Thursday, September 8, 2011

setiap manusia pasti berubah ( part 1 )



Hye semua , dah lama aku tak update pape dalam blog ni kan . Since penghujung puasa sampailah sekarang . So untuk mengelakkan daripada rasa malas aku semakin berleluasa & akhirnya menyebabkan blog aku ni jadi tempoyak , aku update la harini . Ala , untuk korang jugak aku update kan ... Korang baca ye .. bace tau ! hihihihi 



Aku nak tanya korang , pernah tak korang ada pengalaman dihina atau dikutuk ke ,dikeji ke ,dipandang rendah ke , pernah tak ? Kalau tak pernah , aku tabik la kat korang . UNTUNGNYAA.. huhu . Mungkin korang tak pernah . Tapi aku pernah . Saje aku nak share kat korang story hidup aku . Nama pon blogger kan , apa je yang aku rasa boleh share , aku akan share . Well sebenarnya sebelum aku hidup dalam keadaan yang serba ok sekarang ni ( ewahh ) aku pernah melalui banyak kenangan pahit . Memang banyak la . Kalau nak diingatkan , memang sakit je hati . Tapi kalau boleh aku taknak lupakan semua tu sebab aku nak jadikan semua tu sebagai pengajaran bahawa kita tak boleh pandang rendah pada orang lain walau siapa pun dia sebab kita tak tahu takdir & perubahan yang akan berlaku pada diri kita sendiri satu hari nanti :)



Sebenarnya masa aku sekolah rendah dulu , aku bukanlah budak pandai . Aku tak duduk kat kelas budak pandai . Kat sekolah aku dulu ada 2 Kelas je . So sape yang masuk kelas pandai , memang super duper kembang hidung la kan . Tapi bagi yang masuk kelas sederhana bijak ni , agak malu-malu alah la nak berkawan dengan budak-budak daripada kelas sebelah . Biasalah tu kan . Nak pulak yang comel macam aku, jenis sedar diri yang kita ni tak berapa nak pandai , so buat-buatlah cara yang sepatutnya . hahaha . Nak dijadikan cerita , kalau tiba waktu sukan ke , atau gabungan kelas ke sebab ada majlis pape , mesti rasa stress tu datang melampau-lampau . Haa jangan tak tau , budak kecik pon pandai stress tau . Aku cakap budak kecik sbb ni cite masa aku skola rendah . Kecik la kan ? hehe . So bila tiba waktu camni , perangai kekwat budak-budak kelas sebelah memang tip top la . Time tu la dorang nak show off kehebatan dorang dalam berkata-kata & kebijaksanaan dorang dalam pelajaran . Mestilah kan ? Tunjuk hebat pada orang yang kurang mampu daripada dia , mestilah yakin & semangat . Dah tau orang tu tak leh lawan punya..



Aku plak masa kecik-kecik dulu bukanlah dalam kategori budak cantik & comel . Dah la tak cantik , gemuk lak tu . Debab je . Memang tak cun la . Kalau korang tengok aku masa sekolah rendah dulu , confirm korang muntah berdarah pastu pengsan 70 tahun . Pastu bila korang sedar daripada pengsan , korang dah tua rupanya . Yela , dah 70 tahun . Takkan korang bukak mata , korang jadi baby balik . Nipu le teww . Dasyat tak dasyat rupa aku sampai mampu jadikan korang semua tua tanpa sedar ? Haaa... memain la ngan aku . Tapi dalam keTidakComelan aku tu , aku tatau kenapa ada jugak mamat encem nak jatuh cinta babun dengan aku . hahahaha . Aku ingat lagi la , 1st time aku dapat surat cinta masa darjah 5 . Tahpe hape je . Kemain jiwang la . Aku pon tatau cane budak lelaki sekecik tu boleh berjiwang2 bagai . Dia mintak tolong abg dia bagi ayat gamaknya ? Sampaikan siap ugut aku , kalau aku taknak terima cinta dia , dia akan kahwin paksa dengan aku. Hahahaha . Kebenda nye la kan ?? Tapi al-maklumlahh , masa tu aku kecik lagi . Sejurus hbs baca surat tu , seram sejuk & kecut perut aku . Pertama kali aku rasa kecut perut . Betul ! memang tak memain . Terima kasih la kat budak tu sebab berjaya mengkucar-kacirkan perasaan aku kerana "cinta" buat pertama kalinya dalam hidup aku . huhuhu . Tapi tu dulu , sekarang ni kalau aku dapat lagi surat2 camtu , aku rileks je . Memang jadi koleksi khazanah surat cinta dalam kotak kayu aku kat rumah la . Banyak dah koleksi yang aku dapat sepanjang menginjak dewasa ni . Semua ada dalam kotak tu . Korang nak baca ? Takyah la , buat sebu perut korang je nanti . hahahaha .


Tapi tula , walaupun aku tak cantik , ada jugak yang minat kat aku . Cikgu Bahasa Melayu aku pon pernah betulkan tudung aku yang senget benget tu . Nampak sangat aku selekeh kan ? hehehe . Agaknya cikgu aku rimas , so dia datang kat tempat aku , pastu selamba je dy buat aku cam anak dia . Aku ingat lagi , dia cakap camni 
" awak ni cantik sebenarnya , tapi awak tak pandai gunakan kecantikan awak . Cuba lipat tudung ni kemas-kemas ( sambil mengemaskan lipatan tudung aku ) "
Aku pun dalam keadaan malu-malu alah , biarkan ajelah apa yang cikgu aku buat . Agaknya sebab mulut dia masin kot . Sekarang aku dah cantik . Cantik tak aku ? hahahahahaha ! Hoiiii tak baiknya korang keluarkan lidah camtu ! Siap berkerut muka macam geli sangat je ! hahaha . Cantiklah.. setiap kejadian Allah semuanya cantik & hebat . Tak gitu kawan-kawan ? ( ecececececececece )


Ok sambung balik , disebabkan aku bukan dalam kategori cantik & pandai , ramai la yang pandang rendah pada aku . Kalau berselisih je , ada je mulut dok mengejek . Antaranya camni :
  • hoiii budak gemukk !
  • ee bodoh..dah la bodoh...merayap je kejenya..balik kelas la woi !
  • genduttttt...gendutttt....bontot besar....
  • kuat makan budak ni ! sebab tu gemok gedempol . nak jalan pon tak larat . booooo ! 
Amacam ? lazat tak korang rasa ? Aku rasa lazat . Sampai meleleh air mata aku menikmati kelazatan kata-kata tu . Cakap tu macam la aku ni gemuk gedempol . Padahal bukannya gemuk mana pun , cuma aku ni besar sikit je dpda kawan-kawan yang lain . Chubby2 camtu je . Paling tak tahan bila dorang cakap aku bodoh . Malu memang jangan kira la . Time tu aku bayangkan muka abah & mak je . Muka dorang yang bersungguh-sungguh hantar aku p sekolah & bagi galakkan pada aku untuk belajar . Tapi mereka tak tahu kat sekolah aku selalu kena kutuk dengan budak-budak "pandai" . Dorang tak tahu pon anak bongsu dorang ni kena buli dengan budak-budak lain.
-lap air mata jap-
Sakit hati memang tak perlu nak cerita la , aku rasa nak campak hidup-hidup masuk dalam api  je pada orang yang hina-hina aku camtu . Actually yang selalu ejek aku tu budak lelaki la . Nakal lelaki masa kecik-kecik kan lain mcm sikit . Nak pandang sesuatu yang cantik & ok je , kalau yang buruk , mesti dikeji-keji . Even bukan semua , tapi kebanyakkannya camtulah kat sekolah aku dulu . Kalau yang perempuan plak lain hal nya pulak . Bila kena buat group dengan budak dpda kelas tak berapa nak pandai ni , mulalah buat muka jijik & bosan . Biasalah , buat group pun tak guna , mesti dorang fikir yang dorang je boleh buat kerja . Kitorang yang kelas kedua ni hampeh & bodoh-bodoh je . Touching wehh . Kalau korang kena camtu , korang happy ke ? lompat-lompat gembira ? huhu .


Tapi tulah , setiap manusia pasti akan melalui fasa perubahan . Orang yang selama ni kita anggap takkan maju kemana-mana , dalam sekelip mata je boleh mengatasi kita . Walaupun dulu-dulu kita masih kecik & belum dikira dosa pahala lagi , tapi Allah tu dah bagi petunjuk & peringatan pada kita bahawa setiap yang berlaku tu ada sebab dan alasannya . Kita semua sama , hanya hamba yang dipilih untuk hidup didunia sebagai manusia . Tak ada bezanya kita pada pandangan Allah . Aku sendiri terkejut dengan apa yang berlaku pada budak-budak yang galak sangat mengata aku & tunjuk hebat dulu . Memang tak sangkalah . Aku akan cerita pada korang tapi kat entry yang lain la ya . Dah panjang sangat ni . Karang rabun plak biji mata korang tu . Kalau nak tahu apa jadi kat budak-budak "pandai" ni , tunggulah entry aku yang seterusnya . Aku stop kat sini dulu k :)


Sehingga berjumpa lagi ya kawan-kawan . daaa ! :)



SenyumSendiri.
-CikEcha-


Thursday, August 25, 2011

Lukisan 3D



Hai ! Harini aku nak share dengan korang beberapa keping lukisan 3D yang kalau kita tengok nampak macam real , tapi sebenarnya lukisan je . Aku google lukisan-lukisan ni . Dah lama dah aku tengok , cuma dulu aku takde blog , sekarang je baru buat . So mesti ramai antara korang yang dah pernah tengok lukisan - lukisan ni , tapi takpelah , aku share jugak la eh . Ada jugak yang masih belum pernah tengok kan . Layannnn =)














































Cantik ,pandai dorang melukis . Ni confirm la keje tangan omputih . Otak dorang tu ada je benda baru nak dibuat . K tu jela . Jumpa lagi . Tata ~



SukaSesuatuYangLain,
-CikEcha-


Wednesday, August 24, 2011

Berita Malaysia



Biasa baca surat khabar tak ? Selalunya surat khabar mana jadi pilihan korang ? Selalu layan internet untuk dapatkan berita atau cerita ? Layan majalah-majalah ke... Daripada mana lagi sumber-sumber yang korang terjah untuk dapatkan berita-berita hangat kat Malaysia ni ? Haa... Tak kisah la mana pun pilihan korang , kalau korang selalu baca paper or majalah , mesti korang boleh tau dah jalan cerita atau olahan ayat dalam setiap paper or majalah tu kan ? 

Ok , kat sini aku nak share 1 note yang kelakar boleh tahan la . Aku rasa kelakar la sebab aku ni jenis ada sense of humor . So benda kelakar sikit pun aku dah boleh ketawa . Aku amik note ni daripada kawan aku , Faiz . Aku tak tau la sape pemilik asal yang create note ni kan . Kot note ni dah bertahun-tahun ada kat facebook ke , aku tatau la kan sebab aku baru je baca petang tadi . So aku nak tumpang share noted dia dengan korang semua . Best ! hehe . Kepada pemilik tanah noted ni , beta mintak share ye . Lu punya noted buat wa ketawa pecah perut la . Boleh la..leh la..leh la.. ehh ? ehh ? hehehehe.....
*ibu saya kata tak baik cakap lu gua lu gua. maafkan saya*


________________________________________________________

Situasi sebenar :
"Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian".


BULETIN UTAMA : 
"Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari".

HARIAN METRO :   
"Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
UTUSAN MALAYSIA : 
"Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

HARAKAH : 
"Kami tiada beca."

MALAYSIAKINI : 
"Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

TWITTER @NAJIBRAZAK : 
"Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

BLOG MELAYU PARANOID : 
"Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

IBRAHIM ALI : 
"Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

PANCAINDERA :
"Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

MASTIKA : 
"Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

SAMY VELLU : 
"Beca tak bayar tol dicari."

P/S :: just jokes, nothing personal ^_^ ::



Hahahaha , Ok tu je untuk harini . Tata ~


Ketawa
-CikEcha-


Wordless Wednesday






Orang ? Tilam ? Keju ? atau Spongebob ? =)


Tuesday, August 23, 2011

Musnahkan Pepijat !





Hi semua dan salam 1 pepijat . 
Pernah dengar perkataan pepijat sebelum ni ? Nama sejenis haiwan drakula yang langsung tak comel tu . Pernah? Pernah ke tak pernah ? Kalau tak pernah , meh sini aku nak cerita 1 hikayat zaman dulu kala yang bertajuk pepijat . Gigihnya zaman dulu kala pulak kan .... Takdelah , bukan dulu kala , aku just nak story sikit pasal menatang yang dah memporak perandakan rumahtangga aku sejak kebelakangan ni . Rumahtangga ye ? panassss ! panasss ! 


Aku yakin mesti ramai antara korang yang tak berapa familiar dengan pepijat kan ? Tak pun korang pernah je bertemu mata dengan pepijat ni , cuma korang tak sempat nak berkenalan , tanya2 nama , tukar nombor phone kan ? So , korang tak tau la yang korang actually dah pernah jumpa pepijat ni . Ok meh aku terangkan serba sikit pasal mala'un yang sangat menjengkelkan ni keh ....


Serangga drakula yang sangat annoying ni ada nama melayu & ada nama omputih . Nama melayu dikenali sebagai Encik Pepijat dan nama omputih pulak kita panggil Mr.Bed Bug . Glamer kan ? Serangga pon ada nama glemer macam retis ye tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian ... Kau hado ? 
Ok , kenapa aku cakap menatang ni annoying ? Sebabnyee.... sekarang menatang ni tengah berleluasa kat rumah aku ni ha... Nasib baik la rumah sewa . Kalau kat rumah parents aku , mau aku kena sekolah dengan ibu setahun ....


Pepijat atau bed bug ni makanan dia darah manusia ye . Lagi-lagi darah manis & lazat macam darah aku ni ha, memang jadi sasaran la . Delicious ... so yummyyy katanyaaa..... Apa yang aku tau , pepijat ni suka tempat yang lembab-lembab , tempat yang gelap & sewaktu dengannya la kan . Tu memang habitat dia . Yang aku tak paham , rumah aku bukannya lembab pun . Bukannya gelap pun .Tapi still gak ada . Aku  tatau since bila menatang ni  muncul kat rumah aku , yang buat aku seram , banyak orang kata pepijat ni :
'once they are here, forever they will stay'
~sherammm mak nakkk ~


So untuk mempengaruhi korang supaya benci pada encik pepijat ni , aku hidangkan korang dengan gambar-gambar dia eh .... Aku soh benci tau .Jangan korang jatuh cinta plak lepas tengok ! Kerat 18 nanti ~




Kitaran hidup pakcik Pepijat ni . Cuba korang tengok saiz dia dpda kecik samapi besar. erkkk ~





Macam lipas wehh -.-




~ Muka jahat gile ~




Sia-sia je darah korang kehh.... Banyak kot . Baik derma kat spital , lagi bagus !



Kesan gigitan pakcik pepijat ni .
Ok , jangan salah faham,ni bukan aku . Body aku tak gagah cengini . huehuehue =D




 Buruk kan bintat bintat cengini... Berbintang la badan . haha




Kesimpulannya , jangan biarkan hidup korang diselubungi pepijat . Aku pun dah tergaru-garu macam cik nyet je kat rumah ni . Hamboii CIK NYET ye... manja sikit nama . Sopan sikit ye tak ? haha . Pasni tengoklah.. aku beli katil baru , tilam baru ! Kalau ada lagi pepijat pasni , aku bakorrr semuanya ! Kita bakorrr ! Korang pon jaga-jaga tau . Bile-bile masa je pepijat ni boleh ziarah korang . Lagi-lagi musim nak raya ni . Ramailah kerabat dorang datang beraya . So, jaga ye !
OK tu je .... selamat menempuh puasa yang lebih kurang seminggu je lagi ni eh .... Jumpa lagi !
Tata korang ... ~



AntiPepijat,
-CikEcha-



Friday, August 19, 2011

Dah cukup Bersedia Ke Untuk Poligami ?



Hari ni aku terdetik nak update entry pasal hidup berpoligami . Maklumlah , lepas tengok cerita Tahajjud Cinta kat TV3 tadi , jadi bersemangat sikit nak kongsi pendapat aku pasal isu berpoligami ni :)
Mula-mula sekali aku nak tekankan , poligami adalah 1 perkara yang sangat sensitif , sangat melibatkan perasaan , sangat menggembirakan dan sangat menyakitkan . Poligami ni memang menuntut kesabaran dan ketabahan yang amatlah kuat ya . Takde wanita yang sanggup hidup berpoligami melainkan hatinya betul-betul tabah dan sentiasa bersabar . 


Jujur daripada hati aku yang paling dalam , aku tak sanggup hidup berpoligami . Jangankan hidup bermadu dengan 4 orang . Dengan sorang pon aku dah sakit , ni pulak nak menghadap 4 orang kan . MENANGIS la aku . huhuhu . Yela , sape yang tak nak payung emas kat syurga nanti kan , memang lah nak , tapi aku bukan wanita yang kuat untuk berdepan dengan perkongsian kasih sayang seorang suami dengan wanita-wanita lain =')


Ok , yang aku nak tekankan dalam isu poligami ni adalah KEADILAN . Kita semua tahu , perkataan adil ni satu perkataan yang subjektif definisinya . Maksudnya kita tak terhad dengan 1 jawapan atau maksud je , kita boleh olah pelbagai makna daripada perkataan ni . Tak kira la apa pun maksud / makna bagi perkataan adil ni , tapi apa yang boleh aku simpulkan , adil ni adalah 1 perkara yang sangat berat untuk dipikul oleh mana-mana individu pun . Apatah lagi bila melibatkan isu berpoligami , seorang suami telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi seorang suami yang adil kepada isteri-isterinya . 


Bukan mudah ye nak jadi adil . Mungkin anda seorang suami yang mampu daripada segi zahir . Mampu bersikap adil pada isteri-isteri anda , tapi adalah anda yakin anda telah berlaku adil dari segi kasih sayang ? Sekali lagi diulang , adakah anda yakin anda telah berlaku adil dari segi KASIH SAYANG ? :)
Sukar ya ... Ustaz aku sendiri pernah bagi tahu dalam kelas dulu , nak jadi seorang suami pada seorang isteri pun menuntut tanggungjawab dan keadilan yang besar , apatah lagi bila berpoligami .


Nak cite pasal best n nikmat , serah pada lelaki la kan ....Suami memang la best . Isteri ? Apa yang best kalau poligami ? Terpaksa queue untuk bersama suami . Kalau dengan sorang madu takpelah... panjang sikit masa nak manja-manja kan . Kalau 4 orang ? Seminggu sebulan je ko boleh manja-manja ngn suami ko tau !! Sebab tu aku cakap , suami memanglah best ... Setiap hari best... untunglahhhh... :)
Kalau adil tu ,ok la kan .Kalau yang tak adil tu mcm mana pulak ? Tak ikut jadual dengan betul.. Tetibe terlebih sehari dua kat isteri baru ke , tu dah dikira berlaku TIDAK ADIL kepada para isteri ye... Nampak simple...walaupun isteri-isteri tak membantah... Tapi dari segi batin , ko tau apa perasaan isteri-isteri ko yang lain ? 


Selalu lelaki yang ada niat nak berpoligami ni , kalau kita tanya kenapa nak tambah bini lagi .. Tak cukup ke sorang yang dah memang ok tu ? Simple je jawapan dy...
"Aku ikut sunnah Nabi...Apa salahnya aku nak selamatkan maruah wanita lain.Nak jaga kebajikan mereka.."
Wahh... sekali lagi.. UNTUNGLAHHHH .... :)
Bab kahwin kemain lagi ikut sunnah ye ... bab solat ? bab amalan2 lain ? bab hidup ko sendiri ? Ada ko ikut sunnah Nabi ? Ada ? untunglahh kalau ada.... huhu.


Nak jaga maruah wanita ye , nak jaga kebajikan ? Dah tu kenapa yang ko cari semuanya muda bergetah macam getah mangga tu ? Yang muda-muda kan masih banyak waktu untuk dia cari kehidupan mereka sendiri .. Yang ko tak sabar nak jaga kebajikan dorang kenapa ? Yang stok cun-cun plak tu kan... Kenapa tak amik miss J je ? Yang tu lebih baik untuk ko selamatkan maruah .. lagi bagus untuk ko jaga kebajikan mereka... Sebab golongan Miss J ni agak sensitif di mata masyarakat.. Ibu-Ibu tunggal ke.. Kalau nak tu boleh je... Ni yang muda remaja.. yang dahi licin je ko sapu... 
Sudah terang bang.. jangan nak guna alasan agama sangat ..... :)


So , kepada anda si suami yang hidup berpoligami tu , harap-harap anda bukannya lelaki yang bersikap tidak adil pada isteri-isteri anda ya.. Kat dunia memanglah sedap..nikmat...gembira... Tapi kat akhirat nanti , banyak yang anda perlu jawab ... Poligami sememangnya indah..sememangnya dituntut... tapi bukan sewenangnya .... Aku bicara pada umum... Setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni semuanya akan disoal . Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi :)


Amboii seronoknya pakcik atas ni .. huehuehue :)


Tu je untuk hari ni .... Tataaa =)


SekianCeramahDaripadaUstazahPilihan :)
-CikEcha-