Wednesday, August 24, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Musnahkan Pepijat !
Hi semua dan salam 1 pepijat .
Pernah dengar perkataan pepijat sebelum ni ? Nama sejenis haiwan drakula yang langsung tak comel tu . Pernah? Pernah ke tak pernah ? Kalau tak pernah , meh sini aku nak cerita 1 hikayat zaman dulu kala yang bertajuk pepijat . Gigihnya zaman dulu kala pulak kan .... Takdelah , bukan dulu kala , aku just nak story sikit pasal menatang yang dah memporak perandakan rumahtangga aku sejak kebelakangan ni . Rumahtangga ye ? panassss ! panasss !
Aku yakin mesti ramai antara korang yang tak berapa familiar dengan pepijat kan ? Tak pun korang pernah je bertemu mata dengan pepijat ni , cuma korang tak sempat nak berkenalan , tanya2 nama , tukar nombor phone kan ? So , korang tak tau la yang korang actually dah pernah jumpa pepijat ni . Ok meh aku terangkan serba sikit pasal mala'un yang sangat menjengkelkan ni keh ....
Serangga drakula yang sangat annoying ni ada nama melayu & ada nama omputih . Nama melayu dikenali sebagai Encik Pepijat dan nama omputih pulak kita panggil Mr.Bed Bug . Glamer kan ? Serangga pon ada nama glemer macam retis ye tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian ... Kau hado ?
Ok , kenapa aku cakap menatang ni annoying ? Sebabnyee.... sekarang menatang ni tengah berleluasa kat rumah aku ni ha... Nasib baik la rumah sewa . Kalau kat rumah parents aku , mau aku kena sekolah dengan ibu setahun ....
Pepijat atau bed bug ni makanan dia darah manusia ye . Lagi-lagi darah manis & lazat macam darah aku ni ha, memang jadi sasaran la . Delicious ... so yummyyy katanyaaa..... Apa yang aku tau , pepijat ni suka tempat yang lembab-lembab , tempat yang gelap & sewaktu dengannya la kan . Tu memang habitat dia . Yang aku tak paham , rumah aku bukannya lembab pun . Bukannya gelap pun .Tapi still gak ada . Aku tatau since bila menatang ni muncul kat rumah aku , yang buat aku seram , banyak orang kata pepijat ni :
'once they are here, forever they will stay'
~sherammm mak nakkk ~
So untuk mempengaruhi korang supaya benci pada encik pepijat ni , aku hidangkan korang dengan gambar-gambar dia eh .... Aku soh benci tau .Jangan korang jatuh cinta plak lepas tengok ! Kerat 18 nanti ~
Kitaran hidup pakcik Pepijat ni . Cuba korang tengok saiz dia dpda kecik samapi besar. erkkk ~
Macam lipas wehh -.-
~ Muka jahat gile ~
Sia-sia je darah korang kehh.... Banyak kot . Baik derma kat spital , lagi bagus !
Kesan gigitan pakcik pepijat ni .
Ok , jangan salah faham,ni bukan aku . Body aku tak gagah cengini . huehuehue =D
Buruk kan bintat bintat cengini... Berbintang la badan . haha
Kesimpulannya , jangan biarkan hidup korang diselubungi pepijat . Aku pun dah tergaru-garu macam cik nyet je kat rumah ni . Hamboii CIK NYET ye... manja sikit nama . Sopan sikit ye tak ? haha . Pasni tengoklah.. aku beli katil baru , tilam baru ! Kalau ada lagi pepijat pasni , aku bakorrr semuanya ! Kita bakorrr ! Korang pon jaga-jaga tau . Bile-bile masa je pepijat ni boleh ziarah korang . Lagi-lagi musim nak raya ni . Ramailah kerabat dorang datang beraya . So, jaga ye !
OK tu je .... selamat menempuh puasa yang lebih kurang seminggu je lagi ni eh .... Jumpa lagi !
Tata korang ... ~
AntiPepijat,
-CikEcha-
Friday, August 19, 2011
Dah cukup Bersedia Ke Untuk Poligami ?
Hari ni aku terdetik nak update entry pasal hidup berpoligami . Maklumlah , lepas tengok cerita Tahajjud Cinta kat TV3 tadi , jadi bersemangat sikit nak kongsi pendapat aku pasal isu berpoligami ni :)
Mula-mula sekali aku nak tekankan , poligami adalah 1 perkara yang sangat sensitif , sangat melibatkan perasaan , sangat menggembirakan dan sangat menyakitkan . Poligami ni memang menuntut kesabaran dan ketabahan yang amatlah kuat ya . Takde wanita yang sanggup hidup berpoligami melainkan hatinya betul-betul tabah dan sentiasa bersabar .
Jujur daripada hati aku yang paling dalam , aku tak sanggup hidup berpoligami . Jangankan hidup bermadu dengan 4 orang . Dengan sorang pon aku dah sakit , ni pulak nak menghadap 4 orang kan . MENANGIS la aku . huhuhu . Yela , sape yang tak nak payung emas kat syurga nanti kan , memang lah nak , tapi aku bukan wanita yang kuat untuk berdepan dengan perkongsian kasih sayang seorang suami dengan wanita-wanita lain =')
Ok , yang aku nak tekankan dalam isu poligami ni adalah KEADILAN . Kita semua tahu , perkataan adil ni satu perkataan yang subjektif definisinya . Maksudnya kita tak terhad dengan 1 jawapan atau maksud je , kita boleh olah pelbagai makna daripada perkataan ni . Tak kira la apa pun maksud / makna bagi perkataan adil ni , tapi apa yang boleh aku simpulkan , adil ni adalah 1 perkara yang sangat berat untuk dipikul oleh mana-mana individu pun . Apatah lagi bila melibatkan isu berpoligami , seorang suami telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi seorang suami yang adil kepada isteri-isterinya .
Bukan mudah ye nak jadi adil . Mungkin anda seorang suami yang mampu daripada segi zahir . Mampu bersikap adil pada isteri-isteri anda , tapi adalah anda yakin anda telah berlaku adil dari segi kasih sayang ? Sekali lagi diulang , adakah anda yakin anda telah berlaku adil dari segi KASIH SAYANG ? :)
Sukar ya ... Ustaz aku sendiri pernah bagi tahu dalam kelas dulu , nak jadi seorang suami pada seorang isteri pun menuntut tanggungjawab dan keadilan yang besar , apatah lagi bila berpoligami .
Nak cite pasal best n nikmat , serah pada lelaki la kan ....Suami memang la best . Isteri ? Apa yang best kalau poligami ? Terpaksa queue untuk bersama suami . Kalau dengan sorang madu takpelah... panjang sikit masa nak manja-manja kan . Kalau 4 orang ? Seminggu sebulan je ko boleh manja-manja ngn suami ko tau !! Sebab tu aku cakap , suami memanglah best ... Setiap hari best... untunglahhhh... :)
Kalau adil tu ,ok la kan .Kalau yang tak adil tu mcm mana pulak ? Tak ikut jadual dengan betul.. Tetibe terlebih sehari dua kat isteri baru ke , tu dah dikira berlaku TIDAK ADIL kepada para isteri ye... Nampak simple...walaupun isteri-isteri tak membantah... Tapi dari segi batin , ko tau apa perasaan isteri-isteri ko yang lain ?
Selalu lelaki yang ada niat nak berpoligami ni , kalau kita tanya kenapa nak tambah bini lagi .. Tak cukup ke sorang yang dah memang ok tu ? Simple je jawapan dy...
"Aku ikut sunnah Nabi...Apa salahnya aku nak selamatkan maruah wanita lain.Nak jaga kebajikan mereka.."
Wahh... sekali lagi.. UNTUNGLAHHHH .... :)
Bab kahwin kemain lagi ikut sunnah ye ... bab solat ? bab amalan2 lain ? bab hidup ko sendiri ? Ada ko ikut sunnah Nabi ? Ada ? untunglahh kalau ada.... huhu.
Nak jaga maruah wanita ye , nak jaga kebajikan ? Dah tu kenapa yang ko cari semuanya muda bergetah macam getah mangga tu ? Yang muda-muda kan masih banyak waktu untuk dia cari kehidupan mereka sendiri .. Yang ko tak sabar nak jaga kebajikan dorang kenapa ? Yang stok cun-cun plak tu kan... Kenapa tak amik miss J je ? Yang tu lebih baik untuk ko selamatkan maruah .. lagi bagus untuk ko jaga kebajikan mereka... Sebab golongan Miss J ni agak sensitif di mata masyarakat.. Ibu-Ibu tunggal ke.. Kalau nak tu boleh je... Ni yang muda remaja.. yang dahi licin je ko sapu...
Sudah terang bang.. jangan nak guna alasan agama sangat ..... :)
So , kepada anda si suami yang hidup berpoligami tu , harap-harap anda bukannya lelaki yang bersikap tidak adil pada isteri-isteri anda ya.. Kat dunia memanglah sedap..nikmat...gembira... Tapi kat akhirat nanti , banyak yang anda perlu jawab ... Poligami sememangnya indah..sememangnya dituntut... tapi bukan sewenangnya .... Aku bicara pada umum... Setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni semuanya akan disoal . Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi :)
Amboii seronoknya pakcik atas ni .. huehuehue :)
Tu je untuk hari ni .... Tataaa =)
SekianCeramahDaripadaUstazahPilihan :)
-CikEcha-
Thursday, August 18, 2011
Ciri Lelaki Yang Akan Cuba Wanita Jauhi
Jenis lelaki yang mana kaum wanita akan cuba jauhi :-
PANAS BARAN
Yang ni mungkin awal-awal hubungan tak berapa nak nampak kan , tapi kalau dah ko tu memang jenis panas baran , baru sebulan berkawan pon ko dah mula tunjuk taring . So , lelaki jenis ni perempuan takkan dekat . Sape yang nak lelaki panas baran ? Wanita ni hatinya lembut . Kalau ko berkasar , sentaplahhhh ~
KAKI KIKIS
Ha yang ni aku pun memang tak suka . Kalau aku jumpa lelaki macam ni , memang awal-awal lagi aku angkat kaki . Gila la ! Nak pulak yang baru kenal kan , pastu mintak itu ini , pinjam itu ini , pergi mana-mana pun semua guna duit perempuan . Sekali sekala takpelah kan , kalau dah setiap hari , tak kering poket perempuan ? Memang TAKLAH aku nak dekat .....
BANYAK ALASAN
Yang ni pun satu hal . Time kita mintak tolong apa-apa ke , ada je alasan yang dibagi . Nak pulak masa tu kita urgent & betul-betul mengharapkan pertolongan dia . Tapi dia banyak pulak alasan tak boleh tolong , walhal tengah rileks je melepak-lepak kat rumah . Sesuai ke buat calon suami ? :)
PENIPU
Aku rasa jenis macam ni semua orang takut nak dekat . Sape yang suka kena tipu ? Pada sape yang suka kena tipu tu boleh la berkena-kenalan dengan insan sebegini ye .
EGO
Ego yang aku maksudkan ni ialah ego yang melampau-lampau . Sume tempat ko nak tunjuk ego . Langsung tak reti nak tolak ansur. Memang hi hi bye bye la ~
CURANG
Sape suka dengan perkataan tu ? Aku seram . Lelaki jenis ni memang jangan mimpi la nak dekat dengan aku , hatta berkawan sekali pun. Meluat ~
TIADA SIKAP HORMAT
For sure la bakal suami ko nak bawak jumpa family kan . So , kalau lelaki tu jenis tak menghormati , memang dengan sesiapa pon dia tak hormat . Bengkek tak kalau lelaki tu biadap dengan orang tua kita ? Kalau aku , depan depan family aku , aku simbah air sirap kat muka mamat tu tau . *knp mst air sirap?*
So far tula antara ciri lelaki yang perempuan takut nak dekat . So to man outside there , harap-harap kamu bukanlah lelaki yang tergolong dalam ciri-ciri di atas . Anda nak cari wanita yang sempurna , wanita juga menginginkan perkara yang sama . Kerana sesungguhnya bila melibatkan soal hati dan perasaan , tiada bezanya antara lelaki mahupun perempuan :)
MencariSiBakalSuami
-CikEcha-
Tuesday, August 16, 2011
~Buffet Terbaik di Intai-Intai Restaurant ~
ANDA LAPAR ?
Mesti la lapar kan. Pukul 1 kot .... Perut semua dah berkeroncong . Nak pulak sape yang terlepas sahur macam aku tadi , mmg perut stok mintak makan jela kan ? hahaha
Ok la . Sempena meraikan perut aku n korang yang tengah kelaparan tu , apa kata aku hidangkan korang dengan cerita aku masa berbuka puasa semalam . Keji kan ? Time camni plak aku hidangkan cerita panas , kalau hidangkan makanan takpe jugak ye tak ? Haa...siku aku bagi kang . haha .
Semalam hari Isnin bersamaan dengan 15/08/2011 , menyaksikan bagaimana aku telah mentekedarah dengan kenyangnya di sebuah restoran terpencil yang cukup cun ! memang ceruk sikit restoran ni tapi bila korang masuk mmg dah takde nak pikir ceruk dah . The view memang superb . Macam restoran dalam taman . Kalau nak kata restoran dalam hutan pon boleh jugak sebab keliling tu memang hutan banat . Tapi takde nyamuk ye ! Aku pon tatau kenapa tade nyamuk . Nyamuk pon sebuk pilih lauk masa azan gamaknya . Dok pilih pilih lauk bawak atas kepak dia , pastu hidang kat anak bini kat tgh hutan tu.. Dok pilih lauk sangat sampai lupa nak hisap darah manuia.. Gamaknye la..... -.-
Actually semalam aku joined team engineer aku pergi bukak puasa tu . Dorang ajak la , so nak tak nak aku bagi la muka .... Jaga hati dorang . Bukan aku bagi muka aku yang comel ni kat dorang tau ! Jangan salah anggap pulak . Bagi muka tu maksudnya aku terima la ajakan dorang tu . Lagipon satu team kan . Main congkak pon sama-sama .
*Haha , aku kalau tak menipu dalam entry mmg tak sah kan*
So, atas sebab dorang yang mengajak , so dorang la kena belanja aku . haha . Jimat duit aku . Maklumlah , dekat dekat nak raya ni macam - macam benda lagi nak beli kan . Alang - alang ada tawaran menarik ni , aku pon join jela . Mula-mula aku cam berat nak pergi atas sebab sebab tertentu . Tapi gaya engineer aku tanya tu macam beria sangat nak aku join . So , pergi jela kan .
Restoran ni ada 1 je kat Malaysia , kalau tak silap aku la kan . Kalau aku silap , korang jangan marah pulak . Aku tatau ! Ape yang aku tau , restoran ni memang ada 1 je kat Malayisa . Merangkap dunia sekali la . huhu . Lokasi dia kat Ampang . Jap g pas aku habis merapu-rapu ni , aku tulis alamat dia kat bawah eh . Bagi korang jelas sikit . Mana tau kot ada yang terliur & terus nak booking untuk buka puasa harini kan . haha .
Bercerita pasal makanan , memang menu kat Intai-Intai tu LAZAT & sangat ENAK ye . Aku ni , masa suapan yang pertama , terus mengomel-ngomel kat Faiz, member lab aku . Macam - macam la aku komen .. sedap la .. daging lembut la , pedas cukup la ... Haisshh Faiz pon taknak kalah , dia pon mengomel-ngomel jugak.. Dessert sedap katanya . Dia makan desert dulu .. Aku bedal nasi terus ! haha . Aku tak ingat dah bape kali Faiz ulang alik turun amik makanan . Berganti - ganti pinggan mangkuk dia . Belum kira air lagi . Air sejuk , air panas .. sume dia bantaii . Dah nama buffet kan , memang amik kesempatan la . Aku pon camtu . Tapi aku tade la seaktif dia . Err korang percaya ke ? huhuu ~
K la , enjoy la serba sedikit gambar makanan & view kat Intai-Intai Restaurant ni ye . Moga sedikit SEBANYAK dapat membantu tummy korang tu daripada tak berkeroncong lagi . Tapi aku rasa lagi mendidih kot perut korang tu pas tengok gambar-gambar ni . Hahaha . Layannnnnn =)
Nice one :)
Seafood Fried Rice
Memang sedap !
Sotong Sumbat Thai
Aku cari bnd ni , tapi takde . Dgr kata ni menu paling best & cepat hbs ! *kecewa*
Udang Galah Masak Lemak With Nanas Muda
Kailan Ikan Masin
Yang ni best . Aku rasa rugi plak sebab aku amik sikit . Nak amik lagi , tapi jauh tempatnya . sedap gile!
Kerabu Daging Bakar Thai
Butter Prawn
Sape yang suka udang tu , boleh la amik . Sedap sebab ada rasa butter . Dah nama pon butter kan ? hehe
Butter Cakes
Yang ni aku curi Faiz punya sebab aku malas nak amik . Serious lazat !
Stick Rice With Mango
Yang ni favorite Faiz . 2x dia amik pulut ni . Aku tau dia nak amik lagi sebenarnya . haha .
Pumpkin Pudding Sakaya
Sumpah sedap puding ni , manis , lembut . memang cukup . Aku suka !
Ok , cukup la tu ye ? Kang batal pulak puasa aku sebab jadi punca perut korang menangis tengok makanan kat atas tu . hahaha . Jangan ada yang bukak puasa plak ! Aku kerat 18 baru tau erti penyesalan ~
Tujela untuk harini , sebenarnya aku teringat2 bubur nasi yang aku makan semalam . Serious sedap ! Kalau makan bubur nasi saja pon dah cukup melazatkan . Blm lagi ko nak add on kan . Ada sambal ikan bilis , telur masin , telur dadar , ikan masin sambal , sup , ikan tamban goreng , daun sup daun bawang , bawang goreang , cili padi . huh ! yummy woii ! Aku plak jadi lapar . Cane ni wehh ? -.-
K la , sehingga bertemu lagi . Tataaa ~
Oh ye ! ni alamat Intai-Intai Restaurant tu ye :)
Intai Intai Restaurant
Lot 378, Backyard
Jalan Ampang Hulu Klang (MRR2 Highway)
68000 Ampang, Selangor.
(Behind rows of shop include furniture shop, Honda showroom & car service centre)
Tel: 03-42522252
E-mail: intai2restaurant@gmail.com
Website: www.intaiintai.com.my
Lot 378, Backyard
Jalan Ampang Hulu Klang (MRR2 Highway)
68000 Ampang, Selangor.
(Behind rows of shop include furniture shop, Honda showroom & car service centre)
Tel: 03-42522252
E-mail: intai2restaurant@gmail.com
Website: www.intaiintai.com.my
*picture , kredit to Mimi's Dining Room*
ChefMakanJe,
-CikEcha-
Sunday, August 14, 2011
Kita Ini Orang Malaysia Ya !
Sape yang tak tengok game badminton untuk kejohanan dunia antara wira kita Datuk Lee Chong Wei dengan musuh seteru beliau iaitu Datuk Lin Dan ? Eh ! takde Datuk untuk Lin Dan ye, Lin Dan je nama dia. Aku tanya sape yang tak tengok , sebab aku rasa mesti lebih ramai yang tengok daripada yang tak tengok . Dah mcm hape dah ayat aku ni . Huhuhu . Sape yang tak tengok tu , rugi la , even kita kalah pon , tapi kalah bermaruah ok. Boleh nampak usaha Datuk Lee Chong Wei berjuang untuk meraih kejuaraan sulung bagi kejohanan dunia ni. Tapi nak buat cane kan, dah tade rezeki , kita kena redha la.....
Kita kalah dalam rubber game dimana score keseluruhan ialah 22-20 , 14-21 , 21-23 . Gempak kan ? Tak nampak lagi usaha Datuk nak rebut kejuaraan ? Tak nampak ? Kalau tak nampak, tengok lagi sekali score yang aku tulis atas tu . Hope kali kedua tengok , korang boleh nampak usaha Datuk tu ye! Memang best gile game tadi . Aku yang mula-mula baring , jadi tak senang. Daripada posisi baring , aku berubah kepada meniarap pulak, pastu berubah kepada duduk plak , pastu bertinggung macam orang nak berak pulak . Tak senonoh kan? Nak buat cane , dah aku nervous , camtu la gaya aku . Setiap pukulan tu menyentapkan aku , berdebar tayah cakapla , mcm nak tunggu result SPM je.
Ok la , aku tak kesah la kalau Datuk kalah, adat la kalau game... mesti ada menang & kalah kan . Takkan asyik nak menang je, tak rock la . hahaha . Yang aku kesah , bila budaya orang Malaysia ni , selalu sangat menyokong bagai nak rak bila player tu menang . Bila kalah , kutuk mmg tak ingatlah ! Aku bengang betul orang mcm ni . Apa kes ? Meroyan tak tentu hala dok bising bising cakap takde guna nak menyokong orang yang asyik kalah la , pembaziran la , takde faedah la , player stok simpan dalam muzium la . WHAT THE IKAN ?? -.-
Aku cakap ni pasal aku facing sendiri makhluk Allah yang mungkin tak sedar dia orang Malaysia agaknya. Beria sangat la nak cakap Lin Dan tu takboleh dikalahkan la , Chong Wei dah tua la , main asyik kalah la , panas jugak la aku nak jawab kan . Dah la aku CINTA gila kat Chong Wei tu , lagi pulak sesedap rasa dy je nak kutuk kutuk kan . Kutuk kat wall pesbuk aku lak tu . Tak respect langsung aku ni sebagai GIRLFRIEND Lee Chong Wei tu -.-
Solution aku senang je, dah agak malas nak bertekak dengan orang mcm tu , aku amik pendekatan yang mudah . REMOVE & BLOCK je orang tu. Aku pon tatau dorg tu dah jadi orang keberapa yang aku nyahkan daripada pesbik aku. Annoying sangat , sape suruh . Aku memang tak simpan orang yang takde sifat perKAWANan ni. Sukahati aku je letak imbuhan merata-rata . Biar jela. Janji korang paham apa yang aku maksudkan kan ... Aku letak status baik-baik , komen la baik baik . Ni komen emosi sangat , mcm la player malaysia . Tak suka la aku . Memang TAKLAH aku nak buat kawan dah orang yang bersikap angkuh & sombong macam tu . Buang masa je .
So aku nak menyeru pada korang semua , tanamlah sikap cinta pada sukan tanah air . Bukan tanam sikap mengutuk bila kalah , dan beria - ria bila menang . Tak sihat ye sikap sedemikian . Nampak sangat korang tak telus dalam menyokong negara sendiri . Kalau nak Malaysia maju dalam sukan , sama-sama la sokong even kalah pon . Bukannya susah pon nak sokong negara sendiri . Untuk kepentingan bersama jugak . Tak bangga ke nama Malaysia gah dalam sukan ? Mesti bangga kan ? So sam-sama la pupuk minat & cinta pada sukan tanah air . UNTUNG bersama ....
K la , tu je nak cerita harini . Kepada yang aku dah remove tu , minta maaf la ye,, ko annoying sangat la . Aku memang tak suka layan orang annoying , so , mcm mana ko kata Chong Wei tu stok masuk muzium, mcm tu jugaklah aku remove ko daripada pesbuk aku , n aku simpan jadi stok dalam muzium eh , jadi khazanah . boleh ? Mesti gembira kan ...Raya nanti datang la rumah , aku buat open house khas untuk ko je , kita bermaaf-maafan kan sana . huehuehue ...
Kepada Datuk Lee Chong Wei , even U kalah , I tetap bangga sebab U kalah dengan ada usaha untuk menang.... Kita ada banyak lagi game pasni . Rileks je ... Apa yang termampu , tu yang kita terima. Btw , U did well . Proud to be Malaysian ...
Nite olls, tidur dalam senyuman ye .... tq , daa ~
LoveChongWei,
-CikEcha-
-Siapa Mereka-
Siapa paling bermakna dalam hidup kita ?
Siapa yang menyayangi kita tanpa perlukan apa - apa balasan ?
Siapa yang paling bimbang jika terjadi perkara yang buruk pada kita ?
Siapa yang menghargai kita walaupun kita tidak membuat apa - apa ?
Siapa yang sentiasa memaafkan kita tanpa meminta bayaran ?
Siapa ? Siapa ?
SIAPA ?
SIAPA ?!!
Mestilah IBU & AYAH kita .....
Siapa kita tanpa mereka .
Marah mereka tanda sayang , teguran mereka untuk kebaikan
Tiada ibu bapa yang merosakkan anak - anak
Walaupun kita kadangkala ALPA pada tanggungjawab kita sebagai seorang anak .
Aku sayang Ibu & Ayah aku .
Menyakiti mereka adalah sama dengan menyakiti aku...
So guys outside there ,
Sebelum nak memiliki aku , miliki dulu hati Ibu & Ayah aku....
*mcm la ada org nak kat aku*
TANPA IBU DAN AYAH , JANGAN HARAP LA KORANG NAK ADA KAT DUNIA NI DAN MENIKMATI KEHIDUPAN KORANG YANG BAHAGIA SEBAB HAKIKATNYA KEHIDUPAN KITA SEKARANG , ADALAH HASIL BINAAN IBU DAN AYAH KITA =)
Tu je aku nak coretkan . Selamat berbuka puasa untuk korang . Sape yang berbuka kat luar or masak sendiri ke , kenang2lah masakan mak korang .Untuk yang berbuka dengan menu masakan Ibu harini , UNTUNGLAHHH ! kita geng harini . Harini jela sebab aku baru balik dpda kampung . Mengangkut makanan yang Ibu aku masak dpda rumah mmg tak ingat . Nasib baik aku waras lagi tak angkut dapur kat rumah tu . Kalau ikut hati, aku nak bawak sekali Ibu aku tinggal dengan aku , tapi mmg TAKLAH . Dia pun tanak dok dgn aku sbb aku busuk katanya...
*yeayy aku menipu lagi di bulan puasa*
K la , selamat berbuka semua . Menu aku harini ialah :
Ayam Rendang , Ikan masak Sambal , Paru-paru Goreng , Ayam Percik , Ulam-ulaman , kuih muih & sebagainya . kau mampu ??? hahahaha . Jangan risau , perut aku banyak ruang . So , tiada alasan pembaziran disitu ya ! Ibu aku masak oke , mmg licin la aku kerjakan .... Selamat Berbuka Ya Korang ! tata ~
YangKuatMakan,
-CikEcha-
Subscribe to:
Posts (Atom)

























