Thursday, August 25, 2011

Lukisan 3D



Hai ! Harini aku nak share dengan korang beberapa keping lukisan 3D yang kalau kita tengok nampak macam real , tapi sebenarnya lukisan je . Aku google lukisan-lukisan ni . Dah lama dah aku tengok , cuma dulu aku takde blog , sekarang je baru buat . So mesti ramai antara korang yang dah pernah tengok lukisan - lukisan ni , tapi takpelah , aku share jugak la eh . Ada jugak yang masih belum pernah tengok kan . Layannnn =)














































Cantik ,pandai dorang melukis . Ni confirm la keje tangan omputih . Otak dorang tu ada je benda baru nak dibuat . K tu jela . Jumpa lagi . Tata ~



SukaSesuatuYangLain,
-CikEcha-


Wednesday, August 24, 2011

Berita Malaysia



Biasa baca surat khabar tak ? Selalunya surat khabar mana jadi pilihan korang ? Selalu layan internet untuk dapatkan berita atau cerita ? Layan majalah-majalah ke... Daripada mana lagi sumber-sumber yang korang terjah untuk dapatkan berita-berita hangat kat Malaysia ni ? Haa... Tak kisah la mana pun pilihan korang , kalau korang selalu baca paper or majalah , mesti korang boleh tau dah jalan cerita atau olahan ayat dalam setiap paper or majalah tu kan ? 

Ok , kat sini aku nak share 1 note yang kelakar boleh tahan la . Aku rasa kelakar la sebab aku ni jenis ada sense of humor . So benda kelakar sikit pun aku dah boleh ketawa . Aku amik note ni daripada kawan aku , Faiz . Aku tak tau la sape pemilik asal yang create note ni kan . Kot note ni dah bertahun-tahun ada kat facebook ke , aku tatau la kan sebab aku baru je baca petang tadi . So aku nak tumpang share noted dia dengan korang semua . Best ! hehe . Kepada pemilik tanah noted ni , beta mintak share ye . Lu punya noted buat wa ketawa pecah perut la . Boleh la..leh la..leh la.. ehh ? ehh ? hehehehe.....
*ibu saya kata tak baik cakap lu gua lu gua. maafkan saya*


________________________________________________________

Situasi sebenar :
"Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian".


BULETIN UTAMA : 
"Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari".

HARIAN METRO :   
"Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
UTUSAN MALAYSIA : 
"Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

HARAKAH : 
"Kami tiada beca."

MALAYSIAKINI : 
"Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

TWITTER @NAJIBRAZAK : 
"Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

BLOG MELAYU PARANOID : 
"Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

IBRAHIM ALI : 
"Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

PANCAINDERA :
"Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

MASTIKA : 
"Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

SAMY VELLU : 
"Beca tak bayar tol dicari."

P/S :: just jokes, nothing personal ^_^ ::



Hahahaha , Ok tu je untuk harini . Tata ~


Ketawa
-CikEcha-


Wordless Wednesday






Orang ? Tilam ? Keju ? atau Spongebob ? =)


Tuesday, August 23, 2011

Musnahkan Pepijat !





Hi semua dan salam 1 pepijat . 
Pernah dengar perkataan pepijat sebelum ni ? Nama sejenis haiwan drakula yang langsung tak comel tu . Pernah? Pernah ke tak pernah ? Kalau tak pernah , meh sini aku nak cerita 1 hikayat zaman dulu kala yang bertajuk pepijat . Gigihnya zaman dulu kala pulak kan .... Takdelah , bukan dulu kala , aku just nak story sikit pasal menatang yang dah memporak perandakan rumahtangga aku sejak kebelakangan ni . Rumahtangga ye ? panassss ! panasss ! 


Aku yakin mesti ramai antara korang yang tak berapa familiar dengan pepijat kan ? Tak pun korang pernah je bertemu mata dengan pepijat ni , cuma korang tak sempat nak berkenalan , tanya2 nama , tukar nombor phone kan ? So , korang tak tau la yang korang actually dah pernah jumpa pepijat ni . Ok meh aku terangkan serba sikit pasal mala'un yang sangat menjengkelkan ni keh ....


Serangga drakula yang sangat annoying ni ada nama melayu & ada nama omputih . Nama melayu dikenali sebagai Encik Pepijat dan nama omputih pulak kita panggil Mr.Bed Bug . Glamer kan ? Serangga pon ada nama glemer macam retis ye tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian ... Kau hado ? 
Ok , kenapa aku cakap menatang ni annoying ? Sebabnyee.... sekarang menatang ni tengah berleluasa kat rumah aku ni ha... Nasib baik la rumah sewa . Kalau kat rumah parents aku , mau aku kena sekolah dengan ibu setahun ....


Pepijat atau bed bug ni makanan dia darah manusia ye . Lagi-lagi darah manis & lazat macam darah aku ni ha, memang jadi sasaran la . Delicious ... so yummyyy katanyaaa..... Apa yang aku tau , pepijat ni suka tempat yang lembab-lembab , tempat yang gelap & sewaktu dengannya la kan . Tu memang habitat dia . Yang aku tak paham , rumah aku bukannya lembab pun . Bukannya gelap pun .Tapi still gak ada . Aku  tatau since bila menatang ni  muncul kat rumah aku , yang buat aku seram , banyak orang kata pepijat ni :
'once they are here, forever they will stay'
~sherammm mak nakkk ~


So untuk mempengaruhi korang supaya benci pada encik pepijat ni , aku hidangkan korang dengan gambar-gambar dia eh .... Aku soh benci tau .Jangan korang jatuh cinta plak lepas tengok ! Kerat 18 nanti ~




Kitaran hidup pakcik Pepijat ni . Cuba korang tengok saiz dia dpda kecik samapi besar. erkkk ~





Macam lipas wehh -.-




~ Muka jahat gile ~




Sia-sia je darah korang kehh.... Banyak kot . Baik derma kat spital , lagi bagus !



Kesan gigitan pakcik pepijat ni .
Ok , jangan salah faham,ni bukan aku . Body aku tak gagah cengini . huehuehue =D




 Buruk kan bintat bintat cengini... Berbintang la badan . haha




Kesimpulannya , jangan biarkan hidup korang diselubungi pepijat . Aku pun dah tergaru-garu macam cik nyet je kat rumah ni . Hamboii CIK NYET ye... manja sikit nama . Sopan sikit ye tak ? haha . Pasni tengoklah.. aku beli katil baru , tilam baru ! Kalau ada lagi pepijat pasni , aku bakorrr semuanya ! Kita bakorrr ! Korang pon jaga-jaga tau . Bile-bile masa je pepijat ni boleh ziarah korang . Lagi-lagi musim nak raya ni . Ramailah kerabat dorang datang beraya . So, jaga ye !
OK tu je .... selamat menempuh puasa yang lebih kurang seminggu je lagi ni eh .... Jumpa lagi !
Tata korang ... ~



AntiPepijat,
-CikEcha-



Friday, August 19, 2011

Dah cukup Bersedia Ke Untuk Poligami ?



Hari ni aku terdetik nak update entry pasal hidup berpoligami . Maklumlah , lepas tengok cerita Tahajjud Cinta kat TV3 tadi , jadi bersemangat sikit nak kongsi pendapat aku pasal isu berpoligami ni :)
Mula-mula sekali aku nak tekankan , poligami adalah 1 perkara yang sangat sensitif , sangat melibatkan perasaan , sangat menggembirakan dan sangat menyakitkan . Poligami ni memang menuntut kesabaran dan ketabahan yang amatlah kuat ya . Takde wanita yang sanggup hidup berpoligami melainkan hatinya betul-betul tabah dan sentiasa bersabar . 


Jujur daripada hati aku yang paling dalam , aku tak sanggup hidup berpoligami . Jangankan hidup bermadu dengan 4 orang . Dengan sorang pon aku dah sakit , ni pulak nak menghadap 4 orang kan . MENANGIS la aku . huhuhu . Yela , sape yang tak nak payung emas kat syurga nanti kan , memang lah nak , tapi aku bukan wanita yang kuat untuk berdepan dengan perkongsian kasih sayang seorang suami dengan wanita-wanita lain =')


Ok , yang aku nak tekankan dalam isu poligami ni adalah KEADILAN . Kita semua tahu , perkataan adil ni satu perkataan yang subjektif definisinya . Maksudnya kita tak terhad dengan 1 jawapan atau maksud je , kita boleh olah pelbagai makna daripada perkataan ni . Tak kira la apa pun maksud / makna bagi perkataan adil ni , tapi apa yang boleh aku simpulkan , adil ni adalah 1 perkara yang sangat berat untuk dipikul oleh mana-mana individu pun . Apatah lagi bila melibatkan isu berpoligami , seorang suami telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi seorang suami yang adil kepada isteri-isterinya . 


Bukan mudah ye nak jadi adil . Mungkin anda seorang suami yang mampu daripada segi zahir . Mampu bersikap adil pada isteri-isteri anda , tapi adalah anda yakin anda telah berlaku adil dari segi kasih sayang ? Sekali lagi diulang , adakah anda yakin anda telah berlaku adil dari segi KASIH SAYANG ? :)
Sukar ya ... Ustaz aku sendiri pernah bagi tahu dalam kelas dulu , nak jadi seorang suami pada seorang isteri pun menuntut tanggungjawab dan keadilan yang besar , apatah lagi bila berpoligami .


Nak cite pasal best n nikmat , serah pada lelaki la kan ....Suami memang la best . Isteri ? Apa yang best kalau poligami ? Terpaksa queue untuk bersama suami . Kalau dengan sorang madu takpelah... panjang sikit masa nak manja-manja kan . Kalau 4 orang ? Seminggu sebulan je ko boleh manja-manja ngn suami ko tau !! Sebab tu aku cakap , suami memanglah best ... Setiap hari best... untunglahhhh... :)
Kalau adil tu ,ok la kan .Kalau yang tak adil tu mcm mana pulak ? Tak ikut jadual dengan betul.. Tetibe terlebih sehari dua kat isteri baru ke , tu dah dikira berlaku TIDAK ADIL kepada para isteri ye... Nampak simple...walaupun isteri-isteri tak membantah... Tapi dari segi batin , ko tau apa perasaan isteri-isteri ko yang lain ? 


Selalu lelaki yang ada niat nak berpoligami ni , kalau kita tanya kenapa nak tambah bini lagi .. Tak cukup ke sorang yang dah memang ok tu ? Simple je jawapan dy...
"Aku ikut sunnah Nabi...Apa salahnya aku nak selamatkan maruah wanita lain.Nak jaga kebajikan mereka.."
Wahh... sekali lagi.. UNTUNGLAHHHH .... :)
Bab kahwin kemain lagi ikut sunnah ye ... bab solat ? bab amalan2 lain ? bab hidup ko sendiri ? Ada ko ikut sunnah Nabi ? Ada ? untunglahh kalau ada.... huhu.


Nak jaga maruah wanita ye , nak jaga kebajikan ? Dah tu kenapa yang ko cari semuanya muda bergetah macam getah mangga tu ? Yang muda-muda kan masih banyak waktu untuk dia cari kehidupan mereka sendiri .. Yang ko tak sabar nak jaga kebajikan dorang kenapa ? Yang stok cun-cun plak tu kan... Kenapa tak amik miss J je ? Yang tu lebih baik untuk ko selamatkan maruah .. lagi bagus untuk ko jaga kebajikan mereka... Sebab golongan Miss J ni agak sensitif di mata masyarakat.. Ibu-Ibu tunggal ke.. Kalau nak tu boleh je... Ni yang muda remaja.. yang dahi licin je ko sapu... 
Sudah terang bang.. jangan nak guna alasan agama sangat ..... :)


So , kepada anda si suami yang hidup berpoligami tu , harap-harap anda bukannya lelaki yang bersikap tidak adil pada isteri-isteri anda ya.. Kat dunia memanglah sedap..nikmat...gembira... Tapi kat akhirat nanti , banyak yang anda perlu jawab ... Poligami sememangnya indah..sememangnya dituntut... tapi bukan sewenangnya .... Aku bicara pada umum... Setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni semuanya akan disoal . Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi :)


Amboii seronoknya pakcik atas ni .. huehuehue :)


Tu je untuk hari ni .... Tataaa =)


SekianCeramahDaripadaUstazahPilihan :)
-CikEcha-


Thursday, August 18, 2011

Ciri Lelaki Yang Akan Cuba Wanita Jauhi








Jenis lelaki yang mana kaum wanita akan cuba jauhi :-



KASANOVA Lelaki macam ni memang awal-awal lagi orang perempuan takkan dekat , melainkan ko ada aset lain contohnya duit ko berkepuk-kepuk & perempuan tu pulak jenis mata duitan . Memang padanlah korang berdua :)

PANAS BARAN
Yang ni mungkin awal-awal hubungan tak berapa nak nampak kan , tapi kalau dah ko tu memang jenis panas baran , baru sebulan berkawan pon ko dah mula tunjuk taring . So , lelaki jenis ni perempuan takkan dekat . Sape yang nak lelaki panas baran ? Wanita ni hatinya lembut . Kalau ko berkasar , sentaplahhhh ~

KAKI KIKIS
Ha yang ni aku pun memang tak suka . Kalau aku jumpa lelaki macam ni ,  memang awal-awal lagi aku angkat kaki . Gila la ! Nak pulak yang baru kenal kan , pastu mintak itu ini , pinjam itu ini , pergi mana-mana pun semua guna duit perempuan . Sekali sekala takpelah kan , kalau dah setiap hari , tak kering poket perempuan ? Memang TAKLAH aku nak dekat .....

BANYAK ALASAN
Yang ni pun satu hal . Time kita mintak tolong apa-apa ke , ada je alasan yang dibagi . Nak pulak masa tu kita urgent & betul-betul mengharapkan pertolongan dia . Tapi dia banyak pulak alasan tak boleh tolong , walhal tengah rileks je melepak-lepak kat rumah . Sesuai ke buat calon suami ? :)

PENIPU
Aku rasa jenis macam ni semua orang takut nak dekat . Sape yang suka kena tipu ? Pada sape yang suka kena tipu tu boleh la berkena-kenalan dengan insan sebegini ye .

EGO
Ego yang aku maksudkan ni ialah ego yang melampau-lampau . Sume tempat ko nak tunjuk ego . Langsung tak reti nak tolak ansur. Memang hi hi bye bye la ~

CURANG
Sape suka dengan perkataan tu ? Aku seram . Lelaki jenis ni memang jangan mimpi la nak dekat dengan aku , hatta berkawan sekali pun. Meluat ~

TIADA SIKAP HORMAT
For sure la bakal suami ko nak bawak jumpa family kan . So , kalau lelaki tu jenis tak menghormati , memang dengan sesiapa pon dia tak hormat . Bengkek tak kalau lelaki tu biadap dengan orang tua kita ? Kalau aku , depan depan family aku , aku simbah air sirap kat muka mamat tu tau . *knp mst air sirap?*






So far tula antara ciri lelaki yang perempuan takut nak dekat . So to man outside there , harap-harap kamu bukanlah lelaki yang tergolong dalam ciri-ciri di atas . Anda nak cari wanita yang sempurna , wanita juga menginginkan perkara yang sama . Kerana sesungguhnya bila melibatkan soal hati dan perasaan , tiada bezanya antara lelaki mahupun perempuan :)



MencariSiBakalSuami
-CikEcha-




Tuesday, August 16, 2011

~Buffet Terbaik di Intai-Intai Restaurant ~





ANDA LAPAR ?











Mesti la lapar kan. Pukul 1 kot .... Perut semua dah berkeroncong . Nak pulak sape yang terlepas sahur macam aku tadi , mmg perut stok mintak makan jela kan ? hahaha
Ok la . Sempena meraikan perut aku n korang yang tengah kelaparan tu , apa kata aku hidangkan korang dengan cerita aku masa berbuka puasa semalam . Keji kan ? Time camni plak aku hidangkan cerita panas , kalau hidangkan makanan takpe jugak ye tak ? Haa...siku aku bagi kang . haha .


Semalam hari Isnin bersamaan dengan 15/08/2011 , menyaksikan bagaimana aku telah mentekedarah dengan kenyangnya di sebuah restoran terpencil yang cukup cun ! memang ceruk sikit restoran ni tapi bila korang masuk mmg dah takde nak pikir ceruk dah . The view memang superb . Macam restoran dalam taman . Kalau nak kata restoran dalam hutan pon boleh jugak sebab keliling tu memang hutan banat . Tapi takde nyamuk ye ! Aku pon tatau kenapa tade nyamuk . Nyamuk pon sebuk pilih lauk masa azan gamaknya . Dok pilih pilih lauk bawak atas kepak dia , pastu hidang kat anak bini kat tgh hutan tu.. Dok pilih lauk sangat sampai lupa nak hisap darah manuia.. Gamaknye la..... -.-


Actually semalam aku joined team engineer aku pergi bukak puasa tu . Dorang ajak la , so nak tak nak aku bagi la muka .... Jaga hati dorang . Bukan aku bagi muka aku yang comel ni kat dorang tau ! Jangan salah anggap pulak . Bagi muka tu maksudnya aku terima la ajakan dorang tu . Lagipon satu team kan . Main congkak pon sama-sama .
*Haha , aku kalau tak menipu dalam entry mmg tak sah kan* 
So, atas sebab dorang yang mengajak , so dorang la kena belanja aku . haha . Jimat duit aku . Maklumlah , dekat dekat nak raya ni macam - macam benda lagi nak beli kan . Alang - alang ada tawaran menarik ni , aku pon join jela . Mula-mula aku cam berat nak pergi atas sebab sebab tertentu . Tapi gaya engineer aku tanya tu macam beria sangat nak aku join . So , pergi jela kan .


Restoran ni ada 1 je kat Malaysia , kalau tak silap aku la kan . Kalau aku silap , korang jangan marah pulak . Aku tatau ! Ape yang aku tau , restoran ni memang ada 1 je kat Malayisa . Merangkap dunia sekali la . huhu . Lokasi dia kat Ampang . Jap g pas aku habis merapu-rapu ni , aku tulis alamat dia kat bawah eh . Bagi korang jelas sikit . Mana tau kot ada yang terliur & terus nak booking untuk buka puasa harini kan . haha . 


Bercerita pasal makanan , memang menu kat Intai-Intai tu LAZAT & sangat ENAK ye . Aku ni , masa suapan yang pertama , terus mengomel-ngomel kat Faiz, member lab aku . Macam - macam la aku komen .. sedap la .. daging lembut la , pedas cukup la ... Haisshh Faiz pon taknak kalah , dia pon mengomel-ngomel jugak.. Dessert sedap katanya . Dia makan desert dulu .. Aku bedal nasi terus ! haha . Aku tak ingat dah bape kali Faiz ulang alik turun amik makanan . Berganti - ganti pinggan mangkuk dia . Belum kira air lagi . Air sejuk , air panas .. sume dia bantaii . Dah nama buffet kan , memang amik kesempatan la . Aku pon camtu . Tapi aku tade la seaktif dia . Err korang percaya ke ? huhuu ~


K la , enjoy la serba sedikit gambar makanan & view kat Intai-Intai Restaurant ni ye . Moga sedikit SEBANYAK dapat membantu tummy korang tu daripada tak berkeroncong lagi . Tapi aku rasa lagi mendidih kot perut korang tu pas tengok gambar-gambar ni . Hahaha . Layannnnnn =)



Nice one :)










Seafood Fried Rice 
Memang sedap !



Sotong Sumbat Thai 
Aku cari bnd ni , tapi takde . Dgr kata ni menu paling best & cepat hbs ! *kecewa*



Udang Galah Masak Lemak With Nanas Muda




Beef Green Curry



Curry Chicken



Deep Fried Stuffed Crab



Pandan Chicken



Kailan Ikan Masin
Yang ni best . Aku rasa rugi plak sebab aku amik sikit . Nak amik lagi , tapi jauh tempatnya . sedap gile!



Kerabu Daging Bakar Thai



Butter Prawn
Sape yang suka udang tu , boleh la amik . Sedap sebab ada rasa butter . Dah nama pon butter kan ? hehe



Butter Cakes
Yang ni aku curi Faiz punya sebab aku malas nak amik . Serious lazat !



Stick Rice With Mango 
Yang ni favorite Faiz . 2x dia amik pulut ni . Aku tau dia nak amik lagi sebenarnya . haha .

Fresh Fruit Platter



Pumpkin Pudding Sakaya
Sumpah sedap puding ni , manis , lembut . memang cukup . Aku suka !


Ok , cukup la tu ye ? Kang batal pulak puasa aku sebab jadi punca perut korang menangis tengok makanan kat atas tu . hahaha . Jangan ada yang bukak puasa plak ! Aku kerat 18 baru tau erti penyesalan ~


Tujela untuk harini , sebenarnya aku teringat2 bubur nasi yang aku makan semalam . Serious sedap ! Kalau makan bubur nasi saja pon dah cukup melazatkan . Blm lagi ko nak add on kan . Ada sambal ikan bilis , telur masin , telur dadar , ikan masin sambal , sup , ikan tamban goreng , daun sup daun bawang , bawang goreang , cili padi . huh ! yummy woii ! Aku plak jadi lapar . Cane ni wehh ? -.- 
K la , sehingga bertemu lagi . Tataaa ~

Oh ye ! ni alamat Intai-Intai Restaurant tu ye :)
Intai Intai Restaurant

Lot 378, Backyard
Jalan Ampang Hulu Klang (MRR2 Highway)
68000 Ampang, Selangor.
(Behind rows of shop include furniture shop, Honda showroom & car service centre)

Tel: 03-42522252
E-mail: intai2restaurant@gmail.com
Website: www.intaiintai.com.my


*picture , kredit to Mimi's Dining Room*


ChefMakanJe,
-CikEcha-


Sunday, August 14, 2011

Kita Ini Orang Malaysia Ya !




Sape yang tak tengok game badminton untuk kejohanan dunia antara wira kita Datuk Lee Chong Wei dengan musuh seteru beliau iaitu Datuk Lin Dan ? Eh ! takde Datuk untuk Lin Dan ye, Lin Dan je nama dia. Aku tanya sape yang tak tengok , sebab aku rasa mesti lebih ramai yang tengok daripada yang tak tengok . Dah mcm hape dah ayat aku ni . Huhuhu . Sape yang tak tengok tu , rugi la , even kita kalah pon , tapi kalah bermaruah ok. Boleh nampak usaha Datuk Lee Chong Wei berjuang untuk meraih kejuaraan sulung bagi kejohanan dunia ni. Tapi nak buat cane kan, dah tade rezeki , kita kena redha la.....




Kita kalah dalam rubber game dimana score keseluruhan ialah 22-20 , 14-21 , 21-23 . Gempak kan ? Tak nampak lagi usaha Datuk nak rebut kejuaraan ? Tak nampak ? Kalau tak nampak, tengok lagi sekali score yang aku tulis atas tu . Hope kali kedua tengok , korang boleh nampak usaha Datuk tu ye! Memang best gile game tadi . Aku yang mula-mula baring , jadi tak senang. Daripada posisi baring , aku berubah kepada meniarap pulak, pastu berubah kepada duduk plak , pastu bertinggung macam orang nak berak pulak . Tak senonoh kan? Nak buat cane , dah aku nervous , camtu la gaya aku . Setiap pukulan tu menyentapkan aku , berdebar tayah cakapla , mcm nak tunggu result SPM je. 




Ok la , aku tak kesah la kalau Datuk kalah, adat la kalau game... mesti ada menang & kalah kan . Takkan asyik nak menang je, tak rock la . hahaha . Yang aku kesah , bila budaya orang Malaysia ni , selalu sangat menyokong bagai nak rak bila player tu menang . Bila kalah , kutuk mmg tak ingatlah ! Aku bengang betul orang mcm ni . Apa kes ? Meroyan tak tentu hala dok bising bising cakap takde guna nak menyokong orang yang asyik kalah la , pembaziran la , takde faedah la , player stok simpan dalam muzium la . WHAT THE IKAN ?? -.-



Aku cakap ni pasal aku facing sendiri makhluk Allah yang mungkin tak sedar dia orang Malaysia agaknya. Beria sangat la nak cakap Lin Dan tu takboleh dikalahkan la , Chong Wei dah tua la , main asyik kalah la , panas jugak la aku nak jawab kan . Dah la aku CINTA gila kat Chong Wei tu , lagi pulak sesedap rasa dy je nak kutuk kutuk kan . Kutuk kat wall pesbuk aku lak tu . Tak respect langsung aku ni sebagai GIRLFRIEND Lee Chong Wei tu -.-



Solution aku senang je, dah agak malas nak bertekak dengan orang mcm tu , aku amik pendekatan yang mudah . REMOVE & BLOCK je orang tu. Aku pon tatau dorg tu dah jadi orang keberapa yang aku nyahkan daripada pesbik aku. Annoying sangat , sape suruh . Aku memang tak simpan orang yang takde sifat perKAWANan ni. Sukahati aku je letak imbuhan merata-rata . Biar jela. Janji korang paham apa yang aku maksudkan kan ... Aku letak status baik-baik , komen la baik baik . Ni komen emosi sangat , mcm la player malaysia . Tak suka la aku . Memang TAKLAH aku nak buat kawan dah orang yang bersikap angkuh & sombong macam tu . Buang masa je .



So aku nak menyeru pada korang semua , tanamlah sikap cinta pada sukan tanah air . Bukan tanam sikap mengutuk bila kalah , dan beria - ria bila menang . Tak sihat ye sikap sedemikian . Nampak sangat korang tak telus dalam menyokong negara sendiri . Kalau nak Malaysia maju dalam sukan , sama-sama la sokong even kalah pon . Bukannya susah pon nak sokong negara sendiri . Untuk kepentingan bersama jugak . Tak bangga ke nama Malaysia gah dalam sukan ? Mesti bangga kan ? So sam-sama la pupuk minat & cinta pada sukan tanah air . UNTUNG bersama ....



K la , tu je nak cerita harini . Kepada yang aku dah remove tu , minta maaf la ye,, ko annoying sangat la . Aku memang tak suka layan orang annoying , so , mcm mana ko kata Chong Wei tu stok masuk muzium, mcm tu jugaklah aku remove ko daripada pesbuk aku , n aku simpan jadi stok dalam muzium eh , jadi khazanah . boleh ? Mesti gembira kan ...Raya nanti datang la rumah , aku buat open house khas untuk ko je , kita bermaaf-maafan kan sana . huehuehue ...




Kepada Datuk Lee Chong Wei , even U kalah , I tetap bangga sebab U kalah dengan ada usaha untuk menang.... Kita ada banyak lagi game pasni . Rileks je ... Apa yang termampu , tu yang kita terima. Btw , U did well . Proud to be Malaysian ...


Nite olls, tidur dalam senyuman ye .... tq , daa ~




LoveChongWei,
-CikEcha-


-Siapa Mereka-

Siapa paling bermakna dalam hidup kita ?
Siapa yang menyayangi kita tanpa perlukan apa - apa balasan ?
Siapa yang paling bimbang jika terjadi perkara yang buruk pada kita ?
Siapa yang menghargai kita walaupun kita tidak membuat apa - apa ?
Siapa yang sentiasa memaafkan kita tanpa meminta bayaran ?
Siapa ? Siapa ?




SIAPA ?







SIAPA ?!!









Mestilah IBU & AYAH kita .....
Siapa kita tanpa mereka .
Marah mereka tanda sayang , teguran mereka untuk kebaikan 
Tiada ibu bapa yang merosakkan anak - anak 
Walaupun kita kadangkala ALPA pada tanggungjawab kita sebagai seorang anak .




Aku sayang Ibu & Ayah aku .
Menyakiti mereka adalah sama dengan menyakiti aku...
So guys outside there ,
Sebelum nak memiliki aku , miliki dulu hati Ibu & Ayah aku....
*mcm la ada org nak kat aku*


TANPA IBU DAN AYAH , JANGAN HARAP LA KORANG NAK ADA KAT DUNIA NI DAN MENIKMATI KEHIDUPAN KORANG YANG BAHAGIA SEBAB HAKIKATNYA KEHIDUPAN KITA SEKARANG , ADALAH HASIL BINAAN IBU DAN AYAH KITA =)



Tu je aku nak coretkan . Selamat berbuka puasa untuk korang . Sape yang berbuka kat luar or masak sendiri ke , kenang2lah masakan mak korang .Untuk yang berbuka dengan menu masakan Ibu harini , UNTUNGLAHHH ! kita geng harini . Harini jela sebab aku baru balik dpda kampung . Mengangkut makanan yang Ibu aku masak dpda rumah mmg tak ingat . Nasib baik aku waras lagi tak angkut dapur kat rumah tu . Kalau ikut hati, aku nak bawak sekali Ibu aku tinggal dengan aku , tapi mmg TAKLAH . Dia pun tanak dok dgn aku sbb aku busuk katanya...  
*yeayy aku menipu lagi di bulan puasa*


K la , selamat berbuka semua . Menu aku harini ialah :
Ayam Rendang , Ikan masak Sambal , Paru-paru Goreng , Ayam Percik , Ulam-ulaman , kuih muih & sebagainya . kau mampu ??? hahahaha . Jangan risau , perut aku banyak ruang . So , tiada alasan pembaziran disitu ya ! Ibu aku masak oke , mmg licin la aku kerjakan ....  Selamat Berbuka Ya Korang ! tata ~


YangKuatMakan,
-CikEcha-




Friday, August 5, 2011

-kasih haiwan melebihi kasih manusia-

HACHIKO


Malam ni aku nak share dengan korang pasal 1 cerita yang aku baru lepas tengok kat HBO tadi . Cerita ni berkisar tentang seekor anjing jantan yang bernama HACHIKO . Kakak aku yang menjerit-jerit panggil aku kat dapur masa sebelum berbuka tadi sebab masa dia godek-godek channel tadi , dia nampak citer ni akan main kat HBO pukul 8.15 . So , aku apa lagi ... memang favorite aku la cerita cerita pasal haiwan ni . Daripada kecik sampai besar memang aku didedahkan dengan kasih sayang pada binatang terutamanya kucing sebab ayah aku memang pencinta kucing yang tegar . Darah pencinta kucing tu pulak jatuh kat aku , sampaikan masa aku kecik kecik dulu aku siap bawak balik kampung kucing aku tu dalam kereta . Nama dia yellow . Tapi dy mati masa kat rumah makcik aku .Mungkin sebab dia pon dah tua & sakit . Aku nangis memang meraung la , serupa macam hape je .... Pastu aku dukung yellow pergi belakang rumah makcik aku , tanam dia . Yang kelakarnya siap baca doa lepas tanam . Talkin ke apa aku pon tak ingat dah .Melampau la talkin kat kucing kan .... Tapi tula hakikat betapa gilanya aku dengan haiwan2 terutamanya kucing ni sampailah sekarang =)



Ok dah , bukan pasal yellow yang aku nak cerita , tapi pasal Hachiko . Hachiko ni diadaptasi daripada kisah benar seekor anjing daripada Jepun . Memang nama dia Hachiko . Kalau dalam filem ni , kisahnya anjing ni terlepas daripada tuan dia masa kecik lagi . Gigih dia cari balik tuan dia tapi tak jumpa jugak . Then , ada sorang lelaki ni , orang putih la ... amik dia sebab kesian plus dia pon memang sayang dengan binatang . 


Nak jadi cerita , hachiko ni memang manja gile dengan tuan baru dia ni . Nama tuan dia Parker ... Seorang profesor universiti . Daripada kecik Parker ni jaga dia . Manja memang tak ingatlah ! Dah la comel . Sampai aku entah bape juta kali dok cakap comelllll je manjang bila kamera fokus tang hachiko ni . Geram gile ! Dah la ekor bengkok .. Katik plak tu . huhuhu . Kalau la boleh pegang , aku cium2 bawak tido . Boleh ? hehe .


Hachiko ni dijaga daripada kecik sampailah besar , bila dah besar bertambah-tambah la comel . Dengan bulu gebunya , besar macam musang . Muka pon iras -iras musang jugak . Yang paling penting bontot dia dasyat ! Bontot gemuk ! Comel gile la!! Terkedek-kedek je lari kejar tuan dia . huhu ... ^_^  . Hachiko ni tido kat luar rumah sebab wife Parker ni tak suka sangat kat Hachiko . Kat situ dah tonjol part sedih sebab Parker ni sayang gile kat Hachiko , tapi nak tak nak , terpaksa letak Hachiko kat bangsal sebelah rumah dia . Setiap malam , Hachiko ni intai rumah tuan dia melalui kayu - kayu yang dijadikan pagar rumah Hachiko ni . Sebak tang situ =(


Hari-hari Hachiko ni hantar & jemput Parker kat stesen keretapi . Parker kalau pergi mengajar , dia naik keretapi . So , hachiko ni memang tak boleh renggang dengan tuan dia . Sanggup la tunggu siang ke malam semata mata nak jemput tuan dia balik . Sayu gile cite ni . Sampai la satu hari tu , Hachiko ni lain macam dengan tuan dia . Macam nak bagitau sesuatu . Tuan dia ni pon dapat rasa something yang tak kena & ada yang cuba Hachiko sampaikan . Pada hari tu jugak lah Hachiko bawak 1 bola kaler kuning bagi tuan dia .Selama ni tak pernah pon . Tuan dia bukan main gembira tengok Hachiko hadiahkan dia bola tu . Macam bapak memuji anak cara dia bercerita kat kawan - kawan dia pasal kebijaksanaan Hachiko ni =)


Rupa-rupanya Hachiko dapat rasakan sesuatu . Bermula hari tula dia tunggu Parker yang dah tak pulang-pulang lagi dah . Parker meninggal dunia masa tengah mengajar kat Universiti dia . Masa tu Parker bukan mengajar sangat pon , dia tengah gembira main bola yang Hachiko bagi tu . Mati mengejut tak silap aku ... Memang sedih la , part tu memang aku taleh tahan nak nangis dah . Tumpah air mata aku yang suci ni ... huhuhu ... Tunggu punya tunggu , 10 tahun Hachiko ni setia tunggu tuan dia kat stesen keretapi tapi tak pernah pernah jumpa . Orang sekeliling pon dah kenal dengan dia . Tak kira hujan ke , panas ke , salji ke , Hachiko tetap setia tunggu tuan dia .... Nampak je keretapi lalu , teruja muka Hachiko ni cari cari tuan dia , tapi orang dah takde , memang tak wujud lagi la . Sampai la 1 hari ni , selepas 10 tahun .. Malam hari waktu salji ... Hachiko tidur dan mimpi bertemu dengan tuan kesayangan dia , Parker . Rupa-rupanya Hachiko jumpa tuan dia kat alam lain. Hachiko mati ='( 


Sedih tak sedih la kan cerita ni . Aku nak cerita sangat pon tak pandai ... Tapi memang sedih gile la . Sebak tatau mcm mana nak aku ungkapkan .huhu , kat bawah ni ada aku letakkan gambar Hachiko , tengoklah ye =')







Filem yang diadaptasi . Hachiko : The Dog's Story =)


Manja sangat . Tak boleh berenggang ~


Sedih wehh tengok muka dia tunggu Parker yang dah takde =(


Actually ni the real Hachiko dpda Jepun . Legend kan ? =)


Kesetiaan Hachiko jadi kebanggaan rakyat Jepun . Tugu sempena kesetiaan dia =)



Apa yang boleh aku simpulkan , kasih sayang tak terhad pada manusia semata-mata ya .Kadangkala kasih sayang haiwan tu lebih tinggi daripada kita sebagai manusia . Belum tentu kita boleh menyayangi sesama kita seperti mana yang anjing ni tunjukkan pada tuan dia . Oke la , aku nak sambung balik tangisan aku yang masih bersisa lagi ni . Jumpa lagi , tata ~



Pencinta Haiwan Terlampau,
-CikEcha-













Pandai Bahasa Inggeris Tak ?

Penting ke Bahasa Inggeris ?




Sejauh mana pentingnya Bahasa Inggeris dalam kehidupan kita seharian ? Pernah tak korang tanya soalan ni pada diri korang ? Tak mustahil kalau aku kata TAK . Sebab pada aku memang ramai orang Malaysia ni masih gagal menggunakan menguasai Bahasa Inggeris dengan sebaiknya .
-termasuk aku-


Korang tau tak , kalau korang dapat speaking laju standard macam mat salleh tu, secara automatiknya korang akan merasakan korang lah manusia paling bergaya walaupon masa tu korang tgh pakai kain batik beserta baju kurung kedah bagi wanita , dan kain pelekat beserta singlet usang cap ayam bagi yang lelaki . Gile tak bergaya ! orang tanya ko dalam Bahasa Melayu , ko boleh selamba badak je jawab dalam BI . aku sebut BI jela ye bagi menggantikan Bahasa Inggeris , penat la tulis panjang-panjang -.- 


Ok contoh umum la ye aku tunjuk bagi menunjukkan betapa korang akan rasa bangga gile kalau dapat speaking baekkk punya masa bila orang dok tanya ko dalam BM ( Bahasa Melayu ) .








                                                  S : Weh , tadi ko pergi mana Johnny ?
                                                  J : ~ toilet ~



             S : Hoii Shah Rukh Khan , aku dgr tadi ko meniru dalam kelas sejarah ! betul ke ?
             J : ~what the fuck~   ~what the fish~




S : Ko kenapa megan fox ? Daripada tadi aku tengok ko asyik pegang perut je , muka toya semacam . Apesal ko ?
J : ~ I period ~



                                                S : Bunyi apa tu christiano Ronaldo ?
                                                J : ~ handphone ~



Amacam ? bangga tak bangga korang dapat jawab laju camtu ? bangga kan ? kan ? kan ? -.-
Meh aku nak gtau , kalau dengan jawapan macam tu korang rasa bangga , budak darjah 1 yang dok ngaji kat International School tu boleh guling-guling je gelakkan korang . Tayah nak budak darjah 1 sangat lah , ada baby yang baru lahir terus speaking woo ! Mungkin sebab mak budak tu telan kamus oxford kot masa pregnant?               -aku nipu memang gigih ye-


Sebenarnya bukan apa ye , pada aku BI ni memang super duper penting la dalam kehidupan yang serba maju dan pantas sekarang ni . Mana-mana korang pergi , kebanyakan tempat semua guna BI ni , korang pergi tandas pon , skrg banyak dah upgrade jadi toilet . padahal maksud sama je . Nak-nak lagi kalau korang yang tinggal kat tgh bandar . Memang jangan harap la nak jumpa "rumah melabur" ke , "bilik menunggu" ke , "ruang termenung " ke , memang takdelah . Tapi kat tempat lain ada ke camtu ? hehehe . Memandai je aku ni . Jadi cite memang kemana je korang pergi , mesti terdedah dengan BI  je . Mamak KL pon skrg pandai ckp BI woii , memain la ngn depa ... Tapi tayah cite la kan kalau ko kate nak pergi memancing , ikan tak cakap BI ngan ko ... Aku cepuk ko sampai pengsan !


Aku ni pon , bukannya pandai sangat pon BI ni . hihihihihi . Aku tau cakap I love you je . Tak pon I want to EAT ke , I want to SLEEP ke , ha bnd tu aku pandai la dgn lancarnya bercakap . makan tido makan tido memang profession aku paling agung . Korang ada ? tadenyeee.... huehuehue ~
Kalau aku pandai sangat BI ni , dah lama aku buat blog dalam Bahasa Inggeris . Luas sikit skop aku kan ? =) BI aku ni kira average la , tade nak more then atau less than that la kan . Biasa-biasa je . Kalau orang speaking dengan aku , pastu aku senyum comel je , itu tandanya aku tak reti nak speaking back la ! hahahaha . Tapi sepanjang aku penah kerja kat 1 shop ni dulu , alhamdulillah , aku dapat serve dorang dengan baik sampailah dorang menuju ke kaunter untuk buat pembayaran . Lulus la tu ye tak ? Dorang beli barang yang aku suggest , kira ok la kan ? hahaha . Paling susah aku nak layan kalau foreigner daripada Jepun & Arab ... Dorang punya slang tu lain mcm sikit . Kena aku ulang sorry dua tiga kali jugak la baru paham . Paling senang orang daripada Negeria . huhu . Maybe sbb puak puak dorg pon banyak berleluasa kat negara kita ni , so sebutan dorang tu lebih kurang mcm org kita speaking la . Tak susah bersoal jawab dengan dorang =)


Kesimpulannya , BI sangat penting ya kawan -kawan . Selain dpda dapat membanggakan diri bila mampu menguasai bahasa asing ni , ia juga mampu meningkatkan keyakinan diri kita bila berada di mana-mana sekali pun . So , marilah kita sama - sama mempertingkatkan mutu penguasaan kita pada bahasa asing ni dengan mula mencari paper-paper seperti The Sun , New Straits Times & Star . Then boleh juga cari magazine2 seperti Readers Digest . Banyak info boleh dapat kat situ . Ayah aku pun pelanggan tetap Readers Digest . Aku suka tengok gambar je . ahahahaha ! hoii , jgn plak korang beli majalah PLAYBOY ye ! Siaplah kalau aku dpt tau korang beli ! 


Selamat mengImprovekan diri ye , majuuu ! huhu , tata ^_-

CikguEnglishTakJadi,
-CikEcha-








Thursday, August 4, 2011

ramadhan ya ramadhan

Salam Ramadhan wahai manusia yang beragama Islam .



Selamat menyambut Bulan Ramadhan dengan penuh barakah .
Anda lesu di bulan puasa ? Hilangkan lesu anda bersama sama kit kat , tapi masa berbuka nantilah =)
So, bertahan ya kawan kawan semua . Bukan lama pun nak tunggu azan maghrib berkumandang .
Sekurang-kurangnya kita ada banyak pilihan juadah untuk berbuka , bagaimana pula dengan mereka yang berpuasa tanpa makanan untuk berbuka ? Masih ramai yang lebih lapar daripada kita . Muhasabah diri semula . InsyaAllah ada keberkatan daripadaNya =)


Oh ya , jangan lupa !
Kurangkan pembaziran di baazar ramadhan . Waktu lapar tengok semua makanan rasa nak beli , nanti dah berbuka minum air seteguk dua , dah mula rasa kenyang . Apa jadi pada makanan yang tak terusik tu ? Nak makan dah tak lalu , nak buang terasa sayang , tapi akhirnya buang juga sebab dah tak boleh dimakan . PEMBAZIRAN disitu . Membazir amalan siapa ? amalan PAK TAN ye . Jadi jangan diikut . pesanan untuk aku sendiri jugak =)



So , selamat berpuasa ya kawan-kawan . Kurangkan kontroversi di bulan mulia =)
Tingkatkan prestasi . Wow , dah mcm melodi . Ok la , tu je . Tata ..... ~



salam ramadhan,
-CikEcha-