kasih sayang haiwan tu lebih tinggi daripada kita sebagai manusia . Belum tentu kita boleh menyayangi sesama kita seperti mana yang anjing ni tunjukkan pada tuan dia . Oke la , aku nak sambung balik tangisan aku yang masih bersisa lagi ni . Jumpa lagi , tata ~
Pencinta Haiwan Terlampau,
-CikEcha-
2 comments:
1 PERSON LIKE THIS
thank you anon :)
Post a Comment