Sunday, August 14, 2011

Kita Ini Orang Malaysia Ya !




Sape yang tak tengok game badminton untuk kejohanan dunia antara wira kita Datuk Lee Chong Wei dengan musuh seteru beliau iaitu Datuk Lin Dan ? Eh ! takde Datuk untuk Lin Dan ye, Lin Dan je nama dia. Aku tanya sape yang tak tengok , sebab aku rasa mesti lebih ramai yang tengok daripada yang tak tengok . Dah mcm hape dah ayat aku ni . Huhuhu . Sape yang tak tengok tu , rugi la , even kita kalah pon , tapi kalah bermaruah ok. Boleh nampak usaha Datuk Lee Chong Wei berjuang untuk meraih kejuaraan sulung bagi kejohanan dunia ni. Tapi nak buat cane kan, dah tade rezeki , kita kena redha la.....




Kita kalah dalam rubber game dimana score keseluruhan ialah 22-20 , 14-21 , 21-23 . Gempak kan ? Tak nampak lagi usaha Datuk nak rebut kejuaraan ? Tak nampak ? Kalau tak nampak, tengok lagi sekali score yang aku tulis atas tu . Hope kali kedua tengok , korang boleh nampak usaha Datuk tu ye! Memang best gile game tadi . Aku yang mula-mula baring , jadi tak senang. Daripada posisi baring , aku berubah kepada meniarap pulak, pastu berubah kepada duduk plak , pastu bertinggung macam orang nak berak pulak . Tak senonoh kan? Nak buat cane , dah aku nervous , camtu la gaya aku . Setiap pukulan tu menyentapkan aku , berdebar tayah cakapla , mcm nak tunggu result SPM je. 




Ok la , aku tak kesah la kalau Datuk kalah, adat la kalau game... mesti ada menang & kalah kan . Takkan asyik nak menang je, tak rock la . hahaha . Yang aku kesah , bila budaya orang Malaysia ni , selalu sangat menyokong bagai nak rak bila player tu menang . Bila kalah , kutuk mmg tak ingatlah ! Aku bengang betul orang mcm ni . Apa kes ? Meroyan tak tentu hala dok bising bising cakap takde guna nak menyokong orang yang asyik kalah la , pembaziran la , takde faedah la , player stok simpan dalam muzium la . WHAT THE IKAN ?? -.-



Aku cakap ni pasal aku facing sendiri makhluk Allah yang mungkin tak sedar dia orang Malaysia agaknya. Beria sangat la nak cakap Lin Dan tu takboleh dikalahkan la , Chong Wei dah tua la , main asyik kalah la , panas jugak la aku nak jawab kan . Dah la aku CINTA gila kat Chong Wei tu , lagi pulak sesedap rasa dy je nak kutuk kutuk kan . Kutuk kat wall pesbuk aku lak tu . Tak respect langsung aku ni sebagai GIRLFRIEND Lee Chong Wei tu -.-



Solution aku senang je, dah agak malas nak bertekak dengan orang mcm tu , aku amik pendekatan yang mudah . REMOVE & BLOCK je orang tu. Aku pon tatau dorg tu dah jadi orang keberapa yang aku nyahkan daripada pesbik aku. Annoying sangat , sape suruh . Aku memang tak simpan orang yang takde sifat perKAWANan ni. Sukahati aku je letak imbuhan merata-rata . Biar jela. Janji korang paham apa yang aku maksudkan kan ... Aku letak status baik-baik , komen la baik baik . Ni komen emosi sangat , mcm la player malaysia . Tak suka la aku . Memang TAKLAH aku nak buat kawan dah orang yang bersikap angkuh & sombong macam tu . Buang masa je .



So aku nak menyeru pada korang semua , tanamlah sikap cinta pada sukan tanah air . Bukan tanam sikap mengutuk bila kalah , dan beria - ria bila menang . Tak sihat ye sikap sedemikian . Nampak sangat korang tak telus dalam menyokong negara sendiri . Kalau nak Malaysia maju dalam sukan , sama-sama la sokong even kalah pon . Bukannya susah pon nak sokong negara sendiri . Untuk kepentingan bersama jugak . Tak bangga ke nama Malaysia gah dalam sukan ? Mesti bangga kan ? So sam-sama la pupuk minat & cinta pada sukan tanah air . UNTUNG bersama ....



K la , tu je nak cerita harini . Kepada yang aku dah remove tu , minta maaf la ye,, ko annoying sangat la . Aku memang tak suka layan orang annoying , so , mcm mana ko kata Chong Wei tu stok masuk muzium, mcm tu jugaklah aku remove ko daripada pesbuk aku , n aku simpan jadi stok dalam muzium eh , jadi khazanah . boleh ? Mesti gembira kan ...Raya nanti datang la rumah , aku buat open house khas untuk ko je , kita bermaaf-maafan kan sana . huehuehue ...




Kepada Datuk Lee Chong Wei , even U kalah , I tetap bangga sebab U kalah dengan ada usaha untuk menang.... Kita ada banyak lagi game pasni . Rileks je ... Apa yang termampu , tu yang kita terima. Btw , U did well . Proud to be Malaysian ...


Nite olls, tidur dalam senyuman ye .... tq , daa ~




LoveChongWei,
-CikEcha-


5 comments:

razi husain said...

besa jew

fariz said...

terbaik!

mimie said...

best entry ni cik echa..kena tanam sikap cintakan sukan negara.barulah btl2 akyat malaysia...

Anonymous said...

1 PERSON LIKE THIS LAH!

Hermoine Granger said...

hoho , thanks guys ! =)