Wednesday, August 24, 2011

Berita Malaysia



Biasa baca surat khabar tak ? Selalunya surat khabar mana jadi pilihan korang ? Selalu layan internet untuk dapatkan berita atau cerita ? Layan majalah-majalah ke... Daripada mana lagi sumber-sumber yang korang terjah untuk dapatkan berita-berita hangat kat Malaysia ni ? Haa... Tak kisah la mana pun pilihan korang , kalau korang selalu baca paper or majalah , mesti korang boleh tau dah jalan cerita atau olahan ayat dalam setiap paper or majalah tu kan ? 

Ok , kat sini aku nak share 1 note yang kelakar boleh tahan la . Aku rasa kelakar la sebab aku ni jenis ada sense of humor . So benda kelakar sikit pun aku dah boleh ketawa . Aku amik note ni daripada kawan aku , Faiz . Aku tak tau la sape pemilik asal yang create note ni kan . Kot note ni dah bertahun-tahun ada kat facebook ke , aku tatau la kan sebab aku baru je baca petang tadi . So aku nak tumpang share noted dia dengan korang semua . Best ! hehe . Kepada pemilik tanah noted ni , beta mintak share ye . Lu punya noted buat wa ketawa pecah perut la . Boleh la..leh la..leh la.. ehh ? ehh ? hehehehe.....
*ibu saya kata tak baik cakap lu gua lu gua. maafkan saya*


________________________________________________________

Situasi sebenar :
"Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian".


BULETIN UTAMA : 
"Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari".

HARIAN METRO :   
"Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
UTUSAN MALAYSIA : 
"Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

HARAKAH : 
"Kami tiada beca."

MALAYSIAKINI : 
"Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

TWITTER @NAJIBRAZAK : 
"Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

BLOG MELAYU PARANOID : 
"Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

IBRAHIM ALI : 
"Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

PANCAINDERA :
"Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

MASTIKA : 
"Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

SAMY VELLU : 
"Beca tak bayar tol dicari."

P/S :: just jokes, nothing personal ^_^ ::



Hahahaha , Ok tu je untuk harini . Tata ~


Ketawa
-CikEcha-


17 comments:

Anonymous said...

1 PERSON LIKE THIS =)

Hermoine Granger said...

thanks anon =)

AdiB MuNaJaF said...

macam haram... ngamok bang katak nnt... haha

Hermoine Granger said...

hahaha ! kelakar kan ? ubi 1 malaysia adib...! hahahaha

Muzaffar said...

lawak2...

AdiB MuNaJaF said...

riwayat 1msia nk tamat da.. tgu mase jer.. xsabar btoi aq.. haha

Hermoine Granger said...

muzaffar : huhu tula pasal .

Hermoine Granger said...

ntahlah adib . wait n see jela ~

afifi embong said...

yang metro tu kena tukar.."seorang nenek mati dipercayai dirogol oleh pembeca"..baru btol..metro lebih kpd seks sikit..xkesah la klcc runtuh ke..dye tetap nak yang ade unsur seks gak jadi tajuk utama..sekian komen..

Hermoine Granger said...

ahaha, betul ! sume nak kaitkan dengan isu seks . berita biasa pun jadi panasss . kelakar je sape yang create noted ni . kreatif . huhu ...

jaya jr said...

baru je semalam member share note ni.hahaha

Hermoine Granger said...

ouh yeke ? kelakar kan . haha . ubi 1 malaysia yang taklehh tahan tu . hahahaha

e k i n said...

Hahaha, kelakarnya! semua menepati ngn akhbar2 kt malaysia ni. Ntah pape rasa kkdg. Haha :p

Hermoine Granger said...

kan ? lagi2 metro dgn mastika . real ! hahaha :D

Kakkoii said...

ok 1st time baca! lawak siot!!

two thumbs up!

sekamar rindu said...

singgah folo ur blog..

Hermoine Granger said...

kakkoi : haha , tula pasal . kelakar gile . huhu tq :p

s.r : orait thanks :)