Thursday, August 25, 2011

Lukisan 3D



Hai ! Harini aku nak share dengan korang beberapa keping lukisan 3D yang kalau kita tengok nampak macam real , tapi sebenarnya lukisan je . Aku google lukisan-lukisan ni . Dah lama dah aku tengok , cuma dulu aku takde blog , sekarang je baru buat . So mesti ramai antara korang yang dah pernah tengok lukisan - lukisan ni , tapi takpelah , aku share jugak la eh . Ada jugak yang masih belum pernah tengok kan . Layannnn =)














































Cantik ,pandai dorang melukis . Ni confirm la keje tangan omputih . Otak dorang tu ada je benda baru nak dibuat . K tu jela . Jumpa lagi . Tata ~



SukaSesuatuYangLain,
-CikEcha-


Wednesday, August 24, 2011

Berita Malaysia



Biasa baca surat khabar tak ? Selalunya surat khabar mana jadi pilihan korang ? Selalu layan internet untuk dapatkan berita atau cerita ? Layan majalah-majalah ke... Daripada mana lagi sumber-sumber yang korang terjah untuk dapatkan berita-berita hangat kat Malaysia ni ? Haa... Tak kisah la mana pun pilihan korang , kalau korang selalu baca paper or majalah , mesti korang boleh tau dah jalan cerita atau olahan ayat dalam setiap paper or majalah tu kan ? 

Ok , kat sini aku nak share 1 note yang kelakar boleh tahan la . Aku rasa kelakar la sebab aku ni jenis ada sense of humor . So benda kelakar sikit pun aku dah boleh ketawa . Aku amik note ni daripada kawan aku , Faiz . Aku tak tau la sape pemilik asal yang create note ni kan . Kot note ni dah bertahun-tahun ada kat facebook ke , aku tatau la kan sebab aku baru je baca petang tadi . So aku nak tumpang share noted dia dengan korang semua . Best ! hehe . Kepada pemilik tanah noted ni , beta mintak share ye . Lu punya noted buat wa ketawa pecah perut la . Boleh la..leh la..leh la.. ehh ? ehh ? hehehehe.....
*ibu saya kata tak baik cakap lu gua lu gua. maafkan saya*


________________________________________________________

Situasi sebenar :
"Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian".


BULETIN UTAMA : 
"Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari".

HARIAN METRO :   
"Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
UTUSAN MALAYSIA : 
"Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

HARAKAH : 
"Kami tiada beca."

MALAYSIAKINI : 
"Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

TWITTER @NAJIBRAZAK : 
"Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

BLOG MELAYU PARANOID : 
"Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

IBRAHIM ALI : 
"Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

PANCAINDERA :
"Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

MASTIKA : 
"Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

SAMY VELLU : 
"Beca tak bayar tol dicari."

P/S :: just jokes, nothing personal ^_^ ::



Hahahaha , Ok tu je untuk harini . Tata ~


Ketawa
-CikEcha-


Wordless Wednesday






Orang ? Tilam ? Keju ? atau Spongebob ? =)


Tuesday, August 23, 2011

Musnahkan Pepijat !





Hi semua dan salam 1 pepijat . 
Pernah dengar perkataan pepijat sebelum ni ? Nama sejenis haiwan drakula yang langsung tak comel tu . Pernah? Pernah ke tak pernah ? Kalau tak pernah , meh sini aku nak cerita 1 hikayat zaman dulu kala yang bertajuk pepijat . Gigihnya zaman dulu kala pulak kan .... Takdelah , bukan dulu kala , aku just nak story sikit pasal menatang yang dah memporak perandakan rumahtangga aku sejak kebelakangan ni . Rumahtangga ye ? panassss ! panasss ! 


Aku yakin mesti ramai antara korang yang tak berapa familiar dengan pepijat kan ? Tak pun korang pernah je bertemu mata dengan pepijat ni , cuma korang tak sempat nak berkenalan , tanya2 nama , tukar nombor phone kan ? So , korang tak tau la yang korang actually dah pernah jumpa pepijat ni . Ok meh aku terangkan serba sikit pasal mala'un yang sangat menjengkelkan ni keh ....


Serangga drakula yang sangat annoying ni ada nama melayu & ada nama omputih . Nama melayu dikenali sebagai Encik Pepijat dan nama omputih pulak kita panggil Mr.Bed Bug . Glamer kan ? Serangga pon ada nama glemer macam retis ye tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian ... Kau hado ? 
Ok , kenapa aku cakap menatang ni annoying ? Sebabnyee.... sekarang menatang ni tengah berleluasa kat rumah aku ni ha... Nasib baik la rumah sewa . Kalau kat rumah parents aku , mau aku kena sekolah dengan ibu setahun ....


Pepijat atau bed bug ni makanan dia darah manusia ye . Lagi-lagi darah manis & lazat macam darah aku ni ha, memang jadi sasaran la . Delicious ... so yummyyy katanyaaa..... Apa yang aku tau , pepijat ni suka tempat yang lembab-lembab , tempat yang gelap & sewaktu dengannya la kan . Tu memang habitat dia . Yang aku tak paham , rumah aku bukannya lembab pun . Bukannya gelap pun .Tapi still gak ada . Aku  tatau since bila menatang ni  muncul kat rumah aku , yang buat aku seram , banyak orang kata pepijat ni :
'once they are here, forever they will stay'
~sherammm mak nakkk ~


So untuk mempengaruhi korang supaya benci pada encik pepijat ni , aku hidangkan korang dengan gambar-gambar dia eh .... Aku soh benci tau .Jangan korang jatuh cinta plak lepas tengok ! Kerat 18 nanti ~




Kitaran hidup pakcik Pepijat ni . Cuba korang tengok saiz dia dpda kecik samapi besar. erkkk ~





Macam lipas wehh -.-




~ Muka jahat gile ~




Sia-sia je darah korang kehh.... Banyak kot . Baik derma kat spital , lagi bagus !



Kesan gigitan pakcik pepijat ni .
Ok , jangan salah faham,ni bukan aku . Body aku tak gagah cengini . huehuehue =D




 Buruk kan bintat bintat cengini... Berbintang la badan . haha




Kesimpulannya , jangan biarkan hidup korang diselubungi pepijat . Aku pun dah tergaru-garu macam cik nyet je kat rumah ni . Hamboii CIK NYET ye... manja sikit nama . Sopan sikit ye tak ? haha . Pasni tengoklah.. aku beli katil baru , tilam baru ! Kalau ada lagi pepijat pasni , aku bakorrr semuanya ! Kita bakorrr ! Korang pon jaga-jaga tau . Bile-bile masa je pepijat ni boleh ziarah korang . Lagi-lagi musim nak raya ni . Ramailah kerabat dorang datang beraya . So, jaga ye !
OK tu je .... selamat menempuh puasa yang lebih kurang seminggu je lagi ni eh .... Jumpa lagi !
Tata korang ... ~



AntiPepijat,
-CikEcha-



Friday, August 19, 2011

Dah cukup Bersedia Ke Untuk Poligami ?



Hari ni aku terdetik nak update entry pasal hidup berpoligami . Maklumlah , lepas tengok cerita Tahajjud Cinta kat TV3 tadi , jadi bersemangat sikit nak kongsi pendapat aku pasal isu berpoligami ni :)
Mula-mula sekali aku nak tekankan , poligami adalah 1 perkara yang sangat sensitif , sangat melibatkan perasaan , sangat menggembirakan dan sangat menyakitkan . Poligami ni memang menuntut kesabaran dan ketabahan yang amatlah kuat ya . Takde wanita yang sanggup hidup berpoligami melainkan hatinya betul-betul tabah dan sentiasa bersabar . 


Jujur daripada hati aku yang paling dalam , aku tak sanggup hidup berpoligami . Jangankan hidup bermadu dengan 4 orang . Dengan sorang pon aku dah sakit , ni pulak nak menghadap 4 orang kan . MENANGIS la aku . huhuhu . Yela , sape yang tak nak payung emas kat syurga nanti kan , memang lah nak , tapi aku bukan wanita yang kuat untuk berdepan dengan perkongsian kasih sayang seorang suami dengan wanita-wanita lain =')


Ok , yang aku nak tekankan dalam isu poligami ni adalah KEADILAN . Kita semua tahu , perkataan adil ni satu perkataan yang subjektif definisinya . Maksudnya kita tak terhad dengan 1 jawapan atau maksud je , kita boleh olah pelbagai makna daripada perkataan ni . Tak kira la apa pun maksud / makna bagi perkataan adil ni , tapi apa yang boleh aku simpulkan , adil ni adalah 1 perkara yang sangat berat untuk dipikul oleh mana-mana individu pun . Apatah lagi bila melibatkan isu berpoligami , seorang suami telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi seorang suami yang adil kepada isteri-isterinya . 


Bukan mudah ye nak jadi adil . Mungkin anda seorang suami yang mampu daripada segi zahir . Mampu bersikap adil pada isteri-isteri anda , tapi adalah anda yakin anda telah berlaku adil dari segi kasih sayang ? Sekali lagi diulang , adakah anda yakin anda telah berlaku adil dari segi KASIH SAYANG ? :)
Sukar ya ... Ustaz aku sendiri pernah bagi tahu dalam kelas dulu , nak jadi seorang suami pada seorang isteri pun menuntut tanggungjawab dan keadilan yang besar , apatah lagi bila berpoligami .


Nak cite pasal best n nikmat , serah pada lelaki la kan ....Suami memang la best . Isteri ? Apa yang best kalau poligami ? Terpaksa queue untuk bersama suami . Kalau dengan sorang madu takpelah... panjang sikit masa nak manja-manja kan . Kalau 4 orang ? Seminggu sebulan je ko boleh manja-manja ngn suami ko tau !! Sebab tu aku cakap , suami memanglah best ... Setiap hari best... untunglahhhh... :)
Kalau adil tu ,ok la kan .Kalau yang tak adil tu mcm mana pulak ? Tak ikut jadual dengan betul.. Tetibe terlebih sehari dua kat isteri baru ke , tu dah dikira berlaku TIDAK ADIL kepada para isteri ye... Nampak simple...walaupun isteri-isteri tak membantah... Tapi dari segi batin , ko tau apa perasaan isteri-isteri ko yang lain ? 


Selalu lelaki yang ada niat nak berpoligami ni , kalau kita tanya kenapa nak tambah bini lagi .. Tak cukup ke sorang yang dah memang ok tu ? Simple je jawapan dy...
"Aku ikut sunnah Nabi...Apa salahnya aku nak selamatkan maruah wanita lain.Nak jaga kebajikan mereka.."
Wahh... sekali lagi.. UNTUNGLAHHHH .... :)
Bab kahwin kemain lagi ikut sunnah ye ... bab solat ? bab amalan2 lain ? bab hidup ko sendiri ? Ada ko ikut sunnah Nabi ? Ada ? untunglahh kalau ada.... huhu.


Nak jaga maruah wanita ye , nak jaga kebajikan ? Dah tu kenapa yang ko cari semuanya muda bergetah macam getah mangga tu ? Yang muda-muda kan masih banyak waktu untuk dia cari kehidupan mereka sendiri .. Yang ko tak sabar nak jaga kebajikan dorang kenapa ? Yang stok cun-cun plak tu kan... Kenapa tak amik miss J je ? Yang tu lebih baik untuk ko selamatkan maruah .. lagi bagus untuk ko jaga kebajikan mereka... Sebab golongan Miss J ni agak sensitif di mata masyarakat.. Ibu-Ibu tunggal ke.. Kalau nak tu boleh je... Ni yang muda remaja.. yang dahi licin je ko sapu... 
Sudah terang bang.. jangan nak guna alasan agama sangat ..... :)


So , kepada anda si suami yang hidup berpoligami tu , harap-harap anda bukannya lelaki yang bersikap tidak adil pada isteri-isteri anda ya.. Kat dunia memanglah sedap..nikmat...gembira... Tapi kat akhirat nanti , banyak yang anda perlu jawab ... Poligami sememangnya indah..sememangnya dituntut... tapi bukan sewenangnya .... Aku bicara pada umum... Setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni semuanya akan disoal . Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi :)


Amboii seronoknya pakcik atas ni .. huehuehue :)


Tu je untuk hari ni .... Tataaa =)


SekianCeramahDaripadaUstazahPilihan :)
-CikEcha-


Thursday, August 18, 2011

Ciri Lelaki Yang Akan Cuba Wanita Jauhi








Jenis lelaki yang mana kaum wanita akan cuba jauhi :-



KASANOVA Lelaki macam ni memang awal-awal lagi orang perempuan takkan dekat , melainkan ko ada aset lain contohnya duit ko berkepuk-kepuk & perempuan tu pulak jenis mata duitan . Memang padanlah korang berdua :)

PANAS BARAN
Yang ni mungkin awal-awal hubungan tak berapa nak nampak kan , tapi kalau dah ko tu memang jenis panas baran , baru sebulan berkawan pon ko dah mula tunjuk taring . So , lelaki jenis ni perempuan takkan dekat . Sape yang nak lelaki panas baran ? Wanita ni hatinya lembut . Kalau ko berkasar , sentaplahhhh ~

KAKI KIKIS
Ha yang ni aku pun memang tak suka . Kalau aku jumpa lelaki macam ni ,  memang awal-awal lagi aku angkat kaki . Gila la ! Nak pulak yang baru kenal kan , pastu mintak itu ini , pinjam itu ini , pergi mana-mana pun semua guna duit perempuan . Sekali sekala takpelah kan , kalau dah setiap hari , tak kering poket perempuan ? Memang TAKLAH aku nak dekat .....

BANYAK ALASAN
Yang ni pun satu hal . Time kita mintak tolong apa-apa ke , ada je alasan yang dibagi . Nak pulak masa tu kita urgent & betul-betul mengharapkan pertolongan dia . Tapi dia banyak pulak alasan tak boleh tolong , walhal tengah rileks je melepak-lepak kat rumah . Sesuai ke buat calon suami ? :)

PENIPU
Aku rasa jenis macam ni semua orang takut nak dekat . Sape yang suka kena tipu ? Pada sape yang suka kena tipu tu boleh la berkena-kenalan dengan insan sebegini ye .

EGO
Ego yang aku maksudkan ni ialah ego yang melampau-lampau . Sume tempat ko nak tunjuk ego . Langsung tak reti nak tolak ansur. Memang hi hi bye bye la ~

CURANG
Sape suka dengan perkataan tu ? Aku seram . Lelaki jenis ni memang jangan mimpi la nak dekat dengan aku , hatta berkawan sekali pun. Meluat ~

TIADA SIKAP HORMAT
For sure la bakal suami ko nak bawak jumpa family kan . So , kalau lelaki tu jenis tak menghormati , memang dengan sesiapa pon dia tak hormat . Bengkek tak kalau lelaki tu biadap dengan orang tua kita ? Kalau aku , depan depan family aku , aku simbah air sirap kat muka mamat tu tau . *knp mst air sirap?*






So far tula antara ciri lelaki yang perempuan takut nak dekat . So to man outside there , harap-harap kamu bukanlah lelaki yang tergolong dalam ciri-ciri di atas . Anda nak cari wanita yang sempurna , wanita juga menginginkan perkara yang sama . Kerana sesungguhnya bila melibatkan soal hati dan perasaan , tiada bezanya antara lelaki mahupun perempuan :)



MencariSiBakalSuami
-CikEcha-




Tuesday, August 16, 2011

~Buffet Terbaik di Intai-Intai Restaurant ~





ANDA LAPAR ?











Mesti la lapar kan. Pukul 1 kot .... Perut semua dah berkeroncong . Nak pulak sape yang terlepas sahur macam aku tadi , mmg perut stok mintak makan jela kan ? hahaha
Ok la . Sempena meraikan perut aku n korang yang tengah kelaparan tu , apa kata aku hidangkan korang dengan cerita aku masa berbuka puasa semalam . Keji kan ? Time camni plak aku hidangkan cerita panas , kalau hidangkan makanan takpe jugak ye tak ? Haa...siku aku bagi kang . haha .


Semalam hari Isnin bersamaan dengan 15/08/2011 , menyaksikan bagaimana aku telah mentekedarah dengan kenyangnya di sebuah restoran terpencil yang cukup cun ! memang ceruk sikit restoran ni tapi bila korang masuk mmg dah takde nak pikir ceruk dah . The view memang superb . Macam restoran dalam taman . Kalau nak kata restoran dalam hutan pon boleh jugak sebab keliling tu memang hutan banat . Tapi takde nyamuk ye ! Aku pon tatau kenapa tade nyamuk . Nyamuk pon sebuk pilih lauk masa azan gamaknya . Dok pilih pilih lauk bawak atas kepak dia , pastu hidang kat anak bini kat tgh hutan tu.. Dok pilih lauk sangat sampai lupa nak hisap darah manuia.. Gamaknye la..... -.-


Actually semalam aku joined team engineer aku pergi bukak puasa tu . Dorang ajak la , so nak tak nak aku bagi la muka .... Jaga hati dorang . Bukan aku bagi muka aku yang comel ni kat dorang tau ! Jangan salah anggap pulak . Bagi muka tu maksudnya aku terima la ajakan dorang tu . Lagipon satu team kan . Main congkak pon sama-sama .
*Haha , aku kalau tak menipu dalam entry mmg tak sah kan* 
So, atas sebab dorang yang mengajak , so dorang la kena belanja aku . haha . Jimat duit aku . Maklumlah , dekat dekat nak raya ni macam - macam benda lagi nak beli kan . Alang - alang ada tawaran menarik ni , aku pon join jela . Mula-mula aku cam berat nak pergi atas sebab sebab tertentu . Tapi gaya engineer aku tanya tu macam beria sangat nak aku join . So , pergi jela kan .


Restoran ni ada 1 je kat Malaysia , kalau tak silap aku la kan . Kalau aku silap , korang jangan marah pulak . Aku tatau ! Ape yang aku tau , restoran ni memang ada 1 je kat Malayisa . Merangkap dunia sekali la . huhu . Lokasi dia kat Ampang . Jap g pas aku habis merapu-rapu ni , aku tulis alamat dia kat bawah eh . Bagi korang jelas sikit . Mana tau kot ada yang terliur & terus nak booking untuk buka puasa harini kan . haha . 


Bercerita pasal makanan , memang menu kat Intai-Intai tu LAZAT & sangat ENAK ye . Aku ni , masa suapan yang pertama , terus mengomel-ngomel kat Faiz, member lab aku . Macam - macam la aku komen .. sedap la .. daging lembut la , pedas cukup la ... Haisshh Faiz pon taknak kalah , dia pon mengomel-ngomel jugak.. Dessert sedap katanya . Dia makan desert dulu .. Aku bedal nasi terus ! haha . Aku tak ingat dah bape kali Faiz ulang alik turun amik makanan . Berganti - ganti pinggan mangkuk dia . Belum kira air lagi . Air sejuk , air panas .. sume dia bantaii . Dah nama buffet kan , memang amik kesempatan la . Aku pon camtu . Tapi aku tade la seaktif dia . Err korang percaya ke ? huhuu ~


K la , enjoy la serba sedikit gambar makanan & view kat Intai-Intai Restaurant ni ye . Moga sedikit SEBANYAK dapat membantu tummy korang tu daripada tak berkeroncong lagi . Tapi aku rasa lagi mendidih kot perut korang tu pas tengok gambar-gambar ni . Hahaha . Layannnnnn =)



Nice one :)










Seafood Fried Rice 
Memang sedap !



Sotong Sumbat Thai 
Aku cari bnd ni , tapi takde . Dgr kata ni menu paling best & cepat hbs ! *kecewa*



Udang Galah Masak Lemak With Nanas Muda




Beef Green Curry



Curry Chicken



Deep Fried Stuffed Crab



Pandan Chicken



Kailan Ikan Masin
Yang ni best . Aku rasa rugi plak sebab aku amik sikit . Nak amik lagi , tapi jauh tempatnya . sedap gile!



Kerabu Daging Bakar Thai



Butter Prawn
Sape yang suka udang tu , boleh la amik . Sedap sebab ada rasa butter . Dah nama pon butter kan ? hehe



Butter Cakes
Yang ni aku curi Faiz punya sebab aku malas nak amik . Serious lazat !



Stick Rice With Mango 
Yang ni favorite Faiz . 2x dia amik pulut ni . Aku tau dia nak amik lagi sebenarnya . haha .

Fresh Fruit Platter



Pumpkin Pudding Sakaya
Sumpah sedap puding ni , manis , lembut . memang cukup . Aku suka !


Ok , cukup la tu ye ? Kang batal pulak puasa aku sebab jadi punca perut korang menangis tengok makanan kat atas tu . hahaha . Jangan ada yang bukak puasa plak ! Aku kerat 18 baru tau erti penyesalan ~


Tujela untuk harini , sebenarnya aku teringat2 bubur nasi yang aku makan semalam . Serious sedap ! Kalau makan bubur nasi saja pon dah cukup melazatkan . Blm lagi ko nak add on kan . Ada sambal ikan bilis , telur masin , telur dadar , ikan masin sambal , sup , ikan tamban goreng , daun sup daun bawang , bawang goreang , cili padi . huh ! yummy woii ! Aku plak jadi lapar . Cane ni wehh ? -.- 
K la , sehingga bertemu lagi . Tataaa ~

Oh ye ! ni alamat Intai-Intai Restaurant tu ye :)
Intai Intai Restaurant

Lot 378, Backyard
Jalan Ampang Hulu Klang (MRR2 Highway)
68000 Ampang, Selangor.
(Behind rows of shop include furniture shop, Honda showroom & car service centre)

Tel: 03-42522252
E-mail: intai2restaurant@gmail.com
Website: www.intaiintai.com.my


*picture , kredit to Mimi's Dining Room*


ChefMakanJe,
-CikEcha-